“Hai,termenung jauh nampaknya kau ni Lan? Apa yang kau fikirkan? Kau ada masalah ke?” tiba-tiba Afidah muncul dihadapanku. Afidah orangnya santun, lembut bila berbicara, mukanya bujur sirih, keningnya tebal, kulit pula putih kemerahan, matanya bulat berwarna coklat, sesiapa yang memandangnya pasti akan terpikat. Aah! Itu tak penting bagi aku. Afidah, kawan karib aku yang selalu memberi semangat pada aku tika aku memerlukan. Aku pula, entahlah… setakat ini aku rasa aku tak pernah membantunya jika dia ada masalah, atau mungkin dia tak pernah minta aku berbuat begitu.
“Aku runsinglah Fidah, bapa aku dah dibuang kerja, ibu aku pula selalu termenung memikirkan masalah bapa aku dan adik-adik yang masih bersekolah. Mana tidaknya, bapa aku tiada kerja, wang simpanan pula hampir tiada, mana nak bayar yuran sekolah adik-adik, makan minum kami sekeluarga lagi, nak bayar bil-bil elektrik dan air lagi, entahlah…kadang-kadang aku fIkir nak jer aku berhenti sekolah dan berkerja untuk untuk tolong bapa dan ibu aku…” Afidah hanya diam membatu, mungkin dia ingin cuba memahami masalah aku dan mungkin juga dia tak tahu apa yang perlu dibantu.
Setelah beberapa ketika, Afidah bersuara memberi pandangannya. “Lan, aku tak rasa pilihan kau untuk berhenti sekolah dan berkerja tu satu penyelesaian yang baik dalam mengatasi masalah kau, takkan kau nak sia-siakan masa depan kau dengan berhenti sekolah kerana nak membantu bapa dan ibu kau, maksud aku begini tentu ada jalan penyelesaian yang lebih baik dalam mengatasi masalah kau ni, aku benar-benar tak setuju kalau kau nak berhenti sekolah, aku tak sokong Lan.” Aku hanya terlongo mendengar Afidah memceceh, mungkin aku dah tak boleh berfikir atau mencerna pandangannya atau aku ni dah jadi bebal kerana terlalu tertekan. Aku sendiri tak pasti.
Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah habis. Aku hanya melangkah longlai ke kelas. Yang pasti fikiran aku bercelaru. Adakah aku tawar hati atau aku tertekan dengan semua ini?
Ya Allah, bantulah aku…!
Cahaya pengharapan ( i )
Muhammad namanya diberi Tuhan Rabbul Jalal swt. Diwujudkan di muka bumi pada 17 Rabiulawal Tahun Gajah. Mu’allim setiap makhluk bergelar manusia dan jin. Cahaya keberkatan seluruh alam semesta. Manusia agung yang menjadi pilihannya yang Mahapenyayang Mahapengasih.
Yatim piatu hidupnya, diberi gelar al-Amin kerana kejujurannya. Padanya berpaut manusia berdosa yang menagih cinta kasih Tuhan al Aziz. Melaluinya segala kesulitan dipermudahkan. Cinta padanya, cinta yang membawa pada harumnya jasad kotor lumur dosa.
Dibela oleh Abdul Mutallib yang mencintai agamanya Ibrahim as,walau cuba diberi ganjaran akan tetapi pembelaannya pada sang cucu tak pernah berpaling. Setelah perginya menemui Sang Kekasih swt. Muhammad Mu’allim saaw dititipkan kepada Abu Thalib muslim yang tersembunyi kemuslimannya demi tegaknya agama hanif sempurna bergelar Islam jua.
Wujudnya Muhammad Mu’allim saaw telah memberi semangat baru para hamba. Hidupnya para hamba hanya demi Sang Mahaesa swt. Tiada peduli seksaan diberi, harumlah Bilal Bin Rabbah, mekarlah Abu Dzar al Ghiffari, agunglah Salman al Muhammadi! Semuanya kerana Muhammad cahaya wujud seluruh alam saaw.
Risalahnya Muhammad saaw hanya demi tegaknya Mahaesa dihati manusia dan jin seluruhnya, walau dirinya pernah dilempar najis, Mu’allim saaw tidak pernah berkecil hati kerana kasihnya pada ummatnya yang penuh lumur dosa pada jasad dan hatinya. Mu’allim saaw selalu mengimpikan ummatnya agar jangan termakan jebakan syaitan, jika termakan jebakan syaitan ingatlah Allah itu sifatnya Mahaadil, tak lupa juga Mahapengampun.
Muhammad mu’allim saaw membawa harapan bahawa setiap ujian itu besar ganjarannya disisi Mahaesa! Ya, besar ganjarannya, jadi siapakah yang rela pada ridhonya Mahapengasih swt? Muhammad, mu’allimku, junjunganku, rasulku saaw, bantulah aku yang hina penuh dina ini…!
Wednesday, May 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment