Thursday, October 8, 2009

mURaBbi..

Mentari senja kian berlabuh,seakan memberitahu bahawa masa

lalu pasti tidak akan kembali. Namun diri ini terus mencari-cari

arah akan kemana arah akan dituju. Seakan diri hilang semua

pedoman, hilang segala fikiran kewarasan dalam mencari-cari

erti diri,erti bahagia.


Manakan lagi diri ini akan berlabuh. Di medan kegelapan atau

di medan kecerahan. Hanya diri ini yang layak memilih jalan

mana yang akan dipilih.

Ragu itulah penyakit diriku. Ragu ini telah menjerat aku dalam

terus berkelana. Ragu ini amat kubenci tapi amat kusayangi.

Mana lagi petunjuk harusku gapai? Mana lagi penyelamat harusku

berpaut? Mana lagi semuanya yang akan aku kasih?

Murabbi itu penyelamatku,murabbi itu alasku,murabbi itu

sahabatku.Murabbi,murabbi,murabbi..


Mana lagi akan kucari murabbi Tuhanku? Segala ilmu telah

ditanam,apakah akan kusemai ilmu itu sebaiknya dan semulianya?

Hanya aku tahu jawabannya.


Ummi,ummi,ummi.. Ummi kekasih yang telah melahirkan aku

dengan amanat Illahi petunjukku. Dengan penuh pengharapan

agar aku menjadi sang khalifah yang fatonah pada Illahnya.

Siapa lagi yang harusku kasih selain Illahiku,Murabbiku,Ummiku..

Kamulah kebahagiaanku,arahku,matlamatku..


Salawat kupersembahkan untuk Muhammad saw

dan Ahlulbaitnya ra..

2 comments:

tinta kasturi said...

salam jalan-jalan
baca-baca
bagus tulisan anda
penuh maklumat, manfaat dan hikmat
Alhamdulillah

teruskan menulis

saiful anwar said...

salam..

terima kasih. Anda pun apa kurangnya.
keep it up..

salawat