Apabila kuasa telah membidik picunya wakil rakyat mula hilang arah. Wakil rakyat mula hilang arah tuju. Wakil rakyat mula rambang mata. Janji-janji diputar belit. Manifesto hanya menjadi helaian kertas yang tiada apa-apa. Wakil rakyat mula menjadi barua kepada “si mastermind”. Rosak-rosak. Harapan rakyat menjadi bubur, entah-entah menjadi “muntah jin”. Mungkin “muntah jin” lebih memberi harga hingga “si badang” sanggup memakannya konon ingin menjadi lebih kuat dari manusia biasa. Alahai melayu…
Bila perjuangan diletakkan atas dasar parti, bukannya Islam, akhirnya matlamat menjadi kabur. Suara-suara rakyat tidak didengar malah dipadamkan, rakyat pula diperbodohkan, ada juga yang sanggup diperbodohkan. Mengapa? Tanyalah rakyat! Kalau tak pun tanya wakil rakyat yang sanggup tipu rakyat dengan menyembunyikan harta mereka. Sama macam UMNO!
Rakyat? Damn you rakyat!
Bila rakyat mula membantah, wakil rakyat kata apa? Mereka kata rakyat terpengaruh pada media arus perdana a.k.a UMNO! Hey wakil rakyat! Kami bukan bodoh sampai perlu percaya pada UMNO yang selama ini memperbodohlkan rakyat! Sebelum menang kamu minta kami undi kamu, kamu kata kami bijak! Bila kamu dah pegang kuasa kamu kata rakyat bodoh dalam diam! What the hell is this?!
Mana bantahan-bantahan rakyat dalam isu babi pada Harakah? Mana bantahan rakyat dalam membela Fasal 5 Perlembagaan PAS? Mana bantahan rakyat agar PAS tak menjadi “mangkuk hayun” orang-orang cina dan PKR? Mana?! Lupakah kalian bahawa hidup di dunia adalah jambatan di akhirat? Lupakah kalian bahawa rakyat ini perlu dihargai? Tahukah kalian, sekali rakyat dikecewakan maka celakalah kalian di akhirat kelak! Tahukah kalian? Lupakah kalian?!
Saban waktu kami yang perlu berjumpa wakil rakyat, tapi wakil rakyat ada datang jumpa kami? Kalau adapun boleh dibilang dengan jari. Itupun adalah wakil rakyat yang ikhlas berjuang untuk rakyat. Tapi wakil rakyat yang kaki penipu hanya tahu untuk memperkukuhkan kuasa hingga sanggup buat rakyat seperti sampah, seperti anjing, malah seperti babi. Adakah babi lebih mulia dari rakyat?!
Ingatlah jangan sampai kemenangan PAS dijadikan ujian oleh ALLAH untuk melihat sejauh mana keikhlasan perjuangan kalian! Jangan sampai kemenangan ini menjadi pemangkin dosa buat kalian di dunia dan di akhirat! Ingat kami rakyat tidak bodoh, kami rakyat yang sedar di mana haqnya kami. Kami rakyat yang mahukan kebenaran bukan kepalsuan. Ingat kami tidak mudah untuk ditipu oleh kalian. Jangan sangka bila kami melawan dan menentang maka kami adalah UMNO, kami bukan sebodoh itu!
Berterima kasihlah pada rakyat! Jangan hanya mahu mengikut jebakan syaitan dan “si mastermind”! kami tahu apa yang berlaku. Kami sedar. Kami tidak bodoh!
Hey wakil rakyat! Bangkitlah dari tidur nyenyakmu, jangan asyik nak berkhayalan dengan kuasa. Ingatlah Rasulullah saaw pernah bersabda bahawa “ ujian paling besar bagi ummatku adalah harta!”
3 comments:
Salam
YM. Raja Petra Raja Kamarudin
Warkah Simpati dan Pengiktirafan
Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.
Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.
Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.
Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.
Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."
Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).
Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.
Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir. Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan. Salam perjuangan.
Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS
salam..
Jika saudara ingt pada posting bahasa politik faisal tehrani tentu saudara ingat faisal yerani ada mengatakan yang beliau menunggu pak pak menteri dalam pas untuk syahid poltik. tapi malangnya tidak ada. yang ada cuma orang bukan pas yang sanggup untuk syahid politik demi kebenaran yang diketahuinya. Sampai-sampai TGNA mengirim surat padanya.
terima kasih atas maklumat yang saudara bekalkan. terima kasih juga kerana sudi kunjung blog saya yang serba naif ini.
salawat
Dulu aku berfikiran begitu. Takut kuasa mengubah identiti dan diri. Hakikatnya, melalui ilmu & pengalaman, kita perlu memahami kuasa. Kuasa tidak mengubah kita. Tapi ilmu dan pengalaman yang mengubah kita.
Post a Comment