Petang tadi ketika minum petang bersama keluarga saya membaca akhbar sinar selangor di situ saya agak terkejut dengan satu artikel yang menyentuh tentang Projek "B" dan "statement" Dr Hassan Ali.
Di sini saya kemukakan "statement" Dr Hassan Ali :
1) Bunuh saja semua "B" di Selangor
2) Biarkan saja status sekarang di mana pusat menternak "B" berleluasa di Selangor.
3) Yang terbaik, memusatkan ladang "B" pada 1 tempat dengan teknologi moden.
Pada pendapat saya daripada beliau menyarankan agar dibunuh saja "B" ni,lebih baik beliau menyarankan agar dijual saja "B" ini kepada negara nagara yang mahu membelinya. Secara automatik pusat menternak "B" akan ditutup dan penternakan secara moden tak perlu dilaksanakan.
Jadi bagaimana pula pendapat anda?
10 comments:
Slm abng saiful...
Ali kata "Anuar membawa najis babi ke Malaysia.Ali berseru kepada SAI besbaskanlah dirimu dari dikutuk rakyat dengan menghancurkan semua kilang babi yang terdapat di Malaysia!ingatlah dikalau siapa yang mukir janji dia akan menerima azab.Dalam akhbar keadilan kata lima janji saya tapi sebenarnya enam kerana menambahkilang babi di malaysia...
WASALAM
ASALAMUALAIKA YA IMAM HUSEIN
salam ali adikku..
abg saiful setuju dgn pendapat ali tu,kandang/kilang "B" patut dimusnahkan tapi "B" janganlah dibunuh kerana sekiranya "B" dibunuh kemungkinan akan wujud konspirasi yang mungkin mengaibkan imej islam misalnya.
Yang menghairankan abg saiful mengapalah mereka tak terfikir untuk jual saja "B" ini ke negara luar misalnya, atau memang mereka dh terfikir tapi sengaja membiarkannya atas dasar kepentingan individu.
Mcm kes tutup aurat kalau perempuan tutup aurat maka akan berkuranganlah masalah sosial,rogol,dsbnya..
apala nasib bangsaku ini.. MELAYU MUDAH LUPA AGAMA (PRINSIP).
salawat
assalamualaika ya imam mahdi as...
aku saja je nak tengok ko punya BLOG!!! Ko kata PAKATAN RAKYAT buta sejarah? Kamu yang BUTA SEJARAH!!!!
SEJARAH ISLAM dan NABI2 is the first priority...
SEJARAH MALAYSIA no. 2..... Kamu tahu ke siapa yang memperjuangkan KEMERDEkAAN? dan siapa BARUA2 BRITISH, JEPUN dsb....
Oklah.... Pasai BABI tuh, Ko pi tanya MODEL BABI BARISAN NERACA!!! dia tahu, tapi seolah-olah BALING BATU SOROK TANGAN... tapi dia tak sedar BATU tuh terkena KEPALA DIA SENDIRI!!!
And Then, Pasai DEB? Takperlah.... itu bukannya menyebabkan KITA MURTAD!!! lainlah KITA BUANG RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN.....
Aku harap, Pihak BARISAN NERACA bersabar dengan SITUASI POLITIK MALAYSIA sekarang... JANGAN MAINKAN ISU PERKAUMAN..... Kalau Nak perjuangkan MELAYU, Mintaklah AZALINA tuh TARIK BALIK KATA dia.... AZALINA dah sekat PERUNTUKAN PERLANCONGAN DI NEGERI2 PAKATAN RAKYAT!!!
And Then, MENAPA UMNO HENTIKAN PERUNTUKAN DI KELANTAN? Yang terang2 MELAYU????
Kata NABIL... Lu pikirlah sendiri!!!!
salam syahamin.
terima kasih kerana sudi layar blog ini. nampaknya saudara hanya tau bercakap tanpa berfikir. lihat tanpa memandang. membangkang tanpa iman.
saudara ada baca betul betul apa komen saya di siasah daily? atau saudara hanya baca komen saya tentang "buta sejarah" itu shj?
saya rasa saudara hanya baca komen "buta sejarah" itu sahaja dengan mengabaikan komen saya yang satu lagi kerana saudara sangka saya umno dan bn. saudara silap!
saya penyokong pas tuan guru nik aziz, tuan guru nik aziz adalah pemimpin saya, bkn anwar ibrahim yang pernah memuji "makhluk" yang menulis "the satanic verses", dan bukan juga pak lah hadhari yang "kaki tidur kaki minum".
saudara kata "SEJARAH ISLAM dan NABI2 is the first priority..." skrg saya nak tanya saudara boleh saudara kemukakan bukti bahawa anwar nak mendirikan kerajaan islam? jangan bermain hujjah emosi dengan saya beri hujjah intelek dengan saya. jika saudara kata nabi yang utama mengapa anwar memuji makhluk yang mengutuk dan mencemar maruah rasulullah saw?
lebih baik saudara senyap kerana selagi saudara berbicara semakin nampak "kebodohan" saudara. saudara hanya berhujah emosi ditambah dengan hujjah tanpa bukti yang kukuh,malah langsung tiada bukti!
kesian syiah anwar, lupa sejarah, buta sejarah, berkata kata tanpa kaji sejarah.
malah saudara juga "kurang akal" dalam memahami komen saya.
cepat cepatlah membesar..
salawat & takbir!!
salam
aku rasa batu tu dah terkena kat kepala si syahamin rupanya.tu pasal cakap melalut-lalut..
apalah pasal DEB nak dikaitkan dgn murtad pulak..kata orang,kalau nak bandingkan epal biar dengan epal bukan epal dengan durian
bukan cepat-cepatlah membesar..tapi cepat-cepatlah waras..baru kene batu kecik dah jadi macam tu..lainlah batu yg besar..sebab batu besar Tanjung Rambutan tempatnya..kalau tak cukup Tanjung Sepat ada =)
Salawat
Salam
Wah!! Hangat betul jawapan-jawapan syiah anwar kepada zul dan saiful..menyirap ke? Hek eleh..sikit-sikit nak sentap..sama betul dengan perangai anwar masa kat kampus dulu..sikit-sikit nak emosi..sikit-sikit nak melatah..
Tapi tak mengapalah..cinta pada perjuanganlah katakan, jadi kita mestilah pertahankan siapa dan apa yg kita perjuankan ye tak?
Jadi aku dah senaraikan beberapa soalan-soalan yg hanya syiah anwar je mampu jawab..
1.tolong buktikan yg anwar dan PKRnya mahu dan dalam usaha menubuhkan negara Islam? Kalau “Negara Madani” tu negara Islam di mana Quran dan Sunnahnya? Kalau dah ada Quran dan Sunnah,bukankah parti kita PAS jauh lebih dahulu canangkan,jadi di mana relevannya “Negara Madani”?
2.buktikan yg anwar tak pernah mengkhinati kita(PAS)? Dan kalau dia pernah meminta maaf tahukah korang yg dia kembali mengutuk Tok Guru Nik Aziz, mursyidul am kita, pada beberapa siri ceramah dia tahun lepas? Korang tahu ke tak ni?!
3.dia memuji si laknat musibat murtad salman rushdie yg mengutuk Nabi Mohd saww sebagai “gila seks”-nauzubillah-sebagai “profound” writer..yakni penulis yg sangat memahami dan mendalam pengetahuannya tentang apa yg ditulis.apa benda ni!? Kalau dah kutuk Nabi bukan mendalam pengetahuan maksudnya..tapi dalam neraka dia akan pergi..termasuk dgn org-org yg meredakan perbuatan sesat dia tu..korang tahu ke tak ni?
4.buktikan yg masyrakat bukan Islam memuji dia sebagai pemimpin Islam yg berkaliber? Kalau dari Israel punya sokongan sila baca soalanm seterusnya..
5.kenapa Jewspost.net menyatakan yg beliau bakal jadi PM ke6? Website ni halaman rasmi berita si zionis Israel tau..
6.di mana suara anwar sewaktu saudara Palestin kita dibelasah? Buktikan yg anwar menentang sekeras-kerasnya pendudukan yahudi zionis dan kezaliman zionis palestin..buktikan..
7.buktikan yg anwar berterima kasih kepada Tok Guru Nik Aziz atas kemenangan besar PKR?
Korang tahu tak kalau bukan sebab air mata Tok Guru..mustahil PKR akan menang..mustahil
8.buktikan yg anwar mengatakan faktor kemenangan PKR adalah hasil dari doa dan pertolongan Allah..
9.Tok Guru Nik Aziz hingga hari ini msaih tak menarik balik statement dia yg memngatakan PKR adalah parti bercelaru..aku tetap pegang kata-kata Tok Guru ni sampai Tok Guru keluarkan statement yg berbeza mengenai dasar perjuangan PKR..kenapa Tok Guru kata demikian? Kenapa banyak org Pas tak dengar kata Tok Guru Nik Aziz?
10.mana fasal 5 perlembagaan PAS dalam diri pejuang-pejuang negara Islam saat ini?
Tok Guru Nik Aziz selalu pesan..org mukmin takkan masuk lubang dua kali..maksudnya takkan melakukan kesilapan yg sama dan berulang kali..cuba korang baca balik surat Tok Guru Nik Aziz kepada Ust Hadi Awang yg lepas..baca balik dgn Bismillah dan baca dengan jiwa yg tenang..aku doakan moga Allah buka pintu hati bagi mereka yg mahu..aku terus terang memang tak percaya kat si anwar ni..walaupun ramai pemimpin-pemimpin kita yg dah sokong..
kalau bukan disebabkan air mata Tok Guru Nik Aziz yg merupakan penawar bagi hati aku yg lara ni aku mungkin juga hanyut oleh “bisa ular tedung” ni..
aku selalu doakan moga Pemimpin yg bertaqwa jadi PM kat negara aku ni..tapi aku tak nampak taqwa ni kat dia..minta maaflah ye..dia dah pijak Fasal 5 perjuangan kita..
Salawat
p/s:ramainya orang kene tipu..kesian..kesian..
soalan:"kenapa dorang percaya kat si zionis ni?"
jawapan:"kesian..kesian
Assalamualaikum,
seronok ya... semenjak dua menjak, dah ramai orang berkumpul kat blog ko. hehehe.
Saya nak bagi comment BERKENAAN ISU B nih.
oklah.... apa yang saya dapat lihat, Kita berada dalam MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM.... kita sebagai Ummat ISLAM DIHARAMKAN MEMAKAN BABI.
Situasi sekarang, di Malaysia, terdapat rakyat yang non-Muslim, sebagai ummat ISLAM, kita kena professional untuk berhadapan dengan isu ini....
Disebabkan di SELANGOR, ramai daripada rakyatnya adalah CINA, jadi wajarlah sekiranya B ini ditempatkan ke satu tempat sahaja dan dilaksanakan secara MESRA ALAM.
apa yang saya pahami daripada kenyataan Dr Hassan ALI, dia menasihatkan untuk membunuh B yang melebihi daripada apa yang ditetapkan..... jadi, ianya munasabah.
saya harap, satu CERAMAH untuk memahami ajaran ISLAM dalam menangani situasi HIDUP BERSAMA dengan non- MUSLIm dapat dianjurkan dan didebatkan supaya ISU SEPERTI INI LEBIH DIFAHAMI RAKYAT.
-kita share pendapat.
Salam SA dan Pencinta Kebenaran,
1. Saintis Jerman pun masih belum menerbitkan artikel dalam mana-mana jurnal saintifik yang membuktikan teknologi ladang babi di sana zero pollution. Maklumat ini diperolehi dari aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM). Sila berhubung terus dengan PPIM untuk maklumat lanjut.
2. Kenapa BN dan PKR tidak menyiarkan pandangan pakar-pakar veterinar dan alam sekitar yang menjamin zero pollution ladang babi di Jerman?
3. Kenapa Israel dan Singapura yang bermazhab zionis tidak melaksanakan projek ladang babi moden di negara mereka? Kenapa mereka perlu takut jika benar teknologi di Jerman tu zero pollution?
4. Sila rujuk buku "Halal Haram" terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Babi telah dicampur ke dalam hampir semua barangan makanan umat Islam. Prioriti kita sepatutnya memperbanyakkan produk halal, bukan menambah kebarangkalian unsur babi dicampur dalam makanan kita.
5. Singapura boleh membuka ladang ternakan yang lebih luas dari negaranya sendiri di Australia. Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?
6. Dr Hasan Ali adalah PhD dalam perancangan bandar. Kenapa tidak didirikan saja ladang babi di bandar-bandar yang majoritinya orang Cina. Kenapa di daerah yang majoritinya orang Melayu? Kalau Dr Hasan Ali nak banglo untuk dia tinggal di tepi ladang babi pun, taukeh babi boleh bagi free dengan syarat beri lagi kemudahan untuk mereka.
7. Ingat isu Universti Merdeka lwn Kerajaan Malaysia. Cari dan lihat siapa yang menang sorak kampung tergadai dan siapa pula yang kalah sorak dapat banyak universiti akhirnya?
Eloklah kita menjadi penyokong yang peka. Bukan yang membabi-buta. Sokongan kita akan dihisab di dunia dan akhirat. Jamaah akan kuat jika ahlinya tahu dan yakin dengan kebenaran. Jamaah akan hancur jika ahlinya hanya menyokong membabi-buta macam ahli UMNO menyokong pemimpinnya.
Dalam hal mesra alam dan zero pollution, pakar-pakar alam sekitar dan veterinar di universiti-universiti tempatan dan luar negeri sepatutnya menjadi tumpuan bagi pertimbangan kita menyokong atau menentang. Pemimpin-pemimpin politik sepatutnya mendidik rakyat supaya lebih berfikiran saintifik dan berkerohanian. Bukan mewarisi tradisi BN yang memperbodohkan rakyat jelata. Cari dan dedahkan pandangan saintifik mereka. Bukan sibuk suruh rakyat dengar cakap pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan.
Ingatlah makna siasah. Mendidik pemikiran dan jiwa ummah agar mampu mentadbir dunia ke arah ketamadunan demi mendirikan kedaulatan agama.
Salawat
Salam semua..
Terima kasih kerana sudi layari blog saya ini. walaupun serba naif tapi masih mendapat tempat di hati kalian.
Kepada syahamin saya mohon maaf kerana terkasar bahasa pada saudara, saya ucapkan terima kasih kerana saudara sudi untuk menolak tepi "ego" saudara dengan kata2 yang sopan kali ini. terima kasih banyak2,moga Allah sayang saudara dan keluarga saudara.
Maaf kerana lambat reply coz skrg bz dengan kerja n tengah cari bahan2 untuk naik entri baru.
Saya sokong pada pendapat pedang malam dan saudari qisti,malah apa yang dikatakan oleh saudari qisti itulah yang bermain dibenak saya. jadi tak perlu kiranya saya ulas lagi kerana ia dah cukup jelas.
Tentang forum atau ceramah memahami ajaran ISLAM dalam menangani situasi HIDUP BERSAMA dengan non- MUSLIM saya rasa Tok Guru Nik Aziz dah lama buat,hasilnya bangsa india dan cina dapat menerima islam dan isu babi tidak menjadi persoalan di Kelantan malah bangsa cina tak pernah minta Tok Guru Nik Aziz buat kandang/kilang Babi.kerana apa? ulama' india dan cina sendiri menyatakan bahawa babi dan arak tidak baik a.k.a haram dalam agama mereka. Malah babi dan arak juga bukan budaya orang cina dan india. Kisah ini dituturkan sendiri oleh Tok Guru Nik Aziz dalam ceramah2 n kuliyah jumaat beliau. Jadi dimana relevannya projek "B" dgn alasan untuk jamin kehidupan bangsa cina? malah bagaimana effisyennya PKR dan BARUA2NYA hendak menjayakan projek "B" tidak pula dilakukan dalam melaksanakan menifesto2 yang mereka jajakan pada kita.
Jadi adakah kita perlu menangung risiko kerana nak memuaskan nafsu sesetengah pihak?
Patutnya kita menjadi penyokong ysng peka bkn yang membuta tuli sampai isu projek "B" pun kita perlu sokong sedangkan ada yang lebih utama iaitu menifesto.
renungkan..
salawat
Salam
Petikan Berita Harian
LONDON: Berjuta-juta penduduk Britain dilaporkan terpaksa menahan bau busuk najis babi dari Jerman yang disifatkan sebagai bau paling busuk bagi kawasan Eropah, lapor akhbar paling popular, The Sun.
Bau berkenaan dari ladang ternak di Jerman merentasi hingga Selat Inggeris dan memenuhi ruang udara di England dari Essex hingga ke seluruh London dan sejauh Swindon di Wiltshire, lapor akhbar itu, Sabtu lalu.
Apa yang paling buruk bau berkenaan dilaporkan akan terus dinikmati penduduk di Britain sehingga semalam malah bau berkenaan juga dapat 'dinikmati' Ratu England yang menghuni di Istana Windsor.
Jurucakap pejabat pelancongan di Windsor, Berkshire berkata: "Ketika saya meninggalkan rumah pagi ini, bau berkenaan amat kuat. Saya berharap Ratu menutup tingkap istananya."
Thames Water berkata: "Penduduk kawasan kami hingga Swindon dan Reading yang jauh, terhidu bau pelik berkenaan.
"Sesetengah mereka mengatakan ia hanyir manakala yang lain menyifatkan ia seperti baja.
Seorang pemandu trak, Jim Forrest, 55 dari Maidstone, Kent berkata bau berkenaan memualkan tekak hingga menyebabkan mata berair.
"Baunya hingga ke kawasan flat kediaman saya.
"Saya sukar bernafas dan ia seperti bau najis dan amat teruk sekali," kata Ann Schlachter dari East London.
The Sun melaporkan, bau itu berpunca daripada penggunaan baja najis babi yang dihasilkan daripada penternakan kira-kira 25 juta khinzir di Jerman.
Penternak babi, Hauke Jaacks, mengakui bahawa beliau menyembur 5,000 gelen baja di kawasan ladangnya di Rissen di barat laut Jerman.
"Maaf kerana bau itu tetapi anda perlu menghadapinya. Saya perlukan rumput untuk ditanam bagi makanan ternakan saya."
Sementara itu pakar meteorologi, John Hammond berkata bahawa bau busuk luar biasa berkenaan disebabkan keadaan cuaca di mana angin membawa bau berkenaan dan menjejaskan seluruh kawasan tenggara England.
Pejabat polis, jabatan perkhidmatan kecemasan dan stesen radio tempatan menerima banyak aduan daripada penduduk yang menuntut pihak berkuasa memberitahu punca bau berkenaan.
Kira-kira 1,000 aduan diterima Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Agensi akhbar nasional Jerman, DPA, akur negara itu bersalah dengan berkata:
"Punca bau busuk kini diketahui - angin sebelah timur dan babi Jerman - mewujudkan bom busuk." � Agensi
Post a Comment