Sepertimana yang telah diketahui Tan Sri Khalid Ibrahim tetap bersikeras ingin melaksanakan Projek "B"nya walau apa tentangan yang dihadapi olehnya kini. Saya menolak tepi tentangan daripada UMNO kerana UMNO sendiri menyokong kandang "B" sewaktu pemerintahannya di Selangor.
Apa yang kita umum mengetahui Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata isu ladang "B" tidak perlu diperbesar-besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agar menjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.
Beliau berkata antara lain : “Sebagai umat Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita seharusnya menjaga hati umat Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum terutamanya perkara yang melibatkan perasaan mereka,”
“Jika matlamat kerajaan negeri adalah untuk keperluan masyarakat bukan Islam, kita tidak seharusnya menyekat hasrat itu. Ini merupakan kepentingan bagi mereka. Mereka (golongan bukan Islam) mempunyai hak untuk menikmati keperluan tersebut. Masing-masing mempunyai hak mereka sendiri,” katanya lagi.
“Projek ini boleh dilaksanakan sekiranya diuruskan dalam keadaan bersih seperti yang dibuat di negara Denmark dengan menjadikan kumbahan serta sisa-sisa najis haiwan berkenaan sebagai baja serta tidak melibatkan kawasan berhampiran penduduk terutamanya masyarakat Islam kerana akan menimbulkan perkara yang tidak diingini."
“Jika perkara sebegini tidak berlaku, tentu masyarakat setempat termasuk umat Islam dapat menerima pelaksanaan projek ini dengan baik,” ujarnya.
“Walaupun isu ini terlalu sensitif di kalangan umat Islam, tidak salah jika kita bertolak ansur dan cuba memahami sesuatu itu dengan rasional," katanya.
Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut bersetuju tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek "B" berkelompok kerana bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu. Memetik laporan dari sebuah akhbar harian, beliau dilaporkan berkata tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.
“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku"
“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya.
Apakah mereka sedar tentang apa yang telah mereka perkatakan? Apakah jawaban mereka ini hanya jawaban nafsu? jadi dimanakah jawaban mereka yang berlandaskan hukum syara'? dimana??
Allah swt berfirman yang bermaksud :
" Jika mereka tidak menjawab (tentanganmu),ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (al : Qashash : 50)
Apakah "B" ini merupakan makanan wajib bagi masyarakat cina? Apakah ulama' agama mereka membenarkan pemakanan "B" bagi ummat mereka atau mereka sendiri melarangnya? Tuan Guru Nik Aziz berulangkali mengatakan bahawa ulama' mereka sendiri menentang ummat mereka meminum arak dan mamakan "B" kerana "B" & arak bukanlah amalan dan budaya agama mereka. Tidak sedarkah kita bahawa makanan-makanan kita yang berada di pasaran sekarang hampir keseluruhannya telah dicampur dengan daging,najis,lemak "B" ini? apakah kita perlu menambah lagi kebarangkalian untuk mencemarkan makanan seharian kita tanpa kita sedari?
PKR begitu efektif dalam melaksanakan Projek "B" mereka ini sambil disokong oleh Ustaz-ustaz yang gila kuasa. Adakah mereka efektif didalam melaksanakan janji mereka didalam menifesto kepada kita rakyat Selangor ini?
Allah berfirman lagi :
" Dan betapa banyaknya (penduduk) negeri yang telah Kami binasakan, yang menyalahgunakan kehidupannya; maka itulah tempat kediaman mereka yang tiada dihuni (lagi) sesudah mereka, kecuali sebahagian kecil. Dan Kami adalah pewarisnya. ( al :Qashash : 58 )
Sebelum ini mereka berjanji pada kita untuk memberi kebajikan pada kita tapi pada permulaannya saja mereka telah menganiaya kita dengan janji yang tak tertunaikan. Mana janji manifesto mereka? mana? Kenapa perlu menjadikan kami mangsa? kenapa menzalimi kami? kepada pejuang yang kononnya memperjuangkan Islam, mengapa turut menipu kami dengan janji janji indah, kami sedar kami rakyat tiada apa-apa, tapi ingatlah pak pak ustaz sekalian Allah itu Wujud, Allah itu Ada, Allah itu Mahamenyaksikan, Allah itu Adil, dan Allah itu Mahapenyiksa pada mereka yang mungkir janji.
Ingatlah kehidupan kita di dunia adalah menifestasi kehidupan kita di akhirat. Janganlah kita sia-siakannya dengan membenarkan "penlaknat" Rasulullah saw memimpin kita. Jangan lupa pada sejarah. Belajarlah dari sejarah. Kenapa kita perlu mengulangi sejarah dengan membenarkan orang lain yang tidak mahukan Islam menjadi asas kehidupan kita menjadi pemimpin? Malam ini dia & konco-konconya ingin berdemo di Sabah. Apakah kita perlu memejam mata untuk membiarkan dia & konco-konconya menafikan penat lelah pejuang kita selama ini? Apakah kita rela untuk mengenepikan segala pengorbanan Tuan Guru Nik Aziz kerana ingin bersangka baik pada dia sedangkan dia telah menginjak-nginjak fasal 5 Perlembagaan Pas kita? Yang lebih utama dia telah menghina Nabi Muhammad saw kita dengan Memuji Salman Rushdie. Dimanakah kita dalam membela Agamanya Muhammad saw? Dimana?
" Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangimu dari
(menyampaikan) ayat-ayat Allah, sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu, dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu, dan janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. (al : Qashash : 87)
No comments:
Post a Comment