"Razlan...Razlan..! Kemari ada perkara cikgu nak bicarakan dengan kamu" Cikgu Kamal memanggil aku waktu aku mahu pulang ke rumah.
"Ada apa cikgu, apa yang boleh saya bantu? Atau saya ada buat apa-apa salah kah cikgu?" Jawabku dengan hormat.
"Apa benar kamu mahu berhenti sekolah Razlan? Apa kamu sudah fikir masak-masak akan keputusan kamu itu Razlan?" Tanya cikgu Kamal penuh hati-hati.
"Ya cikgu, tapi jikalau cikgu ada buah fikiran yang lebih baik untuk saya pertimbangkan mungkin lebih baik.. Dalam situasi yang bercelaru ini mungkin saya akan melakukan kesilapan dalam bertindak cikgu.." Kataku lemah..
"Begini, pada pandangan cikgu kalau kamu mahu berhenti sekolah gara-gara mahu membantu keluarga kamu cikgu rasa itu satu tindakan yang kurang effektif kerana hanya dengan pelajaran sahaja kamu dapat membantu keluarga kamu Razlan. Cuba kamu jawab pertanyaan cikgu ini. Dengan hanya berkelulusan PMR perkerjaan apa yang dapat kamu lakukan? Adakah perkerjaan itu nanti dapat menampung kos sara hidup kamu sekeluarga nanti?" Tanya cikgu Kamal tegas.
"Entahlah cikgu, sebenarnya saya sendiri kurang pasti. Kalau setakat jadi kuli mungkin boleh dapat. Tapi bayaran yang diterima mungkin tidak memadai untuk saya bantu keluarga saya cikgu... Tapi dalam keadaan sekarang ini, saya rasa seperti saya sanggup lakukan apa sahaja cikgu asalkan dapat membantu sedikit sebanyak keluarga saya pun dah memadai.." Jawabku.
"Dengan mengorban pelajaran pun kamu sanggup Razlan?" Cikgu Kamal bertanya padaku dengan mata yang cukup garang, mungkin kerana dia tak mahu aku membuat keputusan yang salah dan aku menyesal dikemudian hari, jadi dia berasa bertanggungjawab untuk membantu aku.
"Begini Razlan, pada cikgu lebih baik kamu teruskan belajar, tentang kos pembelajaran kamu jangan risau cikgu akan membantu kamu. Kita boleh membuat rayuan pada badan-badan yang bertanggungjawab untuk memberi biasiswa kepada pelajar yang kurang mampu. Lagipun prestasi kamu di sekolah sangat bagus. Jadi pada cikgu tiada masalah untuk mendapatkan biasiswa. Tentang bapa kamu pula, cikgu yakin dia akan sedaya upaya mencari pekerjaan, masakan seorang bapa sanggup untuk membiarkan anak isterinya tak cukup makan dan pakai? Ohh ya... Baru cikgu teringat Guru Besar kita ada memberitahu cikgu yang sekolah kita ini memerlukan seorang tukang kebun, apa kata kalau kamu tanyakan pada bapa kamu, mana tahu bapa kamu berminat untuk kerja di sini? Disamping itu boleh dia lihat bagaimana kamu di sekolah. Bagaimana?" Bersinar-sinar mata cikgu Kamal memberiku semangat dan cadangan.
"Ya cikgu betulkah? Kalau begitu balik ini akan terus saya sampaikan pada bapa saya. Tentang biasiswa itu pula saya harap Allah swt akan bersama kita moga-moga saya mendapat biasiswa jika cikgu benar-benar membantu saya. Lega sedikit hati saya cikgu. Terima kasih cikgu. Hmm.. Selamat Hari Guru cikgu Kamal" Kataku dengan hati yang berbunga-bunga.
Selepas pertemuan dengan cikgu Kamal, aku mula bersemangat untuk terus belajar dan kalau boleh ingin berjaya seperti pelajar-pelajar yang dapat masuk ke Universiti. Ya! Aku mahu masuk Universiti, aku mahu berjaya... Ibu.. Bapa..! Lan mahu ibu dan bapa berbangga dengan Lan satu hari nanti. Lan mahu kita semua hidup senang dan diredhai oleh Yang Mahaesa... Ini janji Lan pada ibu dan bapa...!" Jeritku pada diriku sendiri...
No comments:
Post a Comment