Thursday, May 22, 2008

Tuan Guru Nik Aziz


Malam tadi ketika bersembang-sembang dengan kawan saya, kami tergerak untuk membincangkan perihal Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Walaupun pendapat-pendapat kami ini tidak akan memberi kesan pada siapa-siapa pun kerana kami hanyalah segelintir masyarakat yang tak punya apa-apa, tak punya kepentingan sepeserpun dalam politik Malaysia, malah suara kami ini hanyalah seperti suaranya lalat. KOSONG.

Mungkin pandangan kami ini keterlaluan, mungkin juga pandangan kami ini hanya pandangan-pandangan remaja yang "zero" tentang keadaan politik semasa yang sedang "bergolak". Akan tetapi kami cuba untuk menjadi remaja yang "sedar" tidak "tidur". Kami akui kami masih memerlukan bimbingan dari mereka yang lebih dewasa dan "sedar" akan polimik yang melanda negara kita ini. kenapa kami katakan perlu bimbingan dewasa yang "sedar"? Kerana masih ramai dewasa yang masih "tidur" nyenyak masih lena.

TGNA pada pandangan kami yang naif ini tidak salah jika kami kaitkan seperti Imam Khomeini mungkin, kenapa Imam Khomeini tidak Ghandi maupun Mother Theresa? Kerana Imam Khomeini itu adalah seorang Islam bukan Buddha maupun Hindu. Mungkin pada sesetengah orang nasihat dan pandangan beliau tidak diambil endah sepeserpun tetapi beliau tetap berusaha untuk memperbaiki masyarakat tidak kira dari kalangan bangsa & parti apa sekalipun. Apabila terjadi pergolakan di Kelantan kami tertanya-tanya kenapa perlu terjadi begini dalam masa kemenangan banyak dipihak Parti Islam PAS? Adakah itu salah TGNA kerana GAGAL untuk mendidik masyarakat? Atau kerana masyarakat tidak pernah memahami apa yang dinasihatkan atau diajarkan oleh TGNA selama ini? Salah siapa?

Kadang-kadang terfikir jua perlukah ditimbulkan soal salah menyalahkan ini atau kita perlu sama-sama menggembeling tenaga untuk menggulingkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang telah merosak Islam ini? Jika ditinjau dari sudut sejarah masyarakat kita ummat Islam pernah menjatuh Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, masyarakat Islam kita juga pernah menjatuhkan Dato Asri di zaman Tunku Abdul Rahman dahulu. Jadi adakah mustahil untuk kita sebagai ummah untuk menggembeling tenaga untuk menggulingkan mereka-mereka yang "parasit" ini? Jika tidak mustahil, kita perlukan strategi. Kami yakin di luar sana ramai pakar-pakar strategi dan pemikir-pemikir strategis. Jadi lontarkan pandangan anda untuk perjuangan Islam ini! Lontarkan!

No comments: