Monday, April 28, 2008

Temuramah DSAI oleh Australia News Hours


JM : Anwar Ibrahim, selamat datang ke News Hour.


DSAI : Terima kasih.


JM : Mari kita beralih seketika, mengapa kerajaan sebegitu teruk dalam pilihanraya lepas dan kenapa anda cemerlang sekali?


DSAI : Whoop...aaa....terima kasih. Dalam pilihanraya yang begitu palsu ini,mmm...kita berjaya menubuhkan dengan yakin..aaa...tapi, kita lakukan dengan sangat baik sekali, aaa...saya telah katakan, jika tiada pembatalan dakwat kekal, kita mungkin akan dapat majoriti mudah di parlimen. Tapi aaa, mereka dah lakukan, kerajaan Barisan Nasional kalah teruk kerana keangkuhan mereka, terang-terang sekali korup, tidak cekap. Dan aaa....Itu jelas daripada mandat rakyat.


JM : Dalam kejayaan ini, anda perlukan beberapa kerusi untuk mengambil alih kuasa, mengapa anda rasa ini boleh dicapai?


DSAI : Ia boleh dicapai, pertamanya kerana, ramai daripada...ahli parlimen yang telah menang, sekarang ini telah sedar, itu mmm....minat dan sokongan umum rakyat Malaysia, adalah bersama Pakatan Rakyat. Keduanya, yang berada di Sabah dan Sarawak, tidak punyai kesetiaan penuh, kepada kerajaan UMNO. Mereka mewakili kaum di Sabah yang sudah terpinggir. Dalam rancangan kita adalah nyata, sementara membantu ekonomi dan perkembangannya, kita tidak akan mengenepikan kaum-kaum yang terpinggir ini, golongan miskin dari pelbagai kaum. Saya rasa ini, ditambah dengan sokongan daripada Semenanjung, bukan sahaja daripada UMNO, tetapi juga ahli gabungan lain, orang Cina dan orang India, jadinya kita ada. Malah saya katakan pada 2 minggu lepas, bahawa kita sudah ada bilangannya. Isunya bila kita mahu bergerak, dan saya akan bersedia untuk bergerak, mmm....hanya apabila kita rasakan, yang kita ada bilangan majoriti yang selesa.


JM : Jadi anda pilih untuk bersabar untuk bermain permainan tunggu menunggukan?


DSAI : Ya, sebelum....harap-harap tidak terlalu lama, kerana saya fikir keadaan ekonominya, ialah yang utama, ia masih merudum dan lembap berbanding negara jiran, secara politiknya tidak stabil. Kita rasa terhutang dengan rakyat Malaysia, untuk memperbaiki ekonomi dengan bertindak pantas.


JM : Anda juga katakan perbincangan itu memerlukan, memperoleh sokongan anda perlu...tawarkan wang untuk mempengaruhi orang ramai, itu tidak demokratikkan?


DSAI : Kita sudah perjelaskan, jika ada mana-mana ahli parlimen ada baru sebarang petunjuk menunjukkan minat untuk dibiayai, maka ia akan dibatalkan. Tidak ada sebab mengapa, rakan-rakan UMNO, tahu UMNO bermasalah, hilang sokongan, tak akan pilih untuk agenda reformasi. Tiada alasan lagi, bagi orang Sabah dan Sarawak, tahu keadaan kita berkaitan royalti petroleum, mempertanggungjawabkan kita dengan isu pendidikan dan kesihatan. Kebajikan umum untuk yang miskin terpinggir, tak dipedulikan selama 4 setengah abad. Tak ada sebab mengapa mereka tak patut sokong kita. Mandat yang diberi sangat jelas. Jika mereka bicara soal etika dan moral, biar saya beritahu mereka, seluruh pilihanraya yang diadakan adalah tidak jujur, ia tidak beretika dan tidak bermoral. Kita sepatutnya menang. Tiada sebab mengapa kita perlu berbincang lagi. Jadi isunya di sini ialah, rakyat Malaysia yakin sekali kita mempunyai mandat, dan kita mahu mencapainya. Jika ada perjanjian, selepas itu kita akan perjelaskan. Kita gariskan dengan jelas. Tiada isu korupsi dan rasuah. Yang mana ia telah menjadi amalan gabungan pemerintah sekarang ini.


JM : Bagaimana dengan parti major lain seperti PAS, bolehkah anda perolehi kuasa tanpa sokongan mereka?


DSAI : Sekarang gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat ialah PKR ( Keadilan), PAS (Parti Islam Semalaysia) dan DAP. Kita telah lalui beberapa siri mesyuarat. Kita sudah bina satu pakatan yang hebat, dan kita telah rangkakan agendanya. Tiada isu berkaitan, menukar Malaysia menjadi suatu yang lain daripada negara demokratik dan liberal dengan jaminan perlembagaan keselamatan, freedom of conscious, kebebasan bersuara, kedaulatan undang-undang, pasaran ekonomi dan keadilan teragih. Itu semua sudah dibincangkan.


JM : PAS telah mengundurkan diskriminasi positif untuk orang Melayu dan negara yang sedang dikawal mereka. Pada pandangan anda, adakah ia idea yang bagus?


DSAI : Sekarang, polisi kita ialah menuju kepada Agenda Ekonomi Malaysia Baru. Kita tidak akan membiarkan golongan yang terpinggir dan miskin, lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu akan dilindungi. Tetapi seluruh pendekatan ini perlu.....dalam pendekatan baru yang bakal diperkenalkan. Maknanya kita perlu bantu semua rakyat Malaysia. Inilah polisinya sekarang yang diambil PAS, DAP di Pulau Pinang dan KeAdilan (PKR) di Selangor.


JM : Apakah jangkaan anda mengenai kerajaan yang akan anda sertai, bakal menjadi lebih islamik atau kurang islamik?


DSAI : Apa?Itu ialah...pada saya....Soalan itu tak begitu relevan. Islamik dari segi, saya solat dan tak minum arak. Ya. Tapi saya tak ada hak, untuk paksa orang lain untuk solat dan tak minum arak. Sekarang mmm...ialah...islamik dari segi hal, kita akan benarkan kelas diadakn di dalam masjid. Kita akan benarkan pembinaan gereja dan kuil-kuil, tanpa gangguan diserang oleh pihak pentadbiran, seperti yang kita lihat pada masa lalu. Tiada soalan mengenai perobohan kuil hindu. Itu, pada saya adalah lebih Islamik dan sepatutnya lebih adil dan saksama.


JM : Bagaimana dengan isu undang-undang syariah? Apakah pendirian anda mengenainya?


DSAI : Kita dah perjelaskan. Undang-undang syariah telah dilaksanakan, pada isu kekeluargaan, ia telah diadakan, bukan itu saja, ia perlu diperbaiki, hakim-hakim mahkamah Islamik perlu dilatih, dengan prosedur kod jenayah, mesti ada ruang untuk melakukan aduan dan pertikaian bagi orang Islam. Kita tak akan benarkan, orang bukan Islam dihukum oleh mahkamah Syariah. Orang bukan Islam mesti diberi kebebasan untuk dihukum di mahkamah Sivil. Jadi, undang-undang Syariah hanya untuk undang-undang keluarga orang Islam. Dan dalam beberapa isu lain yang disenangi oleh orang Islam, tanpa melanggar hal-hal lain.


JM : Berbalik pada tahun-tahun lepas, melihat pada kacamata hari ini, 2008, mengapa Dr Mahathir bertindak menentang anda, semasa dalam kerajaan.


DSAI : Isunya pada masa itu, adalah kerana korupsi, nepotisme, kronisme, isunya pada masa itu, adalah berkenaan pentadbiran yang adil dan kebertanggungjawaban. Dan terdapat beberapa benda yang saya tidak bersedia untuk lakukan, termasuk menyelamatkan anak-anaknya yang mana saya tak mahu lakukan, secara umumnya rakyat Malaysia sedari hal itu. Dan sekarang sudah tentu dia akan katakan, saya pro Yahudi dan sesuai untuk jadi Perdana Menteri Israel. Jadi saya kata dia telah dimaafkan. Saya tak berniat untuk berbuat benda yang sama. Biarlah dia buat apa yang dia mahu.


JM : Anda katakan tadi Mahathir ini korup, atau telah lama korup, tapi adakah anda sebahagian daripada kerajaan ketika itu?


DSAI : Ya, jika anda tahu Mahathir, anda akan menyedari pada 1997, saya memperkenalkan perundangan yang ketat, Akta Anti-Korupsi. Itu adalah satu daripada isu-isu besar. Mengapa saya perkenalkannya? Kenapa saya sangat menekankannya? Mengkaji Suruhanjaya Korupsi di Hong Kong dengan teliti adalah kerana saya menyedari bahawa korupsi semakin menular. Semakin banyak anugerah dan kontrak diberi kepada anak-anak dan kaum keluarga Mahathir. Bila saya perkenalkan akta itu, ia telah menjadi Perang besar antara saya pemimpinan (Mahathir). Ini salah satu sebabnya mengapa saya dikecam. Jadi untuk katakan tiada sebarang tindakan itu tidak benar, lihat pendirian saya pada suruhanjaya bebas, malah saya telah membuat kenyataan di hadapan ketua hakim, bahawa dia perlu memahami undang-undang. Bukannya setakat kenal-kenal seorang hakim.


JM : Apakah yang anda akan katakan pada orang yang mempertikaikan kerajaan pimpinan anda hanyalah seperti UMNO lagi satu?


DSAI : Saya liberal demokrat? Orang ramai boleh menganggap macam-macam. Tetapi kita di sini komited kepada satu agenda. Dan tidak akan 'patah balik'. 6 tahun dipenjarakan, telah banyak mengajar saya. Kita jadi matang dalam tempoh itu. Anda tahu mandat yang diberikan adalah mandat untuk perubahan. Bukanlah mandat untuk mengulangi, pendekatan cara UMNO. Tiada soalan lagi tentang Malaysia yang demokratik. Tiada soalan lagi tentang Badan Kehakiman Bebas, tiada soalan lagi tentang kebebasan media dan polisi yang adil, polisi sosial ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.


JM : Anda punyai perbezaan dengan polisi ekonomi Mahathir, dia cuba untuk meminggirkan IMF tapi masih dapat menyelamatkan Malaysia daripada kegawatan ekonomi Asia. Jadi dia ada ukuran yang berjayakan?


DSAI : Isu IMF tak pernah timbul langsung. Ia telah dibuat, tidak ada langsung saya sebagai Menteri Kewangan inginkan IMF. Kita tidaklah seteruk kes di Indonesia, Thailand atau Korea Selatan, untk ambil jalan menggunakan IMF. Tetapi saya telah lakukan sedikit perubahan sebagai seorang Menteri Kewangan, melihat masalah kewangan ketika itu. IMF itu adalah, alasan oleh Mahathir untuk mengalihkan perhatian umum daripada korupsi besar dan salah guna kuasa. Bagaimana anda ukur sesuatu kejayaan itu dengan baik? Anda ukur pada tempoh pertengahan prestasi ekonominya. Dan anda akan ketahui selepas itu, selepas kejayaan awal jika dibandingkan dengan Indonesia, ia sangat teruk sekali. Indonesia dengan peruntukan, kekuatan ekonomi, pelaburannya adalah jauh di bawah Malaysia waktu itu. Jadi untuk membezakannya memanglah jauh berbeza sekali. Tetapi apa yang penting dalam fikiran saya, semua negara ini, Korea Selatan sudah melebihi kita (Malaysia), Thailand telah berjaya distabilkan, distabilkan ekonominya. Indonesia di dalam beberapa perkara, telah melepasi Malaysia, dalam FDI, dalam mendapatkan keyakinan. Malaysia tidak dapat bergerak melebihi tahap itu.


JM : Anda beritahu mengenai ekonomi Malaysia tadi pada awal temuramah ini, apakah pandangan anda mengenai halatuju Malaysia ketika ini?


DSAI : Sekarang saya ulangi. Pertama kita sudah hilang daya saing. Pada 1990-an, dengan banyak masalah, Malaysia masih berada pada no 1 dari segi FDI ( Pelaburan asing), no 1 dari segi pertumbuhan ekonomi, No1 dari segi daya saing di ASEAN. Sekarang dari segi FDI ( Pelaburan Asing), pertumbuhan (ekonomi), daya saing, kita sudah kalah. Kita sangat teruk dari segi kebebasan media. Kita sangat teruk dari segi badan kehakiman bebas dan korupsi. Ini juga bermaksud, kita perlukan perubahan. sekarang kita perlu bersaing, dengan jayanya untuk tarik pelaburan asing (FDI). Malaysia bukanlah sebuah negara yang tidak diketahui, di mana ia boleh berdiri terus hanya dengan pelaburan domestik (dalam negara). Kita perlukan banyak sokongan, memberikan keyakinan tinggi di kalangan negara jiran. Rakan di Australia, New Zealand, Eropah, Amerika, China, supaya dapat melihat Malaysia sebagai destinasi menarik untuk FDI (Pelaburan Asing).


JM : Apakah anda mempercayai polis dan tentera?


DSAI : Tentera ini, dikenali sepanjang sejarah sebagai pasukan yang lebih profesional, dan saya tidak ada alasan untuk mencurigai mereka. Tetapi polis telah dipergunakan sejak era Mahathir lagi, dipergunakan oleh pihak yang memerintah. Tetapi, saya juga rasakan banyak polis senior sedang meningkat lebih professional dalam pengendalian masalah (kes).


JM : Datuk Anwar, terima kasih kerana meluangkan waktu, diharap kita akan bertemu lagi.


DSAI : Terima kasih.


- Sumber dari Australia News Hours / youtube / tranungkite.net -

Sunday, April 27, 2008

Ke lembah manakah arahku tuju bila tiada bimbinganmu..



Kemanakah arahku selepas ini?

Adakah aku perlu meraih simpati agar kau sentiasa disisi?

Aku jahil, aku hina, aku buta, aku bodoh, aku munafiq, aku fasiq, aku tuli,

siapakah yang dapat membimbingku selepas ini jika kau pergi meninggalkan aku,

mana lagi harusku memetik,menagih untuk mendapat kasihnya Nabi saw jika tidak melaluimu?

Dosa apakah yang telah aku lakukan sehingga mereka-mereka yang durjana telah meminggirkanmu? menolakmu?

Oh apakah aku ini pengemis hina yang berharap tapi dihampakan?

Oh seandainya aku dapat meraih Kasih Allah swt aku mahu DiriNya memberimu kekuatan untuk terus membimbing aku, untuk terus berdoa untukku, kerana doamu lebih didengar berbanding doaku wahai pemimpinku..

Oh seandainya aku...

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,

Wahai Tuhan yang menenteramkan hati,

Wahai Tuhan yang sentiasa dihati,

Wahai Tuhan yang selalu menyembuhkan hati yang sakit,

Wahai Tuhan yang selalu menggembirakan kekasih hati,

Wahai Tuhanku,

Aku bermohon agar Kau Membimbing aku,

Aku bermohon agar Kau sentiasa bersama aku,

Aku mohon demi Kasihmu selamatkanlah pemimpinku Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Aku mohon agar kau sentiasa memenangkan beliau dalam membela aku dan mereka-mereka yang tertindas,

Aku mohon agar Kau mengalahkan musuh-musuh beliau yang ingin menjahanamkan Islam,

Aku mohon agar Kau perkenankan beliau menjadi pembantunya Imam Zaman al-Mahdi as dalam membela kebenaranMu ya Allah,

Aku mohon...

Aku mohon..

Aku mohon..

Dan aku berserah padaMu..

Kerana Dirimu semua Yang Benar itu terungkap,

Kerana melaluiMu semua yang batil itu musnah...

Wahai Tuhan yang mengijabah doa,

Terimalah rintihanku yang hina dina ini demi pemimpinku yang dekat Padamu...

Aku mohon...

Aku berserah...

Aku adu hanya padaMu Ya Rahman..

Thursday, April 24, 2008

Manifesto atau Projek "B"?








Sepertimana yang telah diketahui Tan Sri Khalid Ibrahim tetap bersikeras ingin melaksanakan Projek "B"nya walau apa tentangan yang dihadapi olehnya kini. Saya menolak tepi tentangan daripada UMNO kerana UMNO sendiri menyokong kandang "B" sewaktu pemerintahannya di Selangor.




Apa yang kita umum mengetahui Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata isu ladang "B" tidak perlu diperbesar-besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agar menjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.


Beliau berkata antara lain : “Sebagai umat Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita seharusnya menjaga hati umat Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum terutamanya perkara yang melibatkan perasaan mereka,”



“Jika matlamat kerajaan negeri adalah untuk keperluan masyarakat bukan Islam, kita tidak seharusnya menyekat hasrat itu. Ini merupakan kepentingan bagi mereka. Mereka (golongan bukan Islam) mempunyai hak untuk menikmati keperluan tersebut. Masing-masing mempunyai hak mereka sendiri,” katanya lagi.



“Projek ini boleh dilaksanakan sekiranya diuruskan dalam keadaan bersih seperti yang dibuat di negara Denmark dengan menjadikan kumbahan serta sisa-sisa najis haiwan berkenaan sebagai baja serta tidak melibatkan kawasan berhampiran penduduk terutamanya masyarakat Islam kerana akan menimbulkan perkara yang tidak diingini."


“Jika perkara sebegini tidak berlaku, tentu masyarakat setempat termasuk umat Islam dapat menerima pelaksanaan projek ini dengan baik,” ujarnya.


“Walaupun isu ini terlalu sensitif di kalangan umat Islam, tidak salah jika kita bertolak ansur dan cuba memahami sesuatu itu dengan rasional," katanya.


Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut bersetuju tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek "B" berkelompok kerana bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu. Memetik laporan dari sebuah akhbar harian, beliau dilaporkan berkata tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.

“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku"

“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya.

Apakah mereka sedar tentang apa yang telah mereka perkatakan? Apakah jawaban mereka ini hanya jawaban nafsu? jadi dimanakah jawaban mereka yang berlandaskan hukum syara'? dimana??

Allah swt berfirman yang bermaksud :

" Jika mereka tidak menjawab (tentanganmu),ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (al : Qashash : 50)

Apakah "B" ini merupakan makanan wajib bagi masyarakat cina? Apakah ulama' agama mereka membenarkan pemakanan "B" bagi ummat mereka atau mereka sendiri melarangnya? Tuan Guru Nik Aziz berulangkali mengatakan bahawa ulama' mereka sendiri menentang ummat mereka meminum arak dan mamakan "B" kerana "B" & arak bukanlah amalan dan budaya agama mereka. Tidak sedarkah kita bahawa makanan-makanan kita yang berada di pasaran sekarang hampir keseluruhannya telah dicampur dengan daging,najis,lemak "B" ini? apakah kita perlu menambah lagi kebarangkalian untuk mencemarkan makanan seharian kita tanpa kita sedari?

PKR begitu efektif dalam melaksanakan Projek "B" mereka ini sambil disokong oleh Ustaz-ustaz yang gila kuasa. Adakah mereka efektif didalam melaksanakan janji mereka didalam menifesto kepada kita rakyat Selangor ini?

Allah berfirman lagi :

" Dan betapa banyaknya (penduduk) negeri yang telah Kami binasakan, yang menyalahgunakan kehidupannya; maka itulah tempat kediaman mereka yang tiada dihuni (lagi) sesudah mereka, kecuali sebahagian kecil. Dan Kami adalah pewarisnya. ( al :Qashash : 58 )

Sebelum ini mereka berjanji pada kita untuk memberi kebajikan pada kita tapi pada permulaannya saja mereka telah menganiaya kita dengan janji yang tak tertunaikan. Mana janji manifesto mereka? mana? Kenapa perlu menjadikan kami mangsa? kenapa menzalimi kami? kepada pejuang yang kononnya memperjuangkan Islam, mengapa turut menipu kami dengan janji janji indah, kami sedar kami rakyat tiada apa-apa, tapi ingatlah pak pak ustaz sekalian Allah itu Wujud, Allah itu Ada, Allah itu Mahamenyaksikan, Allah itu Adil, dan Allah itu Mahapenyiksa pada mereka yang mungkir janji.

Ingatlah kehidupan kita di dunia adalah menifestasi kehidupan kita di akhirat. Janganlah kita sia-siakannya dengan membenarkan "penlaknat" Rasulullah saw memimpin kita. Jangan lupa pada sejarah. Belajarlah dari sejarah. Kenapa kita perlu mengulangi sejarah dengan membenarkan orang lain yang tidak mahukan Islam menjadi asas kehidupan kita menjadi pemimpin? Malam ini dia & konco-konconya ingin berdemo di Sabah. Apakah kita perlu memejam mata untuk membiarkan dia & konco-konconya menafikan penat lelah pejuang kita selama ini? Apakah kita rela untuk mengenepikan segala pengorbanan Tuan Guru Nik Aziz kerana ingin bersangka baik pada dia sedangkan dia telah menginjak-nginjak fasal 5 Perlembagaan Pas kita? Yang lebih utama dia telah menghina Nabi Muhammad saw kita dengan Memuji Salman Rushdie. Dimanakah kita dalam membela Agamanya Muhammad saw? Dimana?

" Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangimu dari
(menyampaikan) ayat-ayat Allah, sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu, dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu, dan janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. (al : Qashash : 87)

Thursday, April 17, 2008

Apa Kata Anda?


Petang tadi ketika minum petang bersama keluarga saya membaca akhbar sinar selangor di situ saya agak terkejut dengan satu artikel yang menyentuh tentang Projek "B" dan "statement" Dr Hassan Ali.

Di sini saya kemukakan "statement" Dr Hassan Ali :

1) Bunuh saja semua "B" di Selangor


2) Biarkan saja status sekarang di mana pusat menternak "B" berleluasa di Selangor.


3) Yang terbaik, memusatkan ladang "B" pada 1 tempat dengan teknologi moden.


Pada pendapat saya daripada beliau menyarankan agar dibunuh saja "B" ni,lebih baik beliau menyarankan agar dijual saja "B" ini kepada negara nagara yang mahu membelinya. Secara automatik pusat menternak "B" akan ditutup dan penternakan secara moden tak perlu dilaksanakan.

Jadi bagaimana pula pendapat anda?

Sunday, April 13, 2008

Pakatan Kerosakan Rakyat?


Dalam kesibukan melayari kehidupan seharian saya terpanggil untuk menyentuh isu Projek "B" bkn Projek "A" lakonan jackie chan. Nampaknya MB selangor lupa pada janjinya,lupa pada matlamatnya atau buta pada matlamat & janji asalnya yang telah dijanjikan pada rakyat selangor.

Beliau begitu ghairah mempertahankan Projek "B"nya dengan alasan alasan yang tidak munasabah & tidak kuat. saya tertanya tanya apakah benar najis najis "B" ini dapat dikitar semula? jika ya ia dapat dikitar semula, ia akan dikitar menjadi bahan apa? apakah ia akan 100% dikitar semula @ akan ada sisa sisa yang akan pasti akan dibiarkan? Buktikan bahawa sisa baki "B" ini boleh diteknologikan, kemukakan bukti! jangan hanya pandai bermain kata kata & jangan memperbodohkan rakyat.

Lupakah beliau pada virus JE & virus NIPAH yang pernah melanda dan menghantui negara kita suatu ketika dahulu? Apakah projek "B" ini ada didalam menifesto yang telah disogokkan pada rakyat sebelum pilihan raya yang lalu? Atau apakah ini hanya projek untuk meraih simpati & sokongan rakyat bukan melayu @ bukan islam di selangor khususnya & di malaysia amnya?

Beliau barangkali lupa bahawa kemenangan dalam pilihanraya baru yang lepas adalah pertolongan dari ALLAH. Betapa besar pertolongan & peluang dari ALLAH yang telah diberikan untuk mereka berbakti pada Agama,Bangsa,dan Negara. Betapa mereka ini tidak mensyukurinya dengan melukai hati ummat islam melayu dengan membenarkan Projek "B" & tidak melaksanakan & menunaikan janji yang termeterai dalam menifesto semata mata untuk menjaga hati orang cina bukan islam dari menjaga hati ummat islam melayu?






Ada pula ustaz ustaz yang menyokong projek "B" ini sehingga lupa segala pesan pesan & tunjuk ajar Tuan Guru Nik Aziz semata mata nak ikut cakap si pemuji profound writer ini? atau lebih tepat si sivaji ini? Apakah ustaz ustaz ini lupa pada prinsip mereka dahulu sehingga sanggup meleburkan & memusnahkan prinsip demi mengejar ketokohan?












Janganlah mereka lupa, bahawa pembangkang di luar sana melihat dan mencari ruang ruang untuk menjahanamkan Islam melalui kesilapan kesilapan yang ustaz ustaz ini telah lakukan. Ingat jangan korban QURAN & SUNNAH semata mata demi tujuan duniawi yang menipu ini. sedar sadarlah wahai pak pak ustaz. Jangan sampai janji janji kalian dituntut diakhirat kelak kerana mendahulukan yang bukan priority. Ingat ingatlah pada pesan Tok Guru Nik Aziz supaya berhati hati. Jangan nanti sampai memakan diri.