Monday, April 28, 2008

Temuramah DSAI oleh Australia News Hours


JM : Anwar Ibrahim, selamat datang ke News Hour.


DSAI : Terima kasih.


JM : Mari kita beralih seketika, mengapa kerajaan sebegitu teruk dalam pilihanraya lepas dan kenapa anda cemerlang sekali?


DSAI : Whoop...aaa....terima kasih. Dalam pilihanraya yang begitu palsu ini,mmm...kita berjaya menubuhkan dengan yakin..aaa...tapi, kita lakukan dengan sangat baik sekali, aaa...saya telah katakan, jika tiada pembatalan dakwat kekal, kita mungkin akan dapat majoriti mudah di parlimen. Tapi aaa, mereka dah lakukan, kerajaan Barisan Nasional kalah teruk kerana keangkuhan mereka, terang-terang sekali korup, tidak cekap. Dan aaa....Itu jelas daripada mandat rakyat.


JM : Dalam kejayaan ini, anda perlukan beberapa kerusi untuk mengambil alih kuasa, mengapa anda rasa ini boleh dicapai?


DSAI : Ia boleh dicapai, pertamanya kerana, ramai daripada...ahli parlimen yang telah menang, sekarang ini telah sedar, itu mmm....minat dan sokongan umum rakyat Malaysia, adalah bersama Pakatan Rakyat. Keduanya, yang berada di Sabah dan Sarawak, tidak punyai kesetiaan penuh, kepada kerajaan UMNO. Mereka mewakili kaum di Sabah yang sudah terpinggir. Dalam rancangan kita adalah nyata, sementara membantu ekonomi dan perkembangannya, kita tidak akan mengenepikan kaum-kaum yang terpinggir ini, golongan miskin dari pelbagai kaum. Saya rasa ini, ditambah dengan sokongan daripada Semenanjung, bukan sahaja daripada UMNO, tetapi juga ahli gabungan lain, orang Cina dan orang India, jadinya kita ada. Malah saya katakan pada 2 minggu lepas, bahawa kita sudah ada bilangannya. Isunya bila kita mahu bergerak, dan saya akan bersedia untuk bergerak, mmm....hanya apabila kita rasakan, yang kita ada bilangan majoriti yang selesa.


JM : Jadi anda pilih untuk bersabar untuk bermain permainan tunggu menunggukan?


DSAI : Ya, sebelum....harap-harap tidak terlalu lama, kerana saya fikir keadaan ekonominya, ialah yang utama, ia masih merudum dan lembap berbanding negara jiran, secara politiknya tidak stabil. Kita rasa terhutang dengan rakyat Malaysia, untuk memperbaiki ekonomi dengan bertindak pantas.


JM : Anda juga katakan perbincangan itu memerlukan, memperoleh sokongan anda perlu...tawarkan wang untuk mempengaruhi orang ramai, itu tidak demokratikkan?


DSAI : Kita sudah perjelaskan, jika ada mana-mana ahli parlimen ada baru sebarang petunjuk menunjukkan minat untuk dibiayai, maka ia akan dibatalkan. Tidak ada sebab mengapa, rakan-rakan UMNO, tahu UMNO bermasalah, hilang sokongan, tak akan pilih untuk agenda reformasi. Tiada alasan lagi, bagi orang Sabah dan Sarawak, tahu keadaan kita berkaitan royalti petroleum, mempertanggungjawabkan kita dengan isu pendidikan dan kesihatan. Kebajikan umum untuk yang miskin terpinggir, tak dipedulikan selama 4 setengah abad. Tak ada sebab mengapa mereka tak patut sokong kita. Mandat yang diberi sangat jelas. Jika mereka bicara soal etika dan moral, biar saya beritahu mereka, seluruh pilihanraya yang diadakan adalah tidak jujur, ia tidak beretika dan tidak bermoral. Kita sepatutnya menang. Tiada sebab mengapa kita perlu berbincang lagi. Jadi isunya di sini ialah, rakyat Malaysia yakin sekali kita mempunyai mandat, dan kita mahu mencapainya. Jika ada perjanjian, selepas itu kita akan perjelaskan. Kita gariskan dengan jelas. Tiada isu korupsi dan rasuah. Yang mana ia telah menjadi amalan gabungan pemerintah sekarang ini.


JM : Bagaimana dengan parti major lain seperti PAS, bolehkah anda perolehi kuasa tanpa sokongan mereka?


DSAI : Sekarang gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat ialah PKR ( Keadilan), PAS (Parti Islam Semalaysia) dan DAP. Kita telah lalui beberapa siri mesyuarat. Kita sudah bina satu pakatan yang hebat, dan kita telah rangkakan agendanya. Tiada isu berkaitan, menukar Malaysia menjadi suatu yang lain daripada negara demokratik dan liberal dengan jaminan perlembagaan keselamatan, freedom of conscious, kebebasan bersuara, kedaulatan undang-undang, pasaran ekonomi dan keadilan teragih. Itu semua sudah dibincangkan.


JM : PAS telah mengundurkan diskriminasi positif untuk orang Melayu dan negara yang sedang dikawal mereka. Pada pandangan anda, adakah ia idea yang bagus?


DSAI : Sekarang, polisi kita ialah menuju kepada Agenda Ekonomi Malaysia Baru. Kita tidak akan membiarkan golongan yang terpinggir dan miskin, lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu akan dilindungi. Tetapi seluruh pendekatan ini perlu.....dalam pendekatan baru yang bakal diperkenalkan. Maknanya kita perlu bantu semua rakyat Malaysia. Inilah polisinya sekarang yang diambil PAS, DAP di Pulau Pinang dan KeAdilan (PKR) di Selangor.


JM : Apakah jangkaan anda mengenai kerajaan yang akan anda sertai, bakal menjadi lebih islamik atau kurang islamik?


DSAI : Apa?Itu ialah...pada saya....Soalan itu tak begitu relevan. Islamik dari segi, saya solat dan tak minum arak. Ya. Tapi saya tak ada hak, untuk paksa orang lain untuk solat dan tak minum arak. Sekarang mmm...ialah...islamik dari segi hal, kita akan benarkan kelas diadakn di dalam masjid. Kita akan benarkan pembinaan gereja dan kuil-kuil, tanpa gangguan diserang oleh pihak pentadbiran, seperti yang kita lihat pada masa lalu. Tiada soalan mengenai perobohan kuil hindu. Itu, pada saya adalah lebih Islamik dan sepatutnya lebih adil dan saksama.


JM : Bagaimana dengan isu undang-undang syariah? Apakah pendirian anda mengenainya?


DSAI : Kita dah perjelaskan. Undang-undang syariah telah dilaksanakan, pada isu kekeluargaan, ia telah diadakan, bukan itu saja, ia perlu diperbaiki, hakim-hakim mahkamah Islamik perlu dilatih, dengan prosedur kod jenayah, mesti ada ruang untuk melakukan aduan dan pertikaian bagi orang Islam. Kita tak akan benarkan, orang bukan Islam dihukum oleh mahkamah Syariah. Orang bukan Islam mesti diberi kebebasan untuk dihukum di mahkamah Sivil. Jadi, undang-undang Syariah hanya untuk undang-undang keluarga orang Islam. Dan dalam beberapa isu lain yang disenangi oleh orang Islam, tanpa melanggar hal-hal lain.


JM : Berbalik pada tahun-tahun lepas, melihat pada kacamata hari ini, 2008, mengapa Dr Mahathir bertindak menentang anda, semasa dalam kerajaan.


DSAI : Isunya pada masa itu, adalah kerana korupsi, nepotisme, kronisme, isunya pada masa itu, adalah berkenaan pentadbiran yang adil dan kebertanggungjawaban. Dan terdapat beberapa benda yang saya tidak bersedia untuk lakukan, termasuk menyelamatkan anak-anaknya yang mana saya tak mahu lakukan, secara umumnya rakyat Malaysia sedari hal itu. Dan sekarang sudah tentu dia akan katakan, saya pro Yahudi dan sesuai untuk jadi Perdana Menteri Israel. Jadi saya kata dia telah dimaafkan. Saya tak berniat untuk berbuat benda yang sama. Biarlah dia buat apa yang dia mahu.


JM : Anda katakan tadi Mahathir ini korup, atau telah lama korup, tapi adakah anda sebahagian daripada kerajaan ketika itu?


DSAI : Ya, jika anda tahu Mahathir, anda akan menyedari pada 1997, saya memperkenalkan perundangan yang ketat, Akta Anti-Korupsi. Itu adalah satu daripada isu-isu besar. Mengapa saya perkenalkannya? Kenapa saya sangat menekankannya? Mengkaji Suruhanjaya Korupsi di Hong Kong dengan teliti adalah kerana saya menyedari bahawa korupsi semakin menular. Semakin banyak anugerah dan kontrak diberi kepada anak-anak dan kaum keluarga Mahathir. Bila saya perkenalkan akta itu, ia telah menjadi Perang besar antara saya pemimpinan (Mahathir). Ini salah satu sebabnya mengapa saya dikecam. Jadi untuk katakan tiada sebarang tindakan itu tidak benar, lihat pendirian saya pada suruhanjaya bebas, malah saya telah membuat kenyataan di hadapan ketua hakim, bahawa dia perlu memahami undang-undang. Bukannya setakat kenal-kenal seorang hakim.


JM : Apakah yang anda akan katakan pada orang yang mempertikaikan kerajaan pimpinan anda hanyalah seperti UMNO lagi satu?


DSAI : Saya liberal demokrat? Orang ramai boleh menganggap macam-macam. Tetapi kita di sini komited kepada satu agenda. Dan tidak akan 'patah balik'. 6 tahun dipenjarakan, telah banyak mengajar saya. Kita jadi matang dalam tempoh itu. Anda tahu mandat yang diberikan adalah mandat untuk perubahan. Bukanlah mandat untuk mengulangi, pendekatan cara UMNO. Tiada soalan lagi tentang Malaysia yang demokratik. Tiada soalan lagi tentang Badan Kehakiman Bebas, tiada soalan lagi tentang kebebasan media dan polisi yang adil, polisi sosial ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.


JM : Anda punyai perbezaan dengan polisi ekonomi Mahathir, dia cuba untuk meminggirkan IMF tapi masih dapat menyelamatkan Malaysia daripada kegawatan ekonomi Asia. Jadi dia ada ukuran yang berjayakan?


DSAI : Isu IMF tak pernah timbul langsung. Ia telah dibuat, tidak ada langsung saya sebagai Menteri Kewangan inginkan IMF. Kita tidaklah seteruk kes di Indonesia, Thailand atau Korea Selatan, untk ambil jalan menggunakan IMF. Tetapi saya telah lakukan sedikit perubahan sebagai seorang Menteri Kewangan, melihat masalah kewangan ketika itu. IMF itu adalah, alasan oleh Mahathir untuk mengalihkan perhatian umum daripada korupsi besar dan salah guna kuasa. Bagaimana anda ukur sesuatu kejayaan itu dengan baik? Anda ukur pada tempoh pertengahan prestasi ekonominya. Dan anda akan ketahui selepas itu, selepas kejayaan awal jika dibandingkan dengan Indonesia, ia sangat teruk sekali. Indonesia dengan peruntukan, kekuatan ekonomi, pelaburannya adalah jauh di bawah Malaysia waktu itu. Jadi untuk membezakannya memanglah jauh berbeza sekali. Tetapi apa yang penting dalam fikiran saya, semua negara ini, Korea Selatan sudah melebihi kita (Malaysia), Thailand telah berjaya distabilkan, distabilkan ekonominya. Indonesia di dalam beberapa perkara, telah melepasi Malaysia, dalam FDI, dalam mendapatkan keyakinan. Malaysia tidak dapat bergerak melebihi tahap itu.


JM : Anda beritahu mengenai ekonomi Malaysia tadi pada awal temuramah ini, apakah pandangan anda mengenai halatuju Malaysia ketika ini?


DSAI : Sekarang saya ulangi. Pertama kita sudah hilang daya saing. Pada 1990-an, dengan banyak masalah, Malaysia masih berada pada no 1 dari segi FDI ( Pelaburan asing), no 1 dari segi pertumbuhan ekonomi, No1 dari segi daya saing di ASEAN. Sekarang dari segi FDI ( Pelaburan Asing), pertumbuhan (ekonomi), daya saing, kita sudah kalah. Kita sangat teruk dari segi kebebasan media. Kita sangat teruk dari segi badan kehakiman bebas dan korupsi. Ini juga bermaksud, kita perlukan perubahan. sekarang kita perlu bersaing, dengan jayanya untuk tarik pelaburan asing (FDI). Malaysia bukanlah sebuah negara yang tidak diketahui, di mana ia boleh berdiri terus hanya dengan pelaburan domestik (dalam negara). Kita perlukan banyak sokongan, memberikan keyakinan tinggi di kalangan negara jiran. Rakan di Australia, New Zealand, Eropah, Amerika, China, supaya dapat melihat Malaysia sebagai destinasi menarik untuk FDI (Pelaburan Asing).


JM : Apakah anda mempercayai polis dan tentera?


DSAI : Tentera ini, dikenali sepanjang sejarah sebagai pasukan yang lebih profesional, dan saya tidak ada alasan untuk mencurigai mereka. Tetapi polis telah dipergunakan sejak era Mahathir lagi, dipergunakan oleh pihak yang memerintah. Tetapi, saya juga rasakan banyak polis senior sedang meningkat lebih professional dalam pengendalian masalah (kes).


JM : Datuk Anwar, terima kasih kerana meluangkan waktu, diharap kita akan bertemu lagi.


DSAI : Terima kasih.


- Sumber dari Australia News Hours / youtube / tranungkite.net -

1 comment:

pedang.malam said...

Salam,

ANWAR KENAKAN KITA LAGI!!

Kepada rakan-rakan PAS yg dihormati dan dikasihi..

Tahukah kalian bahawa entri di atas-Anwar Ibrahim in Australian NewsHour With Jim Midleton- merupakan bukti terbaik dan terkini yang menunjukkan DSAI bukan seorang pejuang negara Islam? Mana tidaknya,sedangkan kita(PAS) untuk menjaga sensitiviti rakan-rakan dalam PR(kononnya) telah secara senyap menyorokkan dasar perjuangan kita iaitu mahu mendirikan Negara Islam.

Matlamat kita jelas sebab inilah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS bahagian Fasal 5. Kita mahukan negara Islam dari awal sampai akhir perjuangan kita,zahir dan batin kita hanyalah untuk Islam,agama Allah yang kita cintai ini. Malangnya selepas sahaja kita “dipaksa” untuk menutup mulut dari bercakap mengenai Negara Islam baru-baru ini, DSAI dengan nada yg berkias tapi jelas maksudnya yang dia tidak berniat mahu mendirikan atau mewujudkan sebuah negara Islam.

Ya! kita mahukan hidup yang lebih baik dan berkualiti. Ya! kita mahukan ekonomi negara kita lebih baik kerana itu membantu kita untuk beribadah kepada Allah. Ya! kita akan lebih mesra kaum. Ya! sistem pilihanraya kita akan lebih telus dan jujur. Ya! kita dah muak dengan perangai BN-UMNO. Ya! Kita mahu negara kita,pemimpin kita dan rakyat negara kita bersih dari pelbagai penyakit-penyakit hati yang kesannya merosakkan agama,negara dan bangsa kita. Ya! Kita mahu meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan terbaik di negara kita ini. Ya! Kita mahu Islam.Ya! Kita semua sedang menuju ke arah itu..semua itu benar dan hakikatnya kita adalah pemandunya. PAS adalah pejuangnya InsyaAllah!!

Tapi..berbaloikah perjuangan kita bila ianya disandarkan kepada orang yang tidak percaya tentang keadilan Allah yang menjadikan Islam sebagai agama manusia sejagat. Alhamdulillah, PAS saya yakin tidak ada masalah dalam memahami Islam sebagai agama yang benar di samping merupakan penyelesaian kepada segala masalah. Tapi..kita berbalik kepada soalan adakah orang yang tidak percaya ini dapat melaksanakannya?

DSAI dari entri diatas jelas-jelas menyatakan yg Islam seolah-olah padanya hanya pada Solat,tak minum arak & undang-undang Syariah hanya wujud di Malaysia dalam hukum nikah kahwin. Sebijik jawapan UMNO-BN!! mungkin sesetengah yang masih angau dan bermimpi dengan kemenangan PRU12 yg lepas akan memberi pelbagai jawapan untuk membela utnuk menjaga “kesatuan” “Pakatan Rakyat” ini. Teruslah membohongi diri sendiri..teruskan..saya tidak mahu masuk campur dan berkrompomi dengan kalian,tapi ingatlah! Sendiri jawab sendiri tanggung,kalau di dunia sudah tidak tertanggung di akhirat nanti lagi berat tanggungannya dan jangan heret kawan-kawan sama tanggung.

Dalam pengamatan saya yg serba kekurangan dan jahil ini, DSAI sekali lagi mengulangi kesilapan dia di dalam UMNO iaitu mula meminggirkan Islam dan mula mengetepikan PAS secara perlahan demi perlahan. Kalian jangan lupa DSAIlah antara orang yang membela “perjuangan” ratu cantik di Selangor pada tahun 1997 dahulu. Siapa mangsanya? Almarhum Ust. Ishak Bahrum yang merupakan bekas Mufti Negeri Selangorlah yang menjadi mangsanya.

DSAI tidak menjawab dan menafikan hubungan baik dia dengan Israel, USA dan Zionis. Kalian mungkin akan mengatakan ini hanya gimik BN-UMNO. DSAI yang merupakan mantan Presiden ABIM ini tidak pernah sekali pun,saya ulangi,tidak pernah sekali pun mengutuk kekejaman Israel Zionis terhadap saudara Palestin kita. Malah memuji keilmuan penulis Satanic Versus si laknat musibat Salman Rushdie. Si laknat ini mengatakan yang Nabi Junjugan kita Nabi Mohd saww sebagai gila seks!!-nauzubillah-tapi DSAI mengatakan dia penulis yang sangat memahami apa yang dituliskannya itu (profound writer)..lihatlah betapa tidak zionisnya DSAI. Paling terbaru bagaimana biadapnya ahli parlimen Belanda menghina Islam dengan menerbitkan filem pendek “Fitna”. Satu dunia terasa pedihnya hinaan ini tapi di mana statement DSAI yang mengutuk kezaliman ini? Bukankah dia pejuang keadilan? Adilkah kita dengan membisukan mulut apabila saudara kita dibunuh dan dizalimi? Di mana suara DSAI sewaktu saudara Pelestin kita memohon harapan diselamatkan dari terus disembelih setiap hari? Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah memijak bendera Israel sewaktu demonstrasi di Kelantan beberapa tahun lepas..Beranikah DSAI memijak hatta bendera Israel sekalipun? Berani ke?!

Sekarang ini heboh pula yang PR akan menerima mereka yang lompat parti. Saya mahu bertanyalah kepada rakan-rakan sekalian..apa jawapan Tok Guru Nik Aziz bila ditanya tentang orang yang lompat parti dan tindakan melompat parti ini? Tok Guru jawab:

“orang yang lompat parti ini adalah orang yang suka makan upah. Dan orang yang lompat parti ini adalah orang yang tak tahu urusan politik ini sebenarnya urusan dunia dan akhirat.”

dan Tok Guru sangat setuju dibuat akta yang dapat mengawal mereka dari melompat parti. Sedangkan DSAI pula mempelawa BN-UMNO melompat parti. Di mana kita sekarang? Di jawapan Tok Guru Nik Aziz ke atau di jawapan DSAI. Tentu rakan-rakan sekalian tahu yang Tok Guru Nik Aziz pernah menghantar surat kepada Ust Abd Hadi dan surat ini disiarkan di surat khabar Siasah. Apa nasihat yang Tok Guru berikan? Tok Guru pesan supaya kita utamakan yang utama dan hal yang remeh temeh kita ketepikan. Tidak kurang juga supaya kita pesan memesan antara satu sama lain. Ingat Tok Guru Nik Aziz merupakan Mursyidul Am kita (PAS) yang tugasnya membimbing rohani kita. Sudah tentulah statement-statement Tok Guru berkaitan dengan hal ehwal kerohanian ahli-ahli PAS dan Malaysai umumnya.

Apa lagilah yang lebih teruk dikenakan pada kita bila DSAI mencanangkan sedemikian rupa. Dia jelas masih seorang ahli UMNO-BN tapi dalam wajah yang baru dalam pakaian yang baru-PKR-. Wan Azizah sendiri telah mengatakan yang negara ini tak mungkin akan menjadi sebuah Negara Islam dan mahu memperjuangkan Ketuanan Rakyat-lihat Sun Daily 25 April 2008-. Sekarang di mana Negara Islam yang kita perjuangkan kalau asyik membiarkan mereka sahaja yang bersuara? Di mana Ketuanan Islam kalau asyik biar Ketuanan Rakyat yang bersuara? Mereka sudah menyatakan pendirian mereka, kita bila lagi?! Atau negara Islam kita sudah tenggelam dalam tangisan munajat kita yang lepas? Bukankah Negara Islam yang kita minta?

Saya seorang yang sangat jahil dan kejahilan saya ini hanya dapat terubat dengan berdirinya sebuah negara Islam. Paling tidak pun saya ingin sangat termasuk dalam kumpulan pejuang-pejuang Islam. Saya dapat lihat benda ini dalam PAS sedikit sebanyak. Saya tidak mahu PAS yang saya pertahankan dan perjuangkan ini menjadi seperti parti politik biasa. Lihatlah betapa berdolak dalihnya DSAI bila berkata tentang Islam dan Negara Islam. Jawapan yang hampir sama sewaktu saya menemu ramah beliau pada tahun 2006 di rumah kediamannya di Damasara Height dahulu. Pemimpin saya tetap Tok Guru Nik Aziz dan orang-orang yang bersama dengannya yang mahu memperjuangkan Negara Islam.

HIDUP ISLAM, HIDUP PAS..
Salawat