Tuesday, May 27, 2008

Cerpen Cuba-Cuba : Manusia Purba

Sahibul hikayat sebuah ceritera zaman batu dahulu kala dimana manusia mungkin tidak pandai berbahasa. Yang ditutur entah apa-apa gamaknya, entah faham entah tidak sesama mereka itu tidaklah diketahui.


Walau begitu manusia purba itu punya satu keistimewaan juga nampaknya. Bahasa hati, itu yang tiada mungkin di zaman kini yang lebih mengutamakan bahasa benda juga gamaknya. Bahasa hati ini telah membuat mereka memahami sesama mereka walau pada hakikatnya mereka itu tidak tahu berbahasa.
Ada juga diantara mereka ini di zaman purba ini yang kurang mengerti apatah lagi memahami bahasa hati ini. Ada juga mereka yang tidak ambil pusing tentang bahasa hati yang merapu meraban ini.

Tetapi itu bukanlah halangan untuk mereka terus mencuba mencipta bahasa supaya mereka ini dapatlah memperbaiki sidikit sebanyak hubungan sesama mereka ini mudah mudahan lebih maju lagi lah mereka dalam menghadapi masa hadapan.

Dalam mereka mencuba cuba mencipta bahasa baru itu datanglah sekawanan burung merpati memerhati lagak mereka itu yang lucu juga pada mata merpati merpati ini. Tidaklah dihirau akan kehadiran burung-burung merpati itu oleh manusia-manusia purba ini yang dihiraukan mereka apakah yang hendak dibahasakan oleh mereka ini.

Lalu bersuaralah seekor merpati daripada kawanan itu. " ALLAH...." disahut oleh kawanan burung yang lain serentak. " ALLAH...."

Pelik jugalah manusia-manusia purba ini akan apakah yang dimaksudkan burung-burung merpati dengan sebutan "ALLAH.." itu.

Kemudian burung yang sama juga menyambung " AHAD... AHAD.." lalu disambut oleh burung-burung yang lain "AHAD...AHAD.."

Bertambah-tambah hairanlah manusia-manusia purba ini akan apa pula yang dimaksudkan "AHAD...AHAD..." itu.

Tidak semena-mena seluruh alam mengucapkan tasbih " QUL HUA ALLAH HU AHAD..."

Terkejut beruklah manusia-manusia purba ini akan apakah itu "QUL HUA ALLAH HU AHAD..." itu pula dan suara apa pula yang bergema-gema tadi.

Dengan kuasa Yang Mahaperkasa gugurlah selembar daun yang ada lukisan akan manusia itu berTuhan. Bagaimana mereka dapat mengagaknya terserah pada Rabul Jalal swt yang menguruskannya.

Dengan aqal yang dikurnai Yang Mahabijaksana swt itu lalu tidak semena-mena lahirlah perkataan pertama dari mulut-mulut manusia purba ini "ALLAH..." sebut mereka beramai-ramai.

Kerana keberkatan Yang Mahapengasih swt itu, terciptalah lagi perkataan baru yang bertuntaskan Tauhid untuk mereka bertutur. Tiadalah disedar oleh mereka yang ditutur mereka itu semua adalah tasbih semuanya.

Dengan amalan-amalan mereka itu lalu datanglah kepada mereka Jibril as mengajarkan kepada mereka apa itu bahasa, kerana bahasa itu bukanlah apa-apa jika tidak mengenal siapakah Tuhan itu.

Lalu setelah sepurnama Muslimlah mereka semua itu dengan tamadun yang menggugah alam diwaktu itu. Meskipun mereka itu bukannya nabi-nabi tetapi KasihNya Rabbul Jalal swt telah membawa mereka pada hakikat kehidupan iaitu "Akhirat disamping ALLAH..."

No comments: