Sunday, April 27, 2008

Ke lembah manakah arahku tuju bila tiada bimbinganmu..



Kemanakah arahku selepas ini?

Adakah aku perlu meraih simpati agar kau sentiasa disisi?

Aku jahil, aku hina, aku buta, aku bodoh, aku munafiq, aku fasiq, aku tuli,

siapakah yang dapat membimbingku selepas ini jika kau pergi meninggalkan aku,

mana lagi harusku memetik,menagih untuk mendapat kasihnya Nabi saw jika tidak melaluimu?

Dosa apakah yang telah aku lakukan sehingga mereka-mereka yang durjana telah meminggirkanmu? menolakmu?

Oh apakah aku ini pengemis hina yang berharap tapi dihampakan?

Oh seandainya aku dapat meraih Kasih Allah swt aku mahu DiriNya memberimu kekuatan untuk terus membimbing aku, untuk terus berdoa untukku, kerana doamu lebih didengar berbanding doaku wahai pemimpinku..

Oh seandainya aku...

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,

Wahai Tuhan yang menenteramkan hati,

Wahai Tuhan yang sentiasa dihati,

Wahai Tuhan yang selalu menyembuhkan hati yang sakit,

Wahai Tuhan yang selalu menggembirakan kekasih hati,

Wahai Tuhanku,

Aku bermohon agar Kau Membimbing aku,

Aku bermohon agar Kau sentiasa bersama aku,

Aku mohon demi Kasihmu selamatkanlah pemimpinku Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Aku mohon agar kau sentiasa memenangkan beliau dalam membela aku dan mereka-mereka yang tertindas,

Aku mohon agar Kau mengalahkan musuh-musuh beliau yang ingin menjahanamkan Islam,

Aku mohon agar Kau perkenankan beliau menjadi pembantunya Imam Zaman al-Mahdi as dalam membela kebenaranMu ya Allah,

Aku mohon...

Aku mohon..

Aku mohon..

Dan aku berserah padaMu..

Kerana Dirimu semua Yang Benar itu terungkap,

Kerana melaluiMu semua yang batil itu musnah...

Wahai Tuhan yang mengijabah doa,

Terimalah rintihanku yang hina dina ini demi pemimpinku yang dekat Padamu...

Aku mohon...

Aku berserah...

Aku adu hanya padaMu Ya Rahman..

2 comments:

pedang_siang said...

salam

Ya Allah perkenan la doa kami,doa org tertindas,doa org yg di tipu oleh puak2 anwar ibrahim ini,doa org mengharapkan supaya kami tak di tipu 2 kali agar kami waspada,bantu la kami agar kami istiqamah,kekal dalm fasal 5 perlembagaan..smpi kan salam dan selawat ke atas Nabi kami Muhammad saaw dan ahli keluarga beliau dan penerus kepimpinan Al Qiam bil hujjah..Amin

Ali Al Husaini said...

salam...

Ya Allah engkau tahu disebalik hati yang merah jambu,ada bintik-bintik hitam yang meliputinya,engkau sucikanlah sebelum jasad kami pergi.Salam kepada semua syuhada salam kepada ahlul bait salam kepada imam Ali dan syiahnya...

WASALAM
ASALAMUALAIKA YA IMAM HUSEIN