ROSSI ala MALAYSIA
Dengan tidak mengendahkan keselamatan remaja yang menggelar diri mereka "si rempit" mula bermaharaja lela dengan aksi aksi hebat yang boleh membeliakkan mata dan juga memekakkan telinga.
Mereka terlalu asyik dengan kehidupan mereka yang kononnya mencabar sehingga mereka telah dihargai dengan lahirnya filem-filem dan drama-drama yang menceritakan latar belakang kehidupan mereka.
Rempit ini bukanlah masalah baru tetapi jika kita amati dengan teliti ia telah lama lahir cuma ia tidaklah sehebat sekarang. Mereka begitu berani mencabar maut a.k.a mencabar Allah untuk mencabut nyawa mereka.
Dari segi pergaulan pula mereka terlalu bebas berkawan sehingga ada antara mereka yang mengamalkan seks bebas, ada juga yang berpasangan seperti suami isteri sehingga boleh dibawa ke kamar tidur, malah ada antara mereka yang begitu teruja dalam pengamalan menghisap dadah atau ganja.
Jadi apakah peranan badan badan yang sepatutnya menangani masalah ini? Di mana pemimpin negara dalam menangani masalah ini? Apakah masalah ini patut ditanggung oleh ibu bapa sahaja atau ia adalah tanggungjawab kerajaan dan masyarakat sekeliling? Apakah cara yang boleh membantu mereka dalam menghadapi krisis identiti ini? sama-samalah kita fikirkan jika kita telah temui punca masalahnya bolehlah kiranya kita berdiskusi dalam lapangan yang lebih terbuka dalam blog ini. Pandangan anda amat saya perlukan supaya tiada salah tanggapan di sini.
Monday, March 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment