Sunday, April 13, 2008

Pakatan Kerosakan Rakyat?


Dalam kesibukan melayari kehidupan seharian saya terpanggil untuk menyentuh isu Projek "B" bkn Projek "A" lakonan jackie chan. Nampaknya MB selangor lupa pada janjinya,lupa pada matlamatnya atau buta pada matlamat & janji asalnya yang telah dijanjikan pada rakyat selangor.

Beliau begitu ghairah mempertahankan Projek "B"nya dengan alasan alasan yang tidak munasabah & tidak kuat. saya tertanya tanya apakah benar najis najis "B" ini dapat dikitar semula? jika ya ia dapat dikitar semula, ia akan dikitar menjadi bahan apa? apakah ia akan 100% dikitar semula @ akan ada sisa sisa yang akan pasti akan dibiarkan? Buktikan bahawa sisa baki "B" ini boleh diteknologikan, kemukakan bukti! jangan hanya pandai bermain kata kata & jangan memperbodohkan rakyat.

Lupakah beliau pada virus JE & virus NIPAH yang pernah melanda dan menghantui negara kita suatu ketika dahulu? Apakah projek "B" ini ada didalam menifesto yang telah disogokkan pada rakyat sebelum pilihan raya yang lalu? Atau apakah ini hanya projek untuk meraih simpati & sokongan rakyat bukan melayu @ bukan islam di selangor khususnya & di malaysia amnya?

Beliau barangkali lupa bahawa kemenangan dalam pilihanraya baru yang lepas adalah pertolongan dari ALLAH. Betapa besar pertolongan & peluang dari ALLAH yang telah diberikan untuk mereka berbakti pada Agama,Bangsa,dan Negara. Betapa mereka ini tidak mensyukurinya dengan melukai hati ummat islam melayu dengan membenarkan Projek "B" & tidak melaksanakan & menunaikan janji yang termeterai dalam menifesto semata mata untuk menjaga hati orang cina bukan islam dari menjaga hati ummat islam melayu?






Ada pula ustaz ustaz yang menyokong projek "B" ini sehingga lupa segala pesan pesan & tunjuk ajar Tuan Guru Nik Aziz semata mata nak ikut cakap si pemuji profound writer ini? atau lebih tepat si sivaji ini? Apakah ustaz ustaz ini lupa pada prinsip mereka dahulu sehingga sanggup meleburkan & memusnahkan prinsip demi mengejar ketokohan?












Janganlah mereka lupa, bahawa pembangkang di luar sana melihat dan mencari ruang ruang untuk menjahanamkan Islam melalui kesilapan kesilapan yang ustaz ustaz ini telah lakukan. Ingat jangan korban QURAN & SUNNAH semata mata demi tujuan duniawi yang menipu ini. sedar sadarlah wahai pak pak ustaz. Jangan sampai janji janji kalian dituntut diakhirat kelak kerana mendahulukan yang bukan priority. Ingat ingatlah pada pesan Tok Guru Nik Aziz supaya berhati hati. Jangan nanti sampai memakan diri.

7 comments:

pedang_siang said...

salam

TAKBIR...SALAWAT

SELANGOR DARUL BABI

saiful anwar said...

salam..

terima kasih lat..

salawat & takbir!!

M Nazrul H Nazirmuddin said...

betul ke JE dan Nipah itu berasal daripada ... ? atau ... ini hanya menjadi medium transformasi antara haiwan?

saiful anwar said...

salam adi..

Menurut World Health Organization, virus JE disebarkan oleh nyamuk jenis Culex Tritaenniorhynhcus dan Culex Vishnui yang hidup di kawasan seperti sawah. Apabila nyamuk jenis tersebut menghisap darah babi, virus berkenaan dipindahkan ke dalam badan babi dan membiak. Maka gabungan ladang babi dan sawah padi adalah seperti ulam dicita pucuk mendatang bagi pembiakan virus JE.

manakala virus nipah pula adalah virus bawaan kelawar. virus nipah asalnya diberi nama virus melaka oleh saintis Dr. Chua Kaw Bing yg berasal dari melaka.selepas itu Kementerian Kesihatan tlh menukar namanya dengan mengambil nama virus nipah supaya tidak memburukkan nama melaka.

pointnya di sini adalah bagaimana penyebaran virus itu melalui udara/nyamuk etc merebak tidak mengira tempat dan waktu.jadi perlukah kita sbg rakyat perlu mengambil risiko hanya kerana nak memuaskan nafsu sesebuah pihak?

salawat

THE PUREHADHARIST said...

Saiful Anwar,

Golongan Anwarist ini adalah dr golongan Islam Liberal. baca dlm blogspot-http://khalidjaafar.blogspot.com kita akan dpt menghidu pemikiran mrk. rujukan adalah barat itu dah jelas. so kalau isu babi ni, memanglah takde sensitiviti lagi bg mereka no hal...

saiful anwar said...

salam PUREHADHARIST..

info anda amat berguna. terima kasih. moga imam zaman as sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan dan kebenaran.

salawat & takbir!!

pedang.malam said...

Salam

aku taqlid je kat Tok Guru..Tok Guru suruh utamakn yg utama..jadi isu babi ni bukan matlamat utama Pas..manifesto dah terkambus bawah taik-taik babi kat tanjung sepat tu ha..biarlah ustaz-ustaz yg sokong isu babi ni pergi gali sendiri dapatkan balik janji-janji manis yg dah jadi hapak dengan taik-taik babi tu..

aku?
fasal 5 tetap fasal 5..

Salawat

p/s:teringat plak kat lagu awie "di penjara jaji"