Monday, May 19, 2008

Manifesto sebagai Tawaran Perniagaan



Aduhai badan masih tidak terlihat lagikah dirimu telah diguna-guna oleh si penabur janji? Sudah menjadi kelaziman bila segala janji hanya untuk kepentingan peribadi dan hanya janji-janji untuk menambat hati demi mendapatkan kekuasaan.

Hari ini segalanya berulang kembali, dahulu semasa kekuasaan partinya melayu kononnya kita telah diperkotak-katik, kini di bawah panji yang baru masih lagi diperkotak katik.

RM1000, Ingat RM1000?

Bantuan Pelajaran RM1000 untuk anak kelahiran Selangor yang mendapat tawaran untuk ke universiti.

Hari ini Dr Halimah Ali kata untuk anak kelahiran Selangor yang dapat melanjutkan perlajaran ke Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Esok Tan Sri Khalid Ibrahim pula kata untuk anak kelahiran Selangor yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja dengan syarat pendapatan ibu bapa mestilah dibawah RM1500.

Dr Halimah Ali sebagai Exco Pendidikan.

Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Permainan apa yang dimainkan oleh mereka ini?

Manifesto bukan Tawaran Perniagaan.

Tawaran Perniagaan biasanya meletakkan tanda (*) dihujung tawaran kalau ia tertakluk pada terma dan syarat.
Adakah manifesto tertakluk pada terma dan syarat? Jikalau ya, di mana (*)nya?

Kalau ingin bersyarat hendaklah dinyatakan di dalam manifesto sebelum pilihanraya 12 dahulu.

Jangan beri imej buruk pada pembangkang.

Jangan meludah ke langit nescaya nanti terkena batang hidung sendiri.

Banyak lagi yang boleh rakyat ungkitkan, tetapi cukuplah setakat ini buat masa ini.

Renung-renungkan...

1 comment:

pedang.malam said...

Salam

Semalam 20/05/2008 MB sealangor si khalid Ibrahim buat hal lagi. Semalam beliau ditanya tentang sumbangan dana seribu ringgit bagi anak selangor yang berjaya masuk ke IPTA@UIPTS dan jawapan yang diberi sangat-sangat diluar jangkaan,nasib dana itu sama dengan nasib cukai pintu..

Sebelum ini exco insan sebagai modal telah mengatakan yang proses pengkajian dana itu sudah sampai ke peringkat terakhir.yakni secara ringkas dan mudah maknanya Julai depan mereka yang anak selangor(yang definisinya masih kabur) yang dapat masuk mana-mana IPTA dan IPTS utk menyambungkan pelajaran ke peringkat Ijazah Muda(yang sebelum ini semua peringkat)akan dapat duitlah..

malangnya semalam MB selangor telah mengatakan yang proses itu mungkin ditangguh dan dikaji semula dengan alasan yang belanjawan 2007 yang lepas tidak mencukupi untuk mendanakan pelajar-pelajar berikut.

dosa warisan dari UMNO 2007 PR yg akan tanggung? itu MB yang cakap..tapi kenapa dia cakap macam ini setelah konon-kononnya proses pendanaan itu telah sampai ke fasa terakhir?

Jawapan fasa terakhir tiada kaitan dengan kekurangan dana.tiada dana tiada cerita dan tiada janji..

Pulak dah!!

Salawat
p/s:Awie-Di penjara janji =)