Wednesday, May 28, 2008

Mamak ka? Mamak Muslim ka?

Ketika membaca di detikdaily saya terpikat dengan satu surat dari seorang pembaca yang pada ia penting iutuk pengetahuan bersama untuk dikongsi. Di sini saya siarkan suratnya :-

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.

Anda boleh cuba di tempat anda!

Tuesday, May 27, 2008

Cerpen Cuba-Cuba : Manusia Purba

Sahibul hikayat sebuah ceritera zaman batu dahulu kala dimana manusia mungkin tidak pandai berbahasa. Yang ditutur entah apa-apa gamaknya, entah faham entah tidak sesama mereka itu tidaklah diketahui.


Walau begitu manusia purba itu punya satu keistimewaan juga nampaknya. Bahasa hati, itu yang tiada mungkin di zaman kini yang lebih mengutamakan bahasa benda juga gamaknya. Bahasa hati ini telah membuat mereka memahami sesama mereka walau pada hakikatnya mereka itu tidak tahu berbahasa.
Ada juga diantara mereka ini di zaman purba ini yang kurang mengerti apatah lagi memahami bahasa hati ini. Ada juga mereka yang tidak ambil pusing tentang bahasa hati yang merapu meraban ini.

Tetapi itu bukanlah halangan untuk mereka terus mencuba mencipta bahasa supaya mereka ini dapatlah memperbaiki sidikit sebanyak hubungan sesama mereka ini mudah mudahan lebih maju lagi lah mereka dalam menghadapi masa hadapan.

Dalam mereka mencuba cuba mencipta bahasa baru itu datanglah sekawanan burung merpati memerhati lagak mereka itu yang lucu juga pada mata merpati merpati ini. Tidaklah dihirau akan kehadiran burung-burung merpati itu oleh manusia-manusia purba ini yang dihiraukan mereka apakah yang hendak dibahasakan oleh mereka ini.

Lalu bersuaralah seekor merpati daripada kawanan itu. " ALLAH...." disahut oleh kawanan burung yang lain serentak. " ALLAH...."

Pelik jugalah manusia-manusia purba ini akan apakah yang dimaksudkan burung-burung merpati dengan sebutan "ALLAH.." itu.

Kemudian burung yang sama juga menyambung " AHAD... AHAD.." lalu disambut oleh burung-burung yang lain "AHAD...AHAD.."

Bertambah-tambah hairanlah manusia-manusia purba ini akan apa pula yang dimaksudkan "AHAD...AHAD..." itu.

Tidak semena-mena seluruh alam mengucapkan tasbih " QUL HUA ALLAH HU AHAD..."

Terkejut beruklah manusia-manusia purba ini akan apakah itu "QUL HUA ALLAH HU AHAD..." itu pula dan suara apa pula yang bergema-gema tadi.

Dengan kuasa Yang Mahaperkasa gugurlah selembar daun yang ada lukisan akan manusia itu berTuhan. Bagaimana mereka dapat mengagaknya terserah pada Rabul Jalal swt yang menguruskannya.

Dengan aqal yang dikurnai Yang Mahabijaksana swt itu lalu tidak semena-mena lahirlah perkataan pertama dari mulut-mulut manusia purba ini "ALLAH..." sebut mereka beramai-ramai.

Kerana keberkatan Yang Mahapengasih swt itu, terciptalah lagi perkataan baru yang bertuntaskan Tauhid untuk mereka bertutur. Tiadalah disedar oleh mereka yang ditutur mereka itu semua adalah tasbih semuanya.

Dengan amalan-amalan mereka itu lalu datanglah kepada mereka Jibril as mengajarkan kepada mereka apa itu bahasa, kerana bahasa itu bukanlah apa-apa jika tidak mengenal siapakah Tuhan itu.

Lalu setelah sepurnama Muslimlah mereka semua itu dengan tamadun yang menggugah alam diwaktu itu. Meskipun mereka itu bukannya nabi-nabi tetapi KasihNya Rabbul Jalal swt telah membawa mereka pada hakikat kehidupan iaitu "Akhirat disamping ALLAH..."

Monday, May 26, 2008

Kerikil Hidup : Harapan


"Razlan...Razlan..! Kemari ada perkara cikgu nak bicarakan dengan kamu" Cikgu Kamal memanggil aku waktu aku mahu pulang ke rumah.

"Ada apa cikgu, apa yang boleh saya bantu? Atau saya ada buat apa-apa salah kah cikgu?" Jawabku dengan hormat.

"Apa benar kamu mahu berhenti sekolah Razlan? Apa kamu sudah fikir masak-masak akan keputusan kamu itu Razlan?" Tanya cikgu Kamal penuh hati-hati.

"Ya cikgu, tapi jikalau cikgu ada buah fikiran yang lebih baik untuk saya pertimbangkan mungkin lebih baik.. Dalam situasi yang bercelaru ini mungkin saya akan melakukan kesilapan dalam bertindak cikgu.." Kataku lemah..

"Begini, pada pandangan cikgu kalau kamu mahu berhenti sekolah gara-gara mahu membantu keluarga kamu cikgu rasa itu satu tindakan yang kurang effektif kerana hanya dengan pelajaran sahaja kamu dapat membantu keluarga kamu Razlan. Cuba kamu jawab pertanyaan cikgu ini. Dengan hanya berkelulusan PMR perkerjaan apa yang dapat kamu lakukan? Adakah perkerjaan itu nanti dapat menampung kos sara hidup kamu sekeluarga nanti?" Tanya cikgu Kamal tegas.

"Entahlah cikgu, sebenarnya saya sendiri kurang pasti. Kalau setakat jadi kuli mungkin boleh dapat. Tapi bayaran yang diterima mungkin tidak memadai untuk saya bantu keluarga saya cikgu... Tapi dalam keadaan sekarang ini, saya rasa seperti saya sanggup lakukan apa sahaja cikgu asalkan dapat membantu sedikit sebanyak keluarga saya pun dah memadai.." Jawabku.

"Dengan mengorban pelajaran pun kamu sanggup Razlan?" Cikgu Kamal bertanya padaku dengan mata yang cukup garang, mungkin kerana dia tak mahu aku membuat keputusan yang salah dan aku menyesal dikemudian hari, jadi dia berasa bertanggungjawab untuk membantu aku.

"Begini Razlan, pada cikgu lebih baik kamu teruskan belajar, tentang kos pembelajaran kamu jangan risau cikgu akan membantu kamu. Kita boleh membuat rayuan pada badan-badan yang bertanggungjawab untuk memberi biasiswa kepada pelajar yang kurang mampu. Lagipun prestasi kamu di sekolah sangat bagus. Jadi pada cikgu tiada masalah untuk mendapatkan biasiswa. Tentang bapa kamu pula, cikgu yakin dia akan sedaya upaya mencari pekerjaan, masakan seorang bapa sanggup untuk membiarkan anak isterinya tak cukup makan dan pakai? Ohh ya... Baru cikgu teringat Guru Besar kita ada memberitahu cikgu yang sekolah kita ini memerlukan seorang tukang kebun, apa kata kalau kamu tanyakan pada bapa kamu, mana tahu bapa kamu berminat untuk kerja di sini? Disamping itu boleh dia lihat bagaimana kamu di sekolah. Bagaimana?" Bersinar-sinar mata cikgu Kamal memberiku semangat dan cadangan.

"Ya cikgu betulkah? Kalau begitu balik ini akan terus saya sampaikan pada bapa saya. Tentang biasiswa itu pula saya harap Allah swt akan bersama kita moga-moga saya mendapat biasiswa jika cikgu benar-benar membantu saya. Lega sedikit hati saya cikgu. Terima kasih cikgu. Hmm.. Selamat Hari Guru cikgu Kamal" Kataku dengan hati yang berbunga-bunga.

Selepas pertemuan dengan cikgu Kamal, aku mula bersemangat untuk terus belajar dan kalau boleh ingin berjaya seperti pelajar-pelajar yang dapat masuk ke Universiti. Ya! Aku mahu masuk Universiti, aku mahu berjaya... Ibu.. Bapa..! Lan mahu ibu dan bapa berbangga dengan Lan satu hari nanti. Lan mahu kita semua hidup senang dan diredhai oleh Yang Mahaesa... Ini janji Lan pada ibu dan bapa...!" Jeritku pada diriku sendiri...

Friday, May 23, 2008

Pak Lah kata : "hang terima ja la keputusan,jangan dok bising-bising"

Di TOKYO 23 Mei 2008 Pak Lah nasihatkan agar semua rakyat Malaysia terutama penduduk Johor terima jer la... keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Putih tu milik Singapura bukan Malaysia.

Pak Lah cakap dia sedih dengan keputusan tersebut tapi terima jer la... kerana ia dibuat melalui persefahaman bersama Malaysia ngan Singapura selepas kedua-dua negara sepakat nak bawa pertikaian tersebut ke ICJ pada tahun 1993 dulu.

Bagaimanapun, Pak Lah kata dia dapat melihat situasi menang-menang dalam keputusan tersebut kerana Malaysia diberi kedaulatan ke atas Middle Rocks sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak kononnya.

"Menang pun tak menang semua, kalah pun tak kalah semua. Itulah keadilannya. Saya tahu rakyat Malaysia terutamanya penduduk Johor akan ada yang emosional mengenai keputusan ini. Kita perlu ingat bahawa keputusan ini dibuat secara aman dan adil. Keadilan itu mestilah diakui’’ kata si Pak Lah.

Sehubungan dengan itu, Pak Lah nak satu langkah segera diambil untuk memastikan kedudukan sempadan South Ledge tu.

Pak Lah kata, beliau yakin South Ledge tu adalah milik Malaysia.
Dalam pada itu, Pak Lah kata yang dia akan menghadap Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk memaklumkan mengenai keputusan tersebut.

"Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga akan menghadap sultan dan akan memberi penerangan kepada rakyat terutamanya penduduk di Johor selepas ini'' kata "si Lembik" ni.

Pak Lah kata pertemuan dengan pemimpin Singapura mengenai keputusan itu tidak perlu.

Dah la makna keadilan pun tak tahu, ade ker keadilan tu adalah situasi menang-menang? keadilan tu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kebenaran bukan menang-menang, tak percaya pi tanya Prof. Syed Naquib Al-Attas.

Nak tambah yang Pak Lah ni memang betul-betul "si lembik"; dia takut nak pi jumpa pemimpin Singapura konon-konon nak tunjuk dia ni hero la...Bermaruah konon.. Cait pooorahh..!

Mula-mula Pak Lah kata South Ledge tu tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak, selepas tu dia kata yang dia yakin South Ledge adalah milik Malaysia, wei naper hang tak pi tanya kat Hakim tu masa tu? Cakap pun tak serupa bikin. Ni la kata-kata "si lembik" yang tak der pendirian langsung. Lembik.... memanjang...

Dah la tu pasir pi jual kat Singapura, Wilayah Iskandar pi bagi warga negara Singapura uruskan, stesyen TV semua pi jual kat Singapura. Tak percaya pi tengok Media Prima hak milik siapa...
Inilah Pak Lah yang mencari al Ghazali tak jumpa-jumpa pastu nak jumpa Goh Chok Tong pun takut. Aper daaa, mana keris mu yang panjang tu Pak Lah woiii... Bila hang Lembik makin besarla Singapura gamaknyerr... :)

Thursday, May 22, 2008

Tuan Guru Nik Aziz


Malam tadi ketika bersembang-sembang dengan kawan saya, kami tergerak untuk membincangkan perihal Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Walaupun pendapat-pendapat kami ini tidak akan memberi kesan pada siapa-siapa pun kerana kami hanyalah segelintir masyarakat yang tak punya apa-apa, tak punya kepentingan sepeserpun dalam politik Malaysia, malah suara kami ini hanyalah seperti suaranya lalat. KOSONG.

Mungkin pandangan kami ini keterlaluan, mungkin juga pandangan kami ini hanya pandangan-pandangan remaja yang "zero" tentang keadaan politik semasa yang sedang "bergolak". Akan tetapi kami cuba untuk menjadi remaja yang "sedar" tidak "tidur". Kami akui kami masih memerlukan bimbingan dari mereka yang lebih dewasa dan "sedar" akan polimik yang melanda negara kita ini. kenapa kami katakan perlu bimbingan dewasa yang "sedar"? Kerana masih ramai dewasa yang masih "tidur" nyenyak masih lena.

TGNA pada pandangan kami yang naif ini tidak salah jika kami kaitkan seperti Imam Khomeini mungkin, kenapa Imam Khomeini tidak Ghandi maupun Mother Theresa? Kerana Imam Khomeini itu adalah seorang Islam bukan Buddha maupun Hindu. Mungkin pada sesetengah orang nasihat dan pandangan beliau tidak diambil endah sepeserpun tetapi beliau tetap berusaha untuk memperbaiki masyarakat tidak kira dari kalangan bangsa & parti apa sekalipun. Apabila terjadi pergolakan di Kelantan kami tertanya-tanya kenapa perlu terjadi begini dalam masa kemenangan banyak dipihak Parti Islam PAS? Adakah itu salah TGNA kerana GAGAL untuk mendidik masyarakat? Atau kerana masyarakat tidak pernah memahami apa yang dinasihatkan atau diajarkan oleh TGNA selama ini? Salah siapa?

Kadang-kadang terfikir jua perlukah ditimbulkan soal salah menyalahkan ini atau kita perlu sama-sama menggembeling tenaga untuk menggulingkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang telah merosak Islam ini? Jika ditinjau dari sudut sejarah masyarakat kita ummat Islam pernah menjatuh Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, masyarakat Islam kita juga pernah menjatuhkan Dato Asri di zaman Tunku Abdul Rahman dahulu. Jadi adakah mustahil untuk kita sebagai ummah untuk menggembeling tenaga untuk menggulingkan mereka-mereka yang "parasit" ini? Jika tidak mustahil, kita perlukan strategi. Kami yakin di luar sana ramai pakar-pakar strategi dan pemikir-pemikir strategis. Jadi lontarkan pandangan anda untuk perjuangan Islam ini! Lontarkan!

Wednesday, May 21, 2008

Cerpen cuba-cuba = Si Tua Janggut (bahagian 2)


"Gerangan apakah yang membawa dirimu untuk berguru denganku wahai anak muda berwajah tampan? Apakah di negerimu itu tiada gerangan yang handal dalam hal-hal tabib-menabib ini?" tanya si tua janggut kepada si malaikat itu. Tiadalah dia tahu bahawa si malakat itu di utus Tuhan swt untuk mengujinya.

"Adapun gerangan saya datang ke mari kerana disarankan oleh si Mahaagung wahai pakcik yang budiman kerana kataNya pakcik memang handal dalam ilmu tabib-menabib ini. Jadi tidak salah gerangannya saya pacal hina ini berguru dengan pakcik gamaknya" si malaikat terus melanjutkan... "Manusia ini diciptakan agar berbuat baik sesama insan yang dicipta Tuhan Yang Mahabijaksana, tiadalah Dia ingin makhlukNya merosak sesama sendiri dengan perbuatan yang terlarang dan kelakuan yang terkeji tetapi hendaklah semua makhlukNya menghargai sesama sendiri agar makmurlah bumi ini dari cenkeraman manusia zalim wahai pakcik tua..." si malaikat tersengih tanda menguji kepandaian si tua janggut ini.

"Boleh kamu berikan salah satu penyakit yang paling sukar diubat oleh tabib-tabib di negerimu itu, supaya senang bagi diriku ini untuk mengajarmu kelak wahai anak muda yang tampan?" Tanya si tua janggut. "Adapun di negeri saya itu terdapat penyakit gila hati wahai pakcik tua,mereka yang berpenyakit gila hati ini teramat suka menurut hawa nafsu, sebagai contoh orang-orang di negeri saya ini suka sihir menyihir, umpat mengumpati, terloncat loncat bila berkumandang lagu-lagu, suka kenyit mengeyit mata pada jenis yang berlainan tanpa mengira batas-batas, dan yang teruk sekali mereka ini tidak suka pada namanya Tuhan swt itu dalam diam-diam wahai pakcik tua..." kata si malaikat.

Terkedu si tua janggut dibuatnya adapun si tua janggut ini memang gerangannya hampir terjerumus pada kancah sihir menyihir ini walau belum menyihir tapi niat sudah ada. Maka bertambah hairanlah si tua janggut ini akan kelibat si muda tampan ini. Si tua mula tertanya-tanya lagi. Hakikatnya si tua janggut ini bercelaru jualah fikiran dan hatinya.

"Anak muda, boleh pakcik tahu gerangan siapakah anak muda ini? Siapakah namamu wahai anak muda? Nampak benar kau ini bukanlah calang-calang orang, apa benar dirimu ini kekurangan ilmu dan ingin belajar dariku untuk mengubati orang-orang, atau kau ini ada niat lain wahai anak muda tampan wajahnya?" bentak si tua janggut ingin kepastian jelas.

Si malaikat pun dengan penuh hikmah berkata dengan jujurnya "Adapun saya ini diberi amanah oleh Yang Mahaesa untuk mengujimu wahai pakcik tua, kerana jelas dirimu ini mempunyai potensi besar untuk mendidik orang-orang kampung ini akan nilai-nilai tabib menabib ini, tapi janganlah kamu melampaui batas wahai pakcik tua. Yang Mahaesa menjadikan setiap sesuatu itu berbatas agar tidak menjadi syirik atau binasa bagi sesiapa yang ingin melampaui batas. Ingatlah wahai pakcik tua bahawa mengubat orang itu satu amanah yang mulia dari Tuhanmu Allah swt, melaluimu Allah menjelmakan diriNya agar orang-orang kampung ini semuanya kembali kepada Islam agamanya Muhammad saaw. Ingatlah lagi wahai pakcik tua bahawa ilmu tabib ini ada banyak kaitannya dengan rohani manusia, maka jadikanlah ia satu medan dakwah untukmu memperbaiki diri dan mengajak keluargamu yang lupa diri itu dan orang-orang kampung kembali kepada Tuhan Yang Mahaesa Rabbul Jalal swt nescaya kamu akan diberi ganjaran istimewa di akhirat kelak iaitu Keredhaan Allah swt Yang Mahapengasih dan Mahapengampun untukmu. Aku adalah Jibril yang diutuskan Allah swt kepada nabi-nabimu, dan aku datang kepadamu bukan kerana kamu ini nabi tapi kamu adalah hamba yang soleh seperti hawa', mariam, asiah dan fatimah as yang selalu bersyukur pada Si Pencipta swt walau apapun yang diuji, maka janganlah kamu merosakkannya wahai pakcik tua." Maka berlalu Jibril as meninggalkan si tua janggut bergenangan airmata kerana memikirkan dosa yang mungkin dibuatnya kerana pujuk rayu seorang perempuan red kebaya.

Lalu si tua janggut pun menyemat dalam-dalam hatinya untuk mengikut nasihat Jibril as dan menolak hajat si perempuan red kebaya yang pada hakikatnya adalah jelmaan syaitan laknatullah.

Itulah sedikit sebanyak kisah si tua janggut yang membawa pengajaran bagi sesiapa yang ingin mengambilnya.

Salam perjuangan...

Monday, May 19, 2008

what u give u get back



"Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Menteri Besar dan Polis.
Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia."

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)

Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

- sumber daripada http://www.chedet.com/ -
- makbul sudahlah doa Almarhum ustaz Fadhil Nor - al Fatihah.. -

Manifesto sebagai Tawaran Perniagaan



Aduhai badan masih tidak terlihat lagikah dirimu telah diguna-guna oleh si penabur janji? Sudah menjadi kelaziman bila segala janji hanya untuk kepentingan peribadi dan hanya janji-janji untuk menambat hati demi mendapatkan kekuasaan.

Hari ini segalanya berulang kembali, dahulu semasa kekuasaan partinya melayu kononnya kita telah diperkotak-katik, kini di bawah panji yang baru masih lagi diperkotak katik.

RM1000, Ingat RM1000?

Bantuan Pelajaran RM1000 untuk anak kelahiran Selangor yang mendapat tawaran untuk ke universiti.

Hari ini Dr Halimah Ali kata untuk anak kelahiran Selangor yang dapat melanjutkan perlajaran ke Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Esok Tan Sri Khalid Ibrahim pula kata untuk anak kelahiran Selangor yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja dengan syarat pendapatan ibu bapa mestilah dibawah RM1500.

Dr Halimah Ali sebagai Exco Pendidikan.

Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Permainan apa yang dimainkan oleh mereka ini?

Manifesto bukan Tawaran Perniagaan.

Tawaran Perniagaan biasanya meletakkan tanda (*) dihujung tawaran kalau ia tertakluk pada terma dan syarat.
Adakah manifesto tertakluk pada terma dan syarat? Jikalau ya, di mana (*)nya?

Kalau ingin bersyarat hendaklah dinyatakan di dalam manifesto sebelum pilihanraya 12 dahulu.

Jangan beri imej buruk pada pembangkang.

Jangan meludah ke langit nescaya nanti terkena batang hidung sendiri.

Banyak lagi yang boleh rakyat ungkitkan, tetapi cukuplah setakat ini buat masa ini.

Renung-renungkan...

Thursday, May 15, 2008

Tangisanmu Menggugah Jiwa...

Hari ini anda menangis,
Mungkin telah lama anda menangis,
Meskipun sudah melepasi satu dekad berlalu anda tetap menangis,
Kami memang tidak memahami tangisan anda,
Tapi hati kami tersentak bila anda menangis,
Anda pernah berharap bantuan kami tapi kini tidak lagi,
Tangis kami hanya pura-pura yang akan hilang dalam beberapa detik,
Maafkanlah kami yang buta hati ini,
Maafkanlah kami yang telah banyak menyakiti hati anda,
Maafkanlah kami yang selalu membelakangkan anda,
Kini kami sedar tanpa tangisan anda hati kami akan tetap keras,
Kami mahu menangis seperti anda agar dikasihi Yang Mahaesa...
Jahanamlah Israel yang telah 60tahun mengambil haq anda!
Jahanamlah Israel sampai akhir dunia ini!
Jahanamlah Israel bila munculnya Mahdi (as) sang pembela!

Wednesday, May 14, 2008

Kerikil Hidup : Persimpangan

“Hai,termenung jauh nampaknya kau ni Lan? Apa yang kau fikirkan? Kau ada masalah ke?” tiba-tiba Afidah muncul dihadapanku. Afidah orangnya santun, lembut bila berbicara, mukanya bujur sirih, keningnya tebal, kulit pula putih kemerahan, matanya bulat berwarna coklat, sesiapa yang memandangnya pasti akan terpikat. Aah! Itu tak penting bagi aku. Afidah, kawan karib aku yang selalu memberi semangat pada aku tika aku memerlukan. Aku pula, entahlah… setakat ini aku rasa aku tak pernah membantunya jika dia ada masalah, atau mungkin dia tak pernah minta aku berbuat begitu.

“Aku runsinglah Fidah, bapa aku dah dibuang kerja, ibu aku pula selalu termenung memikirkan masalah bapa aku dan adik-adik yang masih bersekolah. Mana tidaknya, bapa aku tiada kerja, wang simpanan pula hampir tiada, mana nak bayar yuran sekolah adik-adik, makan minum kami sekeluarga lagi, nak bayar bil-bil elektrik dan air lagi, entahlah…kadang-kadang aku fIkir nak jer aku berhenti sekolah dan berkerja untuk untuk tolong bapa dan ibu aku…” Afidah hanya diam membatu, mungkin dia ingin cuba memahami masalah aku dan mungkin juga dia tak tahu apa yang perlu dibantu.

Setelah beberapa ketika, Afidah bersuara memberi pandangannya. “Lan, aku tak rasa pilihan kau untuk berhenti sekolah dan berkerja tu satu penyelesaian yang baik dalam mengatasi masalah kau, takkan kau nak sia-siakan masa depan kau dengan berhenti sekolah kerana nak membantu bapa dan ibu kau, maksud aku begini tentu ada jalan penyelesaian yang lebih baik dalam mengatasi masalah kau ni, aku benar-benar tak setuju kalau kau nak berhenti sekolah, aku tak sokong Lan.” Aku hanya terlongo mendengar Afidah memceceh, mungkin aku dah tak boleh berfikir atau mencerna pandangannya atau aku ni dah jadi bebal kerana terlalu tertekan. Aku sendiri tak pasti.

Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah habis. Aku hanya melangkah longlai ke kelas. Yang pasti fikiran aku bercelaru. Adakah aku tawar hati atau aku tertekan dengan semua ini?
Ya Allah, bantulah aku…!

Cahaya pengharapan ( i )

Muhammad namanya diberi Tuhan Rabbul Jalal swt. Diwujudkan di muka bumi pada 17 Rabiulawal Tahun Gajah. Mu’allim setiap makhluk bergelar manusia dan jin. Cahaya keberkatan seluruh alam semesta. Manusia agung yang menjadi pilihannya yang Mahapenyayang Mahapengasih.

Yatim piatu hidupnya, diberi gelar al-Amin kerana kejujurannya. Padanya berpaut manusia berdosa yang menagih cinta kasih Tuhan al Aziz. Melaluinya segala kesulitan dipermudahkan. Cinta padanya, cinta yang membawa pada harumnya jasad kotor lumur dosa.

Dibela oleh Abdul Mutallib yang mencintai agamanya Ibrahim as,walau cuba diberi ganjaran akan tetapi pembelaannya pada sang cucu tak pernah berpaling. Setelah perginya menemui Sang Kekasih swt. Muhammad Mu’allim saaw dititipkan kepada Abu Thalib muslim yang tersembunyi kemuslimannya demi tegaknya agama hanif sempurna bergelar Islam jua.

Wujudnya Muhammad Mu’allim saaw telah memberi semangat baru para hamba. Hidupnya para hamba hanya demi Sang Mahaesa swt. Tiada peduli seksaan diberi, harumlah Bilal Bin Rabbah, mekarlah Abu Dzar al Ghiffari, agunglah Salman al Muhammadi! Semuanya kerana Muhammad cahaya wujud seluruh alam saaw.

Risalahnya Muhammad saaw hanya demi tegaknya Mahaesa dihati manusia dan jin seluruhnya, walau dirinya pernah dilempar najis, Mu’allim saaw tidak pernah berkecil hati kerana kasihnya pada ummatnya yang penuh lumur dosa pada jasad dan hatinya. Mu’allim saaw selalu mengimpikan ummatnya agar jangan termakan jebakan syaitan, jika termakan jebakan syaitan ingatlah Allah itu sifatnya Mahaadil, tak lupa juga Mahapengampun.

Muhammad mu’allim saaw membawa harapan bahawa setiap ujian itu besar ganjarannya disisi Mahaesa! Ya, besar ganjarannya, jadi siapakah yang rela pada ridhonya Mahapengasih swt? Muhammad, mu’allimku, junjunganku, rasulku saaw, bantulah aku yang hina penuh dina ini…!

"NAKBA"






Adakah anda berani? Jika ya pastikan anda bersedia untuk cuba mencerna apa yang saya utarakan ini? Bersempena 14 - 15 Mei ummat Islam seluruh pelusuk dunia menangisi Nakba yang merujuk kepada peristiwa malang pada tahun 1948. Dimana dua per tiga rakyat Palestin diusir dari tanah air mereka yang dikasihi. Yang kini tanah itu telah diduduki oleh Israel zionis.

Bayangkan apa yang terjadi di Palestin itu terjadi pada kita, di negara kita. Apakah perasaan kita waktu itu? Apakah tindakan kita waktu itu? Apakah kita hanya akan menangis meronta atau kita akan kehadapan berhadapan dengan Si Penjajah ini? Atau kita hanya akan leka dibuai massa tanpa mengambil peduli nasib agama kita? Negara kita? Bangsa kita?

Sejarah membuktikan kita pernah dijajah, kita telah dijajah Inggeris, kita telah dijajah belanda Portugis, dan kita telah dijajah Jepun. Sejarah telah membuktikan para ulama' kita, rakyat kita, bangsa kita menentang Inggeris, Belanda, dan Jepun. Tapi bagaimana pula sekarang? Adakah kita akan mengambil tindakan yang serupa seperti nenek moyang kita dalam menentang penjajahan?

Dalam situasi politik kini, potensi untuk kita kehilangan Agama dan Negara kita amat baik. Mengapa? Pertama-tamanya kerana para pemimpin kita masih lagi dibayangi kemenangan dan kuasa hingga sanggup membontoti bangsa lain dalam membuat keputusan. Ustaz-ustaz pula hanya berpeluk tubuh termakan pujuk rayu kuasa dalam perjuangan mereka. Mereka menjadi lemah lalu mereka lemahkan ummah dengan mendoktrin ummah supaya memahami mereka bukan mereka memahami ummah. Keadaan sudah terbalik kini.

PKR sudah menjadi seperti Fatah dan PAS sudah menjadi seperti Hamas, dan akhirnya apabila semuanya termakan pujuk rayu dunia dan kuasa mereka lupa ada Akhirat dan Dasar Perjuangan.

Rakyat hanya diperkotak-katikkan malah ada juga rakyat yang malas untuk berfikir hanya menurut sahaja kata-kata pemimpin tanpa melihat pada Dasar Perjuangan. Siapa pula yang mendapat untung? Tidak perlu untuk saya menjawabnya kerana tujuan saya menulis ini adalah untuk mengajak anda untuk berfikir dan mencerna bukan untuk "menyuap".

Apa kelebihan negara kita? Di setiap inci Banjaran Titiwangsa di negara kita yang tercinta ini terdapat uranium bermutu tinggi yang menjadi idaman Amerika dan sekutunya, malah negara kita juga mempunyai minyak yang juga menjadi idaman Si Tamak Haloba bernama Amerika ini dan sekutunya. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Minister Of Science & Technology or MOSTI.


Jadi bila kita lihat pada penderitaan Palestin kita hendaklah cuba untuk memahami penderitaan mereka bukan hanya mendengar dan menitiskan air mata sahaja tanpa melakukan apa-apa untuk mereka. Sebagai menghargai penderitaan mereka kita hendaklah membantu mereka dengan cara apa-apa pun yang kita mampu, samada dengan kewangan, tenaga, mahupun kesedaran. Ya kesedaran, tanpa kesedaran kita tidak akan merdeka, tanpa kesedaran kita tidak akan memahami Islam yang diajar Nabi kita Muhammad saaw dan Ahlul Bayt as.

Dengan kesedaranlah kita kena pastikan negara kita tidak akan dijajah, dijarah seperti yang berlaku di Palestin kerana kita sudah amat pasti negara-negara Islam yang lain tidak akan membantu kita.

Tidak perlu ungkapkan soal mazhab kerana Palestin sebuah negara Ahlul Sunnah Wal Jamaah itupun negara-negara Islam yang lain tidak mahu membantu, inikan pula negara kita sebagai Pengerusi OIC takut untuk untuk bersuara dan bertindak untuk membela Palestin, hinggakan untuk memijak bendera Israel, Amerika, Britain pun tidak mampu. Jika ini pun kita tidak mampu, bagaimana kita akan mampu untuk menerima nasib dan dugaan seperti ummat Islam Palestin?

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan kepada mereka dan mereka bergembira hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" ( QS al Imran : 169-170)

Tuesday, May 13, 2008

fikir-fikirkan..


Malam semalam aku dapat maklumat shahih dari seorang kawan aku tentang seorang wakil rakyat ni, nak kata pemikiran dia matang aku tak tau lah, nak kata pemikiran dia tak matang pun aku tak tau nak kata apa.

Macam ni, malam tadi kawan aku tu sms-sms la dengan si wakil rakyat tu, kawan aku nak ajak dia muzakarah, alih-alih tak semena-mena si wakil rakyat tu kata kawan aku ni sensitif mat labu pulak. Hubungan kawan aku dengan si wakil rakyat tu boleh dikatakan rapat gak la mana taknya dulu mereka ni satu usrah kat satu kawasan area kl ni.

Kawan aku terkilan la pasal isu babi ni, sebab kawan aku ni dok kat area yang dimaksudkan oleh MB Selangor. Camni lah, kawan aku asalnya nak curahkan kekesalan dia kat pemimpin-pemimpin yang korup ni, ye lah patutnya bila kawan kita jadi wakil rakyat kita mesti ingat dia akan dengar luahan kita bila-bila kita memerlukan, lagipun dia kenal kita. Kawan aku faham yang bila dia jadi wakil rakyat dia sibuk tapi tak bermakna bila dia sibuk dia perlu untuk bersikap tak enak pada seorang rakyat yang mahukan penjelasan jelas tentang sesuatu perkara tu.

Kawan aku tu ajak la si wakil rakyat tu fikir kalau benar duit RM100juta tu dari pelabur bukan dari duit kerajaan negeri tak mengapa. Tapi cuba kita fikir secara kritis, bila duit tu duit pelabur maknanya ia lebih bahaya sifatnya? mengapa? sebab pelabur mesti mahu pulangan pada setiap pelaburan mereka, mereka tidak bodoh untuk membiarkan keuntungan dan pelaburan mereka statik setakat itu sahaja, mereka mesti mesti mahukan percambahan keuntungan pada pelaburan mereka kerana bukan sedikit yang mereka laburkan, sekali lagi aku ingatkan bukan sedikit yang mereka laburkan.

Lagi satu menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang bahan makanan kita di Malaysia ni dah terlalu banyak dicemari dengan bahan-bahan yang asalnya daripada babi. Tak kan kita nak tambah kebarangkalian makanan kita bertambah-tambah banyak dicampur denagn bahan-bahan yang asalnya daripada babi?

Ada tak Adun Sepang keluarkan apa-apa statement yang sokong projek "B" ni? Jawapannya tiada. Kalau ada sila beritahu pada aku. Malah kalau nak pertikai soal kebenaran kecanggihan projek ni lagi banyak yang kita perlu persoalkan sebenarnya.

Actually isu yang paling besar adalah kita dah ajar orang-orang cina ni bersikap mua. tau mua? yelah bagi betis nak peha la katakan. Kawan aku tu bukan nak ajak pada perkauman, tapi soalnya jangan sampai nak jaga hati orang cina sampai korban ummat islam melayu. Hari ini kita consider isu babi, esok lusa entah apa pula nak kena consider, akhirnya maruah islam dikorbankan secara berdikit-dikit tanpa kita sedari.

Akhir kata si wakil rakyat ni boleh tanya kawan aku tu dari usrah mana pula, bukan nak fikir apa benar atau salah keluhan kawan aku tu. Apa punya wakil rakyat la macam ni.

Monday, May 12, 2008

cerpen cuba-cuba = Si Tua Janggut


Tersebutlah sebuah hikayat lama-lama dahulu bahawa dalam sebuah negeri atas batu ada menginapnya seorang tua yang berjanggut panjang begigi dua berhidung kemek. Kerjanya hanya mencari akar-akar kayu buat dijadikan ubat bagi orang kampung yang sakit-sakit sendi, gatal-gatal badan, dan mabuk-mabuk kepayang nak berbini tiga empat.

Tiadalah disangka bahawa si tua janggut ini mempunyai 12 orang anak semuanya yang kerjanya suka menyusahkan orang kampung sahaja. Sahaya itu si tua janggut berpergian ke hulu tak pulang-pulang kerana mahu mencari ubat bagi hatinya yang luka dek kerana anak-anaknya durhaka semua. Akirnya atas takdir Illahi duduklah si tua janggut di negeri atas batu dengan mengambil upah menjadi tabib yang kerjanya mengubat orang sakit jua.

Pada satu malam datanglah seorang perempuan berbaju kebaya bersanggul rambutnya dan merah-merah bibirnya ingin meminta si tua janggut supaya menyihirkan suaminya yang berbini tiga. Tiada ketahuan si tua janggut akan sihir menyihir ini, yang ada di kepala si tua janggut ini hanyalah jenis-jenis akar kayu buat buang angin dalam badan dan bagi kuat urat dawai malam pertama. Setelah dipujuk rayu si tua janggut ini pun menerimalah jua permintaan perempuan red kebaya itu. Dicuba-cubalah lalu disuruh perempuan red kebaya itu membawa pulut panggang kuning dengan ayam mati tercekik buat menyihir suaminya itu.

Hendak dijadikan cerita datanglah mengintai pada malam itu seorang malaikat yang kerjanya mencatit kerja-kerja si tua janggut ini. Untuk makluman semua malaikat ini boleh dikira utusan Rabbul Jalal swt bagi berurusan dengan rakid dan atid jua bagi mengambil segala rekod si tua janggut ini.

Dalam keghairahan si tua janggut ini mencuba-cuba lupalah akan dia akan dosa dan pahala itu sifatnya wujud. Dengan keriangan perempuan red kebaya itu pun pulang dengan harapan akan dibawakan pulut panggang kuning dengan ayam mati tercekik buat menyihir suaminya itu.

Sementelahan itu malaikat yang diutus Rabbul Jalal swt inipun menjelma sebagai seorang lelaki yang elok rupa parasnya buat ketemu si tua janggut hidung kemek ini. Berkatalah si malaikat " assalammualaikum, pakcik saya datang dari negari jauh nun disana yang diberi gelar negeri malakut, tujuan saya ke mari ingin menuntut ilmu dengan pakcik cara-cara mengubat orang, sudikah pakcik menerima saya?" si tua janggut tidak terus memberikan jawapan tapi dirinya hanya membatu kerana memikirkan bagaimana orang ini yang katanya datang dari jauh tapi pakaiannya elok-elok belaka. "Hairan aku...!" tempik hatinya si tua janggut ini.

Bersambung... :)

Apabila PAS bertukar menjadi UMNO

Apabila kuasa telah membidik picunya wakil rakyat mula hilang arah. Wakil rakyat mula hilang arah tuju. Wakil rakyat mula rambang mata. Janji-janji diputar belit. Manifesto hanya menjadi helaian kertas yang tiada apa-apa. Wakil rakyat mula menjadi barua kepada “si mastermind”. Rosak-rosak. Harapan rakyat menjadi bubur, entah-entah menjadi “muntah jin”. Mungkin “muntah jin” lebih memberi harga hingga “si badang” sanggup memakannya konon ingin menjadi lebih kuat dari manusia biasa. Alahai melayu…

Bila perjuangan diletakkan atas dasar parti, bukannya Islam, akhirnya matlamat menjadi kabur. Suara-suara rakyat tidak didengar malah dipadamkan, rakyat pula diperbodohkan, ada juga yang sanggup diperbodohkan. Mengapa? Tanyalah rakyat! Kalau tak pun tanya wakil rakyat yang sanggup tipu rakyat dengan menyembunyikan harta mereka. Sama macam UMNO!

Rakyat? Damn you rakyat!

Bila rakyat mula membantah, wakil rakyat kata apa? Mereka kata rakyat terpengaruh pada media arus perdana a.k.a UMNO! Hey wakil rakyat! Kami bukan bodoh sampai perlu percaya pada UMNO yang selama ini memperbodohlkan rakyat! Sebelum menang kamu minta kami undi kamu, kamu kata kami bijak! Bila kamu dah pegang kuasa kamu kata rakyat bodoh dalam diam! What the hell is this?!

Mana bantahan-bantahan rakyat dalam isu babi pada Harakah? Mana bantahan rakyat dalam membela Fasal 5 Perlembagaan PAS? Mana bantahan rakyat agar PAS tak menjadi “mangkuk hayun” orang-orang cina dan PKR? Mana?! Lupakah kalian bahawa hidup di dunia adalah jambatan di akhirat? Lupakah kalian bahawa rakyat ini perlu dihargai? Tahukah kalian, sekali rakyat dikecewakan maka celakalah kalian di akhirat kelak! Tahukah kalian? Lupakah kalian?!

Saban waktu kami yang perlu berjumpa wakil rakyat, tapi wakil rakyat ada datang jumpa kami? Kalau adapun boleh dibilang dengan jari. Itupun adalah wakil rakyat yang ikhlas berjuang untuk rakyat. Tapi wakil rakyat yang kaki penipu hanya tahu untuk memperkukuhkan kuasa hingga sanggup buat rakyat seperti sampah, seperti anjing, malah seperti babi. Adakah babi lebih mulia dari rakyat?!

Ingatlah jangan sampai kemenangan PAS dijadikan ujian oleh ALLAH untuk melihat sejauh mana keikhlasan perjuangan kalian! Jangan sampai kemenangan ini menjadi pemangkin dosa buat kalian di dunia dan di akhirat! Ingat kami rakyat tidak bodoh, kami rakyat yang sedar di mana haqnya kami. Kami rakyat yang mahukan kebenaran bukan kepalsuan. Ingat kami tidak mudah untuk ditipu oleh kalian. Jangan sangka bila kami melawan dan menentang maka kami adalah UMNO, kami bukan sebodoh itu!

Berterima kasihlah pada rakyat! Jangan hanya mahu mengikut jebakan syaitan dan “si mastermind”! kami tahu apa yang berlaku. Kami sedar. Kami tidak bodoh!

Hey wakil rakyat! Bangkitlah dari tidur nyenyakmu, jangan asyik nak berkhayalan dengan kuasa. Ingatlah Rasulullah saaw pernah bersabda bahawa “ ujian paling besar bagi ummatku adalah harta!”

Sunday, May 11, 2008

Kerikil Hidup : Satu permulaan..




Ini catatan orang yang dirinya penuh dengan lumuran dosa. Setiap hari dirinya tak lepas dari bisikan syaitan yang selalu ingin membawanya melupakan siapakah Tuhan yang menciptakannya. Saban malam dirinya cuba untuk menangis atas dosa-dosa yang dilakukannya setiap hari. Saban hari dirinya tak luput dari tergoda dengan nafsu yang buruk. Dirinya selalu ingin mencuba menghindarinya,tetapi...


Inilah aku Razlan, ibuku seorang surirumah sepenuh masa, adik-adik pula bersekolah rendah semuanya, bapa aku pula seorang buruh binaan suatu waktu dahulu, akibat kemerosotan ekonomi pada tahun 1997 bapa aku telah dibuang kerja. Waktu itu aku, ibu, dan adik-adik hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Suatu hari, bapa aku mula hilang punca apabila mendapati barangan dapur dirumah kami telah mula kehabisan. Bapa aku waktu itu selalu pulang lewat, aku sendiri tidak tahu ke mana bapaku pergi waktu itu.


Pada suatu pagi aku mendapati bapa aku pulang dengan membawa barangan dapur untuk ibuku. Aku dan ibuku hairan bagaimana bapa mendapat wang untuk membeli barangan dapur sedangkan menurut ibu bapaku telah kehabisan wang sehingga untuk membeli mancis pun tak punya wang.


Tak mengapalah, aku ingin meninggalkan sejenak perihal keluargaku. Aku bersekolah di tingkatan 3 waktu itu, aku di sekolah tak punya ramai teman, teman-teman semuanya boleh dibilang dengan jari. Yang aku pasti guru-guruku selalu ambil berat padaku, kata mereka aku ada potensi besar untuk berjaya di masa mendatang. Pada aku, aku tak perlu ambil pusing perihal masa depanku, masakan aku perlu memikirkan masa depanku sedang keluarga aku tak cukup makan dan minum. Pada aku, aku perlu berkerja untuk membantu bapaku dan ibuku.


Ya, aku perlu berkerja untuk membantu mereka, aku perlu lakukan itu. Kerja!

Saturday, May 10, 2008

Fatimah az Zahra'



Hikayat yang empunya ceritera, ini adalah kejadian benar-benar berlaku, berlakunya lama dahulu, wujudnya hawa' yang agung, yang menjadi sinar kehidupan makhluk wujudnya alam semesta Muhammad saaw, dikala hawa' dijadikan hamba, hawa' dijadikan alat pemuas nafsu haiwani, lahirnya dia dari diri yang diberkati yang menjadi isterinya imam agung para nabi para rasul...


Namanya Fatimah az Zahra' putri rasulullah Muhammad saaw yang agung, beribukan Siti Khadijah al Kubra wanita budiman pecintanya jasad agung saaw. Lahirnya dia pada julung 20 Jamadil Akhir setelah junjungan agung saaw 5 purnama menjadi sang nabi pebimbing ummah.


Fatimah putri Muhammad saaw dibesarkan di rumah wahyu, yang diberkati Jibril as, yang menjadi tumpuan Rabbul Jalal swt setiap saat, wujudnya Fatimah telah mewujudkan era baru bagi kaumnya hawa', hawa' telah diangkat maruahnya, martabatnya, hawa' menjadi wujud yang menggugah dunia akhirat dengan wujudnya makhluk pilihan Rabbul Jalal Sayyidah Fatimah az Zahra'.


Istrinya Muhammad sang nabi saaw Aisyah pernah menuturkan tentang sebab kecintaannya nabi saaw yang sedemikian besar kepada Fatimah putrinya..


Lalu Junjungan Besar saaw menegaskan “Wahai ‘Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui tentang Fatimah, niscaya engkau akan mencintainya sebagaimana aku mencintainya. Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Barang siapa yang membencinya, maka ia telah membenciku, dan barang siapa membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.”


Berbahagialah barangsiapa yang mencintainya Fatimah dengan setulus jiwa dan raga, berbahagialah barangsiapa yang mencintai Fatimah mencintai Muhammad dan dicintai Allah swt...


Berbahagialah..

berbahagialah..

Berbahagialah..