Pada suatu petang Razak memanggil aku dengan wajah yang cemas. Aku lalu bertanya " Kenapa dengan kau ni Zak?" Razak dengan wajah yang kemerah-merahan kerana penat berlari tadi menjawab tercungap-cungap " An.....war... kena tangkap Pul.., sebab kes liwat si Saiful Bukhari...."
"La.. Ingatkan apa tadi, aku dah tau dah malam tadi masa tengok berita TV3. Jadi apa masalahnya sampai kau perlu cemas begini Zak?" sambil itu aku memanggil-manggil si noni kucing kesanyangan adik aku untuk memberinya makan ikan termenung.
"Tidakla.. kalau dia dah kena tanggap begini macammana kita nak kuasai Kerajaan Pusat dengan Pakatan Rakyat?" Razak menjawab.
"Apa la kau ni, Tok Guru Nik Aziz kan ada. Kenapa kau ingat Tok Guru tu tak tahu memimpin ker ha? DAP pun tunduk hormat pada dia, tapi orang-orang PKR semua memperlecehkan dia, dalam PAS lagila, semua anggap dia macam terompah, hanya diguna tika diperlukan sahaja" aku menjawab dengan sopan.
"Kau tak pelik ker Zak bila timbul jer kes Anwar Ibrahim ni mesti Amerika dengan sekutu-sekutunya nak masuk campur hal negara kita. Senang cerita diaorang tahu nak menyibuk sahaja. Kenapa? Siapa Anwar ni sebenarnya?" aku menyambung.
Razak yang hanya membuat muka tanda protes kerana baginya Anwar adalah insan kamil. Dan bagi aku pula si Saiful Bukhari tu hanya buat malu orang yang bernama Saiful sahaja, Anwar lagila... Fikir- fikirlah.. " Hampeh..."
3 comments:
Kebetulan pula, sorang tu Saiful, sorang lagi Anwar...
Jangan malu bang...
Haris Hauzah
Yang merepot itu tak malu.
Tapi kenapa dibuat repot?
Khabarnya yang merepot sedia ada masalah dgn U-nya, malah dia tidak diiktiraf sbg graduan di U-nya pun. Pendek cerita dia ada mslh akademik juga.
Tapi yg aku hairan bgmna dia boleh jd pembantu dato' Anwar?
~ http://naimisa.blogspot.com
Post a Comment