
Kalau dihitung-hitung sebenarnya ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Pak Lah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.
Itulah serba sedikit maklumat yang saya petik dari Utusan Online. Untuk lebih lanjut bolehlah rujuk Pak Bakaq .
Jika kita fikir dengan kritis setakat manakah keberkesanan dan kebenaran kata-kata yang dilontarkan oleh Pak Lah ini? Bagi PAS, DAP, & PKR ia mungkin satu peluang untuk kalian mendapat keuntungan dengan melanyak kerajaan BN dengan isu berbangkit ini. Tapi adakah cukup untuk kalian melanyak BN sahaja tanpa melihat pada wajah kalian sendiri?
Sebelum PRU12 Pak Lah pernah menyatakan bahawa harga minyak Malaysia tidak akan dinaikkan lagi, malah cukuplah dengan kenaikan yang ada kini. Tiba-tiba tidak sampai 3bulan berkuasa sebagai kerajaan pusat Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak dan diesel. Ditambah pula dengan kenaikan harga-harga barangan keperluan seperti beras, gas, tepung gandum bagi kegunaan am, gula putih bertapis, susu pekat, roti putih, ayam, minyak masak, simen dan besi.
Adakah rakyat boleh digula-gulakan dengan janji-janji manis semata-mata untuk menjaga kepentingan kalian pak-pak menteri sekalian? Apakah rakyat yang perlu berkorban untuk kalian wahai pak-pak menteri? Bukankah sepatutnya kalian sebagai pak-pak menteri yang berkorban untuk rakyat bukannya memperbodohkan rakyat dengan gula-gula politik!
Jika diteliti diantara BN, PAS, DAP, dan PKR semuanya memperjuangkan agenda mereka tersendiri dengan alasan-alasan yang kononnya menyokong pejuangan mereka. Contohnya BN dengan isu minyak dan harga barangan keperluannya, DAP dengan isu DEBnya, PAS & PKR dengan isu BABInya & pengharaman Islam Hadharinya. Jadi di manakah isu kalian semua pak-pak menteri yang mengenengahkan tentang kepentingan rakyat? Dimana?
Kepada rakyat, bangkitlah dari tidur nyenyakmu, bangkitlah dari khayalanmu, berfikirlah demi masa depanmu. Sedarlah selama ini kita telah digula-gulakan dengan hiburan, dengan alasan-alasan bodoh yang menjaga kepentingan pak-pak menteri ini. Jika kita tidak sedar kemanakah arah tuju kita selepas ini? Kemana? Adakah kita ingin mengulang sejarah bangsa nenek moyang kita dahulu yang telah dijajah dan dijarah oleh Inggeris, Portugis, Belanda, dan Jepun?

Kepada PAS, DAP, PKR selepas ini sebelum kalian mempergunakan rakyat untuk kepentingan kalian untuk berdemonstrasi, fikirlah dahulu sejauh manakah kalian telah berkorban untuk rakyat. Jangan jadikan rakyat sebagai terompah sebagaimana kalian menggunakan Islam (bagi PAS) dan demokrasi (bagi PKR) sebagai alat & terompah untuk kalian mendapatkan kuasa. Buktinya PAS sanggup menjual Fasal 5 Perlembagaan PAS untuk mendirikan negara Islam dengan menukarkannya dengan negara berkebajikan semata-mata demi kerjasama si Islam Amerika Anwar Ibrahim.
Ingat rakyat bukanlah boneka yang boleh kalian peralatkan!

1 comment:
salam. mai tengok my blog:nature-oasis.blogspot.com
Post a Comment