"Gerangan apakah yang membawa dirimu untuk berguru denganku wahai anak muda berwajah tampan? Apakah di negerimu itu tiada gerangan yang handal dalam hal-hal tabib-menabib ini?" tanya si tua janggut kepada si malaikat itu. Tiadalah dia tahu bahawa si malakat itu di utus Tuhan swt untuk mengujinya.
"Adapun gerangan saya datang ke mari kerana disarankan oleh si Mahaagung wahai pakcik yang budiman kerana kataNya pakcik memang handal dalam ilmu tabib-menabib ini. Jadi tidak salah gerangannya saya pacal hina ini berguru dengan pakcik gamaknya" si malaikat terus melanjutkan... "Manusia ini diciptakan agar berbuat baik sesama insan yang dicipta Tuhan Yang Mahabijaksana, tiadalah Dia ingin makhlukNya merosak sesama sendiri dengan perbuatan yang terlarang dan kelakuan yang terkeji tetapi hendaklah semua makhlukNya menghargai sesama sendiri agar makmurlah bumi ini dari cenkeraman manusia zalim wahai pakcik tua..." si malaikat tersengih tanda menguji kepandaian si tua janggut ini.
"Boleh kamu berikan salah satu penyakit yang paling sukar diubat oleh tabib-tabib di negerimu itu, supaya senang bagi diriku ini untuk mengajarmu kelak wahai anak muda yang tampan?" Tanya si tua janggut. "Adapun di negeri saya itu terdapat penyakit gila hati wahai pakcik tua,mereka yang berpenyakit gila hati ini teramat suka menurut hawa nafsu, sebagai contoh orang-orang di negeri saya ini suka sihir menyihir, umpat mengumpati, terloncat loncat bila berkumandang lagu-lagu, suka kenyit mengeyit mata pada jenis yang berlainan tanpa mengira batas-batas, dan yang teruk sekali mereka ini tidak suka pada namanya Tuhan swt itu dalam diam-diam wahai pakcik tua..." kata si malaikat.
Terkedu si tua janggut dibuatnya adapun si tua janggut ini memang gerangannya hampir terjerumus pada kancah sihir menyihir ini walau belum menyihir tapi niat sudah ada. Maka bertambah hairanlah si tua janggut ini akan kelibat si muda tampan ini. Si tua mula tertanya-tanya lagi. Hakikatnya si tua janggut ini bercelaru jualah fikiran dan hatinya.
"Anak muda, boleh pakcik tahu gerangan siapakah anak muda ini? Siapakah namamu wahai anak muda? Nampak benar kau ini bukanlah calang-calang orang, apa benar dirimu ini kekurangan ilmu dan ingin belajar dariku untuk mengubati orang-orang, atau kau ini ada niat lain wahai anak muda tampan wajahnya?" bentak si tua janggut ingin kepastian jelas.
Si malaikat pun dengan penuh hikmah berkata dengan jujurnya "Adapun saya ini diberi amanah oleh Yang Mahaesa untuk mengujimu wahai pakcik tua, kerana jelas dirimu ini mempunyai potensi besar untuk mendidik orang-orang kampung ini akan nilai-nilai tabib menabib ini, tapi janganlah kamu melampaui batas wahai pakcik tua. Yang Mahaesa menjadikan setiap sesuatu itu berbatas agar tidak menjadi syirik atau binasa bagi sesiapa yang ingin melampaui batas. Ingatlah wahai pakcik tua bahawa mengubat orang itu satu amanah yang mulia dari Tuhanmu Allah swt, melaluimu Allah menjelmakan diriNya agar orang-orang kampung ini semuanya kembali kepada Islam agamanya Muhammad saaw. Ingatlah lagi wahai pakcik tua bahawa ilmu tabib ini ada banyak kaitannya dengan rohani manusia, maka jadikanlah ia satu medan dakwah untukmu memperbaiki diri dan mengajak keluargamu yang lupa diri itu dan orang-orang kampung kembali kepada Tuhan Yang Mahaesa Rabbul Jalal swt nescaya kamu akan diberi ganjaran istimewa di akhirat kelak iaitu Keredhaan Allah swt Yang Mahapengasih dan Mahapengampun untukmu. Aku adalah Jibril yang diutuskan Allah swt kepada nabi-nabimu, dan aku datang kepadamu bukan kerana kamu ini nabi tapi kamu adalah hamba yang soleh seperti hawa', mariam, asiah dan fatimah as yang selalu bersyukur pada Si Pencipta swt walau apapun yang diuji, maka janganlah kamu merosakkannya wahai pakcik tua." Maka berlalu Jibril as meninggalkan si tua janggut bergenangan airmata kerana memikirkan dosa yang mungkin dibuatnya kerana pujuk rayu seorang perempuan red kebaya.
Lalu si tua janggut pun menyemat dalam-dalam hatinya untuk mengikut nasihat Jibril as dan menolak hajat si perempuan red kebaya yang pada hakikatnya adalah jelmaan syaitan laknatullah.
Itulah sedikit sebanyak kisah si tua janggut yang membawa pengajaran bagi sesiapa yang ingin mengambilnya.
Salam perjuangan...
No comments:
Post a Comment