Tuesday, September 9, 2008

BILA KONON KITA FAHAM MUBAHALAH SAMA DENGAN PROSES MAHKAMAH..


Di sinilah masalah yang timbul bila kita masih berpusing-pusing dalam mahkamah.Seperti yang saya katakan di tulisan yang lepas bahawa mubahalah skopnya lebih luas dan tidak hanya dilakukan di dalam mahkamah ataupun di luar mahkamah.Sebabnya kenapa seseorang itu melakukan mubahalah tidak lain tidak bukan ialah mahu mebela kebenaran dan mahu harapannya hanyalah disandarkan kepada Yang Mahahaq, Allah swt. Seerah mubahalah sudah membuktikannya.

Mungkin benar sebelum bermubahalah kita dianjurkan berhujah dan berdialog,malangnya di situasi apa yang ada di depan mata kita sekarang ialah perang mulut antara anwar dan saiful di luar mahkamah jauh lebih dahsyat dari berhujah.

Salah seorang pasti seorang yang memfitnah.Rakyat keliru antara aqidah dan kesetiaan.
Anwar dah mula-mula dah kata "saya takkan melayan tuntutan negara Islam",sekarang seolah-olah mahu bermubahalah sebagai seorang yang mempercayai kewujudan negara Islam? "PAS doesn't exist in Penang". Apa ni!?

Maklumat yang perlu kita sedari ialah sewaktu kristian najran datang berjumpa Nabi di waktu itu ialah sebagai pelarian mencari perlindungan di negara Islam. Memang Nabi tidak pergi ke bangsa nasrani tersebut dan mengatakan meraka sesat kerana Nabi tidak berjumpa dengan mana-mana puak Yahudi dan Nasrani mendakwahkan Islam selagi Nabi tidak mendirikan negara Islam.Dan peristiwa mubahalah terjadi selepas berdirinya sebuah negara Islam.

Pengadilan di dalam mahkamah tetap dijalankan dan masalahnya kita bukan peguam yang terpengaruh dengan sumpah si saiful.Masakan sumpah tersebut menganggu proses mahkamah.Kalau menganggu emosi si hakim hingga si hakim bertidak zalim
dan menganiaya anwar.Hasilnya adakah anwar tetap mahu bermubahalah menafikan seks luar tabienya itu?

Walau bagaimanapun mubahalah telah dijalankan dan urusan si saiful itu biarlah dengan Allah swt.Dia yang bersaksikan begitu dan dia yang bersumpah begitu.Syarat sah atau tak sah sumpah itu BUKAN DI BAHASKAN DI DALAM MAHKAMAH PUN.SEBAB SUMPAH MUBAHALAH BERBEZA DENGAN SUMPAH LIAN.DAN SUMPAH TERSEBUT HUBUNGAN DIA DENGAN ALLAH.

Anwar percaya kepada mahkamah syariah? Tapi yang pastinya dia menolak negara syariah.Dulu masa 1998,PAS menyarankan anwar bawa kes liwatnya ke mahkamah syaraiah tetapi dia taknak.Sekarang Dia hanya buat laporan kepada jawi tetapi bukan failkan tuntutan@dakwaan pun.Pada hal ikut mahkamah syariah pun dia boleh saman saiful,tapi dia saman saiful di mahkamah sivil.Ini kita kata mahkamah sivil corrupt dan percaya kepada mahkamah syariah?

Tun Mahathir tuduh dia peliwat.Anwar saman Tun dengan nilai RM 100 juta di mahkamah sivil juga.Tidak dibuat laporan qazaf kepada jawi pula.Dan tidak juga menyaman Tun di mahkamah syariah.

Saiful mendakwa dilwat secara paksa oleh anwar.Kalau dah begitu, itu bukan namanya zina kawan.Itu namanya rogol.Kenapa mangsa rogol perlu mengemukakan 4 saksi?Habis di mana hukum ta'zir? di Saudi,Pakistan dan Iran pesalah rogol dihukum mati bawah ta'zir.Mana org kata hudud ni ketinggalan zaman kalau dan peguambelanya pun tertinggal zaman Anwar kata Saiful tukar statement,itu pendakwaraya yang cakap.Dah macam kepala Tun M dulu-dulu.Tun kata syariah hudud tak boleh setelkan masalah rogol.Tau-tau pandai PAS jawab masa tu.Sekarang tiba-tiba PAS dah jadi bodoh?

Qazaf tidak terhad ke atas orang Islam sahaja.Tapi mahkamah syariah malaysia tidak ada kuasa atas mereka.Dah tak ikut Islam.Bala tuduh najib berzina dan meliwat altantuya.Anwar menolong si Bala ini buat press conference.Kenapa anwar tak laporkan kesalahan najib itu kepada JAWI? Kata nak ikut syariah?

Syahadah seseorang itu pun kita tak boleh nak ragui inikan pulak sumpah seseorang.Anwar kalau tak nak sumpah sudahlah.dia dah menang pun.

Bala dah berpangkalan di Port Klang,tapi BN,PAS dan Anwar tak cakap ape pun.Inilah hasilnya bila mesej mubahalah yang sebenar tidak difahami dan tidak disampaikan.Kita pulak sangka mubahalah macam proses mahkamah.Kesian.

4 comments:

Anonymous said...

salam,

i agree with you,saiful mendakwa bahawa dia adalah mangsa.Mangsa rogol.

di dalam islam mangsa rogol tak perlu bawa 4 saksi. tapi kenapa ustaz ustaz itu mengeluarkan kenyataan sebaliknya?
mengapa mereka kaitkan dengan kesalahan qazaf? teruknyer bila orang agama bermain politik.

Anonymous said...

Aik Mcm siters in Islam je????

http://www.sistersinislam.org.my/BM/skp/09052002.htm

Akhi Saif said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Ya sahabat, senario semasa jelas meninggalkan 1001 persepsi buat semua insan di bumi Malaysia. Pelbagai andaian positif menyinggah di ruang telinga saban hari. Malah, tak lekang juga halwa telinga ni daripada tanggapan-tanggapan negatif. Sebagai umat Islam, ana hanya kembali kepada Allah SWT jua. Namun, kemenangan pasti berpihak kepada yang benar.

http://sanggarsaif.blogspot.com/

pedang.malam said...

Salam..

Untuk Pencari Hati Sejati..

Bukan teruk bila org agama bermain politik,teruk bila org agama dah tak tahu apa yang diperjuangkannya.

Masalah ini timbul bila agama disandarkan kepada anwar buklan anwar disandarkan kepada agama.

Sikap taksub boleh membutakan hati sesiapa pun.Tetapi taksub kepada kebenaran atau yang haq akan membuka kepada pintu hikmah dan rahmat.

Perihal sister in Islam tak timbul di sini.Mereka keliru tentang hudud Islam dan mereka terperangkap dalam kes anwar kalau begitu.Perbicaraan untuk rogol bukan begitu.

Siafsuha..basiclly mereka yang jelas tentang kebenaran tidak akan terpedaya dengan muslihat-muslihat jahat politik.Bila kita keliru,kita berdoa moga ALLAH terangkan kekaburan fikiran kita itu.

Salawat