Wednesday, May 14, 2008

"NAKBA"






Adakah anda berani? Jika ya pastikan anda bersedia untuk cuba mencerna apa yang saya utarakan ini? Bersempena 14 - 15 Mei ummat Islam seluruh pelusuk dunia menangisi Nakba yang merujuk kepada peristiwa malang pada tahun 1948. Dimana dua per tiga rakyat Palestin diusir dari tanah air mereka yang dikasihi. Yang kini tanah itu telah diduduki oleh Israel zionis.

Bayangkan apa yang terjadi di Palestin itu terjadi pada kita, di negara kita. Apakah perasaan kita waktu itu? Apakah tindakan kita waktu itu? Apakah kita hanya akan menangis meronta atau kita akan kehadapan berhadapan dengan Si Penjajah ini? Atau kita hanya akan leka dibuai massa tanpa mengambil peduli nasib agama kita? Negara kita? Bangsa kita?

Sejarah membuktikan kita pernah dijajah, kita telah dijajah Inggeris, kita telah dijajah belanda Portugis, dan kita telah dijajah Jepun. Sejarah telah membuktikan para ulama' kita, rakyat kita, bangsa kita menentang Inggeris, Belanda, dan Jepun. Tapi bagaimana pula sekarang? Adakah kita akan mengambil tindakan yang serupa seperti nenek moyang kita dalam menentang penjajahan?

Dalam situasi politik kini, potensi untuk kita kehilangan Agama dan Negara kita amat baik. Mengapa? Pertama-tamanya kerana para pemimpin kita masih lagi dibayangi kemenangan dan kuasa hingga sanggup membontoti bangsa lain dalam membuat keputusan. Ustaz-ustaz pula hanya berpeluk tubuh termakan pujuk rayu kuasa dalam perjuangan mereka. Mereka menjadi lemah lalu mereka lemahkan ummah dengan mendoktrin ummah supaya memahami mereka bukan mereka memahami ummah. Keadaan sudah terbalik kini.

PKR sudah menjadi seperti Fatah dan PAS sudah menjadi seperti Hamas, dan akhirnya apabila semuanya termakan pujuk rayu dunia dan kuasa mereka lupa ada Akhirat dan Dasar Perjuangan.

Rakyat hanya diperkotak-katikkan malah ada juga rakyat yang malas untuk berfikir hanya menurut sahaja kata-kata pemimpin tanpa melihat pada Dasar Perjuangan. Siapa pula yang mendapat untung? Tidak perlu untuk saya menjawabnya kerana tujuan saya menulis ini adalah untuk mengajak anda untuk berfikir dan mencerna bukan untuk "menyuap".

Apa kelebihan negara kita? Di setiap inci Banjaran Titiwangsa di negara kita yang tercinta ini terdapat uranium bermutu tinggi yang menjadi idaman Amerika dan sekutunya, malah negara kita juga mempunyai minyak yang juga menjadi idaman Si Tamak Haloba bernama Amerika ini dan sekutunya. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Minister Of Science & Technology or MOSTI.


Jadi bila kita lihat pada penderitaan Palestin kita hendaklah cuba untuk memahami penderitaan mereka bukan hanya mendengar dan menitiskan air mata sahaja tanpa melakukan apa-apa untuk mereka. Sebagai menghargai penderitaan mereka kita hendaklah membantu mereka dengan cara apa-apa pun yang kita mampu, samada dengan kewangan, tenaga, mahupun kesedaran. Ya kesedaran, tanpa kesedaran kita tidak akan merdeka, tanpa kesedaran kita tidak akan memahami Islam yang diajar Nabi kita Muhammad saaw dan Ahlul Bayt as.

Dengan kesedaranlah kita kena pastikan negara kita tidak akan dijajah, dijarah seperti yang berlaku di Palestin kerana kita sudah amat pasti negara-negara Islam yang lain tidak akan membantu kita.

Tidak perlu ungkapkan soal mazhab kerana Palestin sebuah negara Ahlul Sunnah Wal Jamaah itupun negara-negara Islam yang lain tidak mahu membantu, inikan pula negara kita sebagai Pengerusi OIC takut untuk untuk bersuara dan bertindak untuk membela Palestin, hinggakan untuk memijak bendera Israel, Amerika, Britain pun tidak mampu. Jika ini pun kita tidak mampu, bagaimana kita akan mampu untuk menerima nasib dan dugaan seperti ummat Islam Palestin?

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan kepada mereka dan mereka bergembira hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" ( QS al Imran : 169-170)

No comments: