Tersebutlah sebuah hikayat lama-lama dahulu bahawa dalam sebuah negeri atas batu ada menginapnya seorang tua yang berjanggut panjang begigi dua berhidung kemek. Kerjanya hanya mencari akar-akar kayu buat dijadikan ubat bagi orang kampung yang sakit-sakit sendi, gatal-gatal badan, dan mabuk-mabuk kepayang nak berbini tiga empat.
Tiadalah disangka bahawa si tua janggut ini mempunyai 12 orang anak semuanya yang kerjanya suka menyusahkan orang kampung sahaja. Sahaya itu si tua janggut berpergian ke hulu tak pulang-pulang kerana mahu mencari ubat bagi hatinya yang luka dek kerana anak-anaknya durhaka semua. Akirnya atas takdir Illahi duduklah si tua janggut di negeri atas batu dengan mengambil upah menjadi tabib yang kerjanya mengubat orang sakit jua.
Pada satu malam datanglah seorang perempuan berbaju kebaya bersanggul rambutnya dan merah-merah bibirnya ingin meminta si tua janggut supaya menyihirkan suaminya yang berbini tiga. Tiada ketahuan si tua janggut akan sihir menyihir ini, yang ada di kepala si tua janggut ini hanyalah jenis-jenis akar kayu buat buang angin dalam badan dan bagi kuat urat dawai malam pertama. Setelah dipujuk rayu si tua janggut ini pun menerimalah jua permintaan perempuan red kebaya itu. Dicuba-cubalah lalu disuruh perempuan red kebaya itu membawa pulut panggang kuning dengan ayam mati tercekik buat menyihir suaminya itu.
Hendak dijadikan cerita datanglah mengintai pada malam itu seorang malaikat yang kerjanya mencatit kerja-kerja si tua janggut ini. Untuk makluman semua malaikat ini boleh dikira utusan Rabbul Jalal swt bagi berurusan dengan rakid dan atid jua bagi mengambil segala rekod si tua janggut ini.
Dalam keghairahan si tua janggut ini mencuba-cuba lupalah akan dia akan dosa dan pahala itu sifatnya wujud. Dengan keriangan perempuan red kebaya itu pun pulang dengan harapan akan dibawakan pulut panggang kuning dengan ayam mati tercekik buat menyihir suaminya itu.
Sementelahan itu malaikat yang diutus Rabbul Jalal swt inipun menjelma sebagai seorang lelaki yang elok rupa parasnya buat ketemu si tua janggut hidung kemek ini. Berkatalah si malaikat " assalammualaikum, pakcik saya datang dari negari jauh nun disana yang diberi gelar negeri malakut, tujuan saya ke mari ingin menuntut ilmu dengan pakcik cara-cara mengubat orang, sudikah pakcik menerima saya?" si tua janggut tidak terus memberikan jawapan tapi dirinya hanya membatu kerana memikirkan bagaimana orang ini yang katanya datang dari jauh tapi pakaiannya elok-elok belaka. "Hairan aku...!" tempik hatinya si tua janggut ini.
Bersambung... :)
No comments:
Post a Comment