Tuesday, September 9, 2008

BILA KONON KITA FAHAM MUBAHALAH SAMA DENGAN PROSES MAHKAMAH..


Di sinilah masalah yang timbul bila kita masih berpusing-pusing dalam mahkamah.Seperti yang saya katakan di tulisan yang lepas bahawa mubahalah skopnya lebih luas dan tidak hanya dilakukan di dalam mahkamah ataupun di luar mahkamah.Sebabnya kenapa seseorang itu melakukan mubahalah tidak lain tidak bukan ialah mahu mebela kebenaran dan mahu harapannya hanyalah disandarkan kepada Yang Mahahaq, Allah swt. Seerah mubahalah sudah membuktikannya.

Mungkin benar sebelum bermubahalah kita dianjurkan berhujah dan berdialog,malangnya di situasi apa yang ada di depan mata kita sekarang ialah perang mulut antara anwar dan saiful di luar mahkamah jauh lebih dahsyat dari berhujah.

Salah seorang pasti seorang yang memfitnah.Rakyat keliru antara aqidah dan kesetiaan.
Anwar dah mula-mula dah kata "saya takkan melayan tuntutan negara Islam",sekarang seolah-olah mahu bermubahalah sebagai seorang yang mempercayai kewujudan negara Islam? "PAS doesn't exist in Penang". Apa ni!?

Maklumat yang perlu kita sedari ialah sewaktu kristian najran datang berjumpa Nabi di waktu itu ialah sebagai pelarian mencari perlindungan di negara Islam. Memang Nabi tidak pergi ke bangsa nasrani tersebut dan mengatakan meraka sesat kerana Nabi tidak berjumpa dengan mana-mana puak Yahudi dan Nasrani mendakwahkan Islam selagi Nabi tidak mendirikan negara Islam.Dan peristiwa mubahalah terjadi selepas berdirinya sebuah negara Islam.

Pengadilan di dalam mahkamah tetap dijalankan dan masalahnya kita bukan peguam yang terpengaruh dengan sumpah si saiful.Masakan sumpah tersebut menganggu proses mahkamah.Kalau menganggu emosi si hakim hingga si hakim bertidak zalim
dan menganiaya anwar.Hasilnya adakah anwar tetap mahu bermubahalah menafikan seks luar tabienya itu?

Walau bagaimanapun mubahalah telah dijalankan dan urusan si saiful itu biarlah dengan Allah swt.Dia yang bersaksikan begitu dan dia yang bersumpah begitu.Syarat sah atau tak sah sumpah itu BUKAN DI BAHASKAN DI DALAM MAHKAMAH PUN.SEBAB SUMPAH MUBAHALAH BERBEZA DENGAN SUMPAH LIAN.DAN SUMPAH TERSEBUT HUBUNGAN DIA DENGAN ALLAH.

Anwar percaya kepada mahkamah syariah? Tapi yang pastinya dia menolak negara syariah.Dulu masa 1998,PAS menyarankan anwar bawa kes liwatnya ke mahkamah syaraiah tetapi dia taknak.Sekarang Dia hanya buat laporan kepada jawi tetapi bukan failkan tuntutan@dakwaan pun.Pada hal ikut mahkamah syariah pun dia boleh saman saiful,tapi dia saman saiful di mahkamah sivil.Ini kita kata mahkamah sivil corrupt dan percaya kepada mahkamah syariah?

Tun Mahathir tuduh dia peliwat.Anwar saman Tun dengan nilai RM 100 juta di mahkamah sivil juga.Tidak dibuat laporan qazaf kepada jawi pula.Dan tidak juga menyaman Tun di mahkamah syariah.

Saiful mendakwa dilwat secara paksa oleh anwar.Kalau dah begitu, itu bukan namanya zina kawan.Itu namanya rogol.Kenapa mangsa rogol perlu mengemukakan 4 saksi?Habis di mana hukum ta'zir? di Saudi,Pakistan dan Iran pesalah rogol dihukum mati bawah ta'zir.Mana org kata hudud ni ketinggalan zaman kalau dan peguambelanya pun tertinggal zaman Anwar kata Saiful tukar statement,itu pendakwaraya yang cakap.Dah macam kepala Tun M dulu-dulu.Tun kata syariah hudud tak boleh setelkan masalah rogol.Tau-tau pandai PAS jawab masa tu.Sekarang tiba-tiba PAS dah jadi bodoh?

Qazaf tidak terhad ke atas orang Islam sahaja.Tapi mahkamah syariah malaysia tidak ada kuasa atas mereka.Dah tak ikut Islam.Bala tuduh najib berzina dan meliwat altantuya.Anwar menolong si Bala ini buat press conference.Kenapa anwar tak laporkan kesalahan najib itu kepada JAWI? Kata nak ikut syariah?

Syahadah seseorang itu pun kita tak boleh nak ragui inikan pulak sumpah seseorang.Anwar kalau tak nak sumpah sudahlah.dia dah menang pun.

Bala dah berpangkalan di Port Klang,tapi BN,PAS dan Anwar tak cakap ape pun.Inilah hasilnya bila mesej mubahalah yang sebenar tidak difahami dan tidak disampaikan.Kita pulak sangka mubahalah macam proses mahkamah.Kesian.

Saturday, September 6, 2008

MUBAHALAH OH MUBAHALAH !!..


Kepada rakan pembaca yang dihormati sekalian..
Sekarang isu mubahalah bukan masalah sebab mubahalah skopnya lebih besar dan meluas berbanding kes lian.RPK merujuk hadis fitnah zina ke atas Aishah, hadis itu tak de kena mengena langsung. .Mubahalah Cuma ada 1 kes je,iaitu Nabi Muhammad dan Ahl Baitnya vs Kristian Najran.

Kalau kita buka tafsir ayat Ali Imran: 61 itu, kita akan faham yang Nabi Mohd saw yang mulakan menuduh Kristian Najran sesat. Jadi bila kita kata pendakwa tak boleh mubahalah kerana tak ikut sistem jadi ini sudah bertentangan dgn rujukan tafsiran tadi. Kita pun kata Nabi yang mulakan kata si Najran sesat. Jadi proses apa yang kita maksudkan ini? Mubahalah bukan prosiding mahkamah macam lian. Lian utk suami isteri dan anwar bukan suami maupun isteri kepada si saiful.

Anwar pulak asyik kata tak percaya kpd polis dan mahkamah jadi apa point dia nak ikut mahkamah lagi. Dia kata akan bersumpah jika hakim itu adil, kalau dah adil buat apa mubahalah. Kan tak konsisiten cakap dia?! kita kata dia nak ikut syarak, kalau ikut syarak buat apa tolak Negara Islam? Berkawan dengan Wolfowitz pulak tu.

Mubahalah bukan dlm bidang kuasa UMNO walaupun UMNO yang suruh.Kalau UMNO suruh solat @ isytihar Hari Raya, kita taknak solat dan beraya? Kan tak kena. Kalau dia nak harapkan pembelaan mahkamah syariah yang bidang kuasanya termaktub bawah perlembagaan Malaysia yang tak Islam ni, pun tak kena cara jugak.

Macam mana sumpah saiful tak boleh dipakai? Tok Guru pun dan Ust Harun Din pun kata boleh pakai. Boleh kita terangkan? Kalau kita nak pandang dari sudut mahkamah kita kena faham balik yang masa Nabi Muhammad saaw bermubahalah dengan Kristian kafir tu tak pakai mana-mana prosiding mahkamah pun.Malah sejarawan tak tau apa yang Nabi saaw cakapkan masa mubahalah tu, yang pastinya Nabi buat mubahalah.

Mubahalah inikan salah satu bentuk doa yang kita tak harap apa-apa pada manusia selain pertolongan Tuhan. Kalau hakim dah memang kena beli dengan BN dan konco-konconya, bukankah kesaksian Tuhan lebih kita perlukan? Mahkamah tipu kita pun yang penting Tuhan tahu kita betul. Si saiful akan dilaknat jika dia berbohong, akan dilaknat juga jika dia merelakan bukan mubahalahnya. Anwar pun akan dilaknat jika betul yang hakikatnya dia meliwat saiful tambah laknat rakyat Malaysia yg percayakan dia.

Saiful sudah ceritakan versi dia, anwar kata tak.Jadi mubahalahlah jalannya.Usaha lain buat juga,mahkamah sbg kuatkuasa manusia.Rakyat akan hilang ragu sementara tunggu proses mahkamah yg tak habis-habis. Bila anwar tunjuk kesungguhannya kan org nampak betul dia tak bersalah dan ikhlas. Kerjaya politiknya selamat, dia pun selamat, Negara pun selamat.
Kalau syarat-syarat mubahalah itu tak de kat si saiful dan saiful tak layak, dia dah bersumpah pun dan sedia dilaknat oleh Tuhan tanpa perlu tunggu proses mahkamah dan anwar sudah pastilah dengan menafikan penglibatan liwatnya itu menepati syarat-syarat mubahalah.Orang soleh dengan orang soleh nak bermubahalah ke? Bukan kita nak buktikan siapa yang soleh dan siapa yang tidak?

Tolak ukur keikhlasan, kebenaran, kesolehan anwar dan saiful dipandang pada isu sumpah laknat inilah. Kerana salah seorangnya pasti betul dan juga salah.Kalau kita kata mubahalah itu "Kalau sekalipun mubahalah tu tk terbatal ia tetap tk blh di pakai sbb die tk ikut undang"..mungkin mahkamah tak terima tapi apa bukti kita yang Allah tak dengar tentang sumpah si saiful ataupun si anwar. Saya tak berniat nak buruk-burukkan anwar lagi, walaupun dia kutuk Imam Khomaini saya taknak diskriminasi, cuma anwar kena berani tampil menafikan sumpah si saiful.Kalimah "saya boleh bersumpah" tak payah dilaung-laungkan.Buat terus.
Untuk penutup mari kita selak Al-Quran buka surah Al-Waqiah.Kita tengok Allah bersumpah ke tak dalam surah tu dan Allah bersumpah "atas" apa.

Moga Allah selamatkan kita dari bisikan syaitan yang melalaikan.

Wednesday, July 2, 2008

Saiful Anwar malu wehh...




Pada suatu petang Razak memanggil aku dengan wajah yang cemas. Aku lalu bertanya " Kenapa dengan kau ni Zak?" Razak dengan wajah yang kemerah-merahan kerana penat berlari tadi menjawab tercungap-cungap " An.....war... kena tangkap Pul.., sebab kes liwat si Saiful Bukhari...."


"La.. Ingatkan apa tadi, aku dah tau dah malam tadi masa tengok berita TV3. Jadi apa masalahnya sampai kau perlu cemas begini Zak?" sambil itu aku memanggil-manggil si noni kucing kesanyangan adik aku untuk memberinya makan ikan termenung.


"Tidakla.. kalau dia dah kena tanggap begini macammana kita nak kuasai Kerajaan Pusat dengan Pakatan Rakyat?" Razak menjawab.


"Apa la kau ni, Tok Guru Nik Aziz kan ada. Kenapa kau ingat Tok Guru tu tak tahu memimpin ker ha? DAP pun tunduk hormat pada dia, tapi orang-orang PKR semua memperlecehkan dia, dalam PAS lagila, semua anggap dia macam terompah, hanya diguna tika diperlukan sahaja" aku menjawab dengan sopan.


"Kau tak pelik ker Zak bila timbul jer kes Anwar Ibrahim ni mesti Amerika dengan sekutu-sekutunya nak masuk campur hal negara kita. Senang cerita diaorang tahu nak menyibuk sahaja. Kenapa? Siapa Anwar ni sebenarnya?" aku menyambung.


Razak yang hanya membuat muka tanda protes kerana baginya Anwar adalah insan kamil. Dan bagi aku pula si Saiful Bukhari tu hanya buat malu orang yang bernama Saiful sahaja, Anwar lagila... Fikir- fikirlah.. " Hampeh..."

Wednesday, June 4, 2008

"Apabila Monyet Berlagak Menjadi Manusia"

Hari ini di PUTRAJAYA Perdana Menteri kesayangan Malaysia kononnya, mengumumkan bahawa Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.
Kalau dihitung-hitung sebenarnya ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Pak Lah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.

Itulah serba sedikit maklumat yang saya petik dari Utusan Online. Untuk lebih lanjut bolehlah rujuk Pak Bakaq .

Jika kita fikir dengan kritis setakat manakah keberkesanan dan kebenaran kata-kata yang dilontarkan oleh Pak Lah ini? Bagi PAS, DAP, & PKR ia mungkin satu peluang untuk kalian mendapat keuntungan dengan melanyak kerajaan BN dengan isu berbangkit ini. Tapi adakah cukup untuk kalian melanyak BN sahaja tanpa melihat pada wajah kalian sendiri?

Sebelum PRU12 Pak Lah pernah menyatakan bahawa harga minyak Malaysia tidak akan dinaikkan lagi, malah cukuplah dengan kenaikan yang ada kini. Tiba-tiba tidak sampai 3bulan berkuasa sebagai kerajaan pusat Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak dan diesel. Ditambah pula dengan kenaikan harga-harga barangan keperluan seperti beras, gas, tepung gandum bagi kegunaan am, gula putih bertapis, susu pekat, roti putih, ayam, minyak masak, simen dan besi.

Adakah rakyat boleh digula-gulakan dengan janji-janji manis semata-mata untuk menjaga kepentingan kalian pak-pak menteri sekalian? Apakah rakyat yang perlu berkorban untuk kalian wahai pak-pak menteri? Bukankah sepatutnya kalian sebagai pak-pak menteri yang berkorban untuk rakyat bukannya memperbodohkan rakyat dengan gula-gula politik!

Jika diteliti diantara BN, PAS, DAP, dan PKR semuanya memperjuangkan agenda mereka tersendiri dengan alasan-alasan yang kononnya menyokong pejuangan mereka. Contohnya BN dengan isu minyak dan harga barangan keperluannya, DAP dengan isu DEBnya, PAS & PKR dengan isu BABInya & pengharaman Islam Hadharinya. Jadi di manakah isu kalian semua pak-pak menteri yang mengenengahkan tentang kepentingan rakyat? Dimana?

Kepada rakyat, bangkitlah dari tidur nyenyakmu, bangkitlah dari khayalanmu, berfikirlah demi masa depanmu. Sedarlah selama ini kita telah digula-gulakan dengan hiburan, dengan alasan-alasan bodoh yang menjaga kepentingan pak-pak menteri ini. Jika kita tidak sedar kemanakah arah tuju kita selepas ini? Kemana? Adakah kita ingin mengulang sejarah bangsa nenek moyang kita dahulu yang telah dijajah dan dijarah oleh Inggeris, Portugis, Belanda, dan Jepun?


Dalam berita Tv3 sebentar tadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad mengatakan jika diberi subsidi untuk rakyat sebanyak 28billion ia akan merencatkan pembangunan di negara kita. Saya ingin mengajak kalian berfikir, apakah jika anak-anak kita dirumah kekurangan makanan kita masih ingin membelikan baju baru untuk mereka? Baju dan makanan, kedua-duanya penting, tapi apakah makna sebuah baju baru jika dibandingkan dengan memberi makan anak-anak kita yang kelaparan? Apakah erti pembangunan jika keperluan asas rakyat diperkotak katikkan oleh pak-pak menteri? Apakah rakyat masih perlu mengubah cara hidup dengan memakan ubi kayu dan menunggang basikal sedangkan pak-pak menteri dan raja-raja melayu masih menunggang kuda-kuda berkuasa tinggi dan kain berwajah sutera dan emas di dada? Selanjutnya baca di sini.

Kepada PAS, DAP, PKR selepas ini sebelum kalian mempergunakan rakyat untuk kepentingan kalian untuk berdemonstrasi, fikirlah dahulu sejauh manakah kalian telah berkorban untuk rakyat. Jangan jadikan rakyat sebagai terompah sebagaimana kalian menggunakan Islam (bagi PAS) dan demokrasi (bagi PKR) sebagai alat & terompah untuk kalian mendapatkan kuasa. Buktinya PAS sanggup menjual Fasal 5 Perlembagaan PAS untuk mendirikan negara Islam dengan menukarkannya dengan negara berkebajikan semata-mata demi kerjasama si Islam Amerika Anwar Ibrahim.
Ingat rakyat bukanlah boneka yang boleh kalian peralatkan!

Kami berdoa siang dan malam " Ya Allah bantulah Kami yang tertindas dan tertipu ini dari rekaperdaya manusia kejam dan halus perbuatan kejinya, Peliharalah Kami dari menjadi Ummah yang buta dan tuli bila dipermainkan oleh Si Penipu Laknat yang menggunakan agamaMu yang Suci ini, Kami ini penuh dosa ya Allah, Kami ini penuh nista ya Allah, Janganlah kerana dosa dan nista Kami ini Engkau menghukum Kami dengan membiarkan Kami ditindas, akan tetapi peliharalah Kami dengan memberikan kekuatan dibawah pemimpin yang hanya mencari redhaMU ya Rahman ya Rahim.. Dan hancurkanlah mereka-mereka yang ingin merosakkan agamaMu & Kami dengan KekuatanMu ya Tuhan Kami swt..."

Monday, June 2, 2008

Sayyid Jamaluddin al Afghani


Aku bukanlah siapa-siapa, tetapi aku punya kisah yang dapat dikongsikan bersama rakan-rakan juga pembaca-pembaca yang sudi membaca nukilan kecil seorang pelajar.

Waktu itu aku belajar di Tingkatan 5. Aku bukanlah pelajar pintar seperti rakan-rakanku yang lain. Aku berani menyatakan tanpa hipokrit bahawa aku adalah pelajar yang hanya sederhana dalam pelajaran, atau mungkin juga aku ini "lambat a.k.a lembab" dalam pelajaran terutamanya Matematik. Jangan cakaplah betapa aku ini benci teramat sangat dengan matapelajaran Matematik ini. Pada aku ia sungguh bosan, bosan, dan bosan!

Tapi aku punya minat yang mendalam pada pelajaran Agama dan Tasawwur Islam. Adakah aku meminati matapelajaran tersebut kerana aku cintakan agama? Aku tidak tahu. Yang pasti suatu waktu dulu emak aku pernah cakap aku ini dilahirkan selepas didoakan oleh seorang alim. Didoakan oleh seorang alim sekalipun bukanlah tiket untuk aku masuk syurga dengan mudah. Ia juga bukanlah tiket bahawa aku ini alim, atau aku ini sopan, atau aku ini baik.

Satu pagi tu kalau tak silap aku hari Jumaat adalah hari kesukaan aku. Mana tidaknya pelajaran permulaan pada pagi itu adalah pelajaran Agama Islam kegemaran aku yang diajar oleh ustazah Maznah. Ustazah Maznah ini seorang yang baik pada pandangan aku yang lembab ini, setakat ini semua yang diajarinya dapat aku cerna dengan sebaik mungkin sampai-sampai aku ini dikira pelajar kesayangan dia oleh rakan-rakan aku.

Arrgh... Lantaklah apa pun yang dikatakan oleh mereka itu. Aku langsung tak ambil pusing.

Pagi itu aku belajar tentang ulama' Islam sedunia. Dalam banyak-banyak ulama' yang dikenalkan oleh ustazah aku itu aku hanya tertarik dengan Sayyid Jamaluddin al Afghani.

Siapa Sayyid Jamaluddin al Afghani itu?

Dalam perbentangan aku dengan rakan-rakan, aku kata "Nama sebenar Sayyid Jamaluddin al-Afghani ialah Muhammad Jamaluddin al-Afghani al-Husaini. Namun, terdapat sesetengah sumber menyatakan nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Safdar al-Husain. Dilahirkan pada tahun 1838 Masihi bersamaan dengan 1254 Hijrah, beliau dibesarkan di tempat lahirnya, iaitu di Asadabad, salah satu kawasan di Zon Kunar di Afghanistan. Datuknya, Sayid Ali pernah tinggal untuk sementara waktu di Hamedan, Iran dan beliau dikenali sebagai Hamadani. Manakala ayah Sayid Jamaluddin al-Afghani, Sayid Safdar, menetap di Kabul pada 1844 Masihi bersama keluarganya. Beberapa tahun kemudian, beliau berpindah ke Hamedan, Iran, disebabkan tekanan politik yang diletakkan ke atasnya oleh Raja Afghanistan. Walau bagaimanapun, menurut sumber dari beberapa warganegara Iran, beliau dilahirkan di As’adabad di Zon Hamedan, Iran."

Lalu tiba-tiba ustazah aku mencelah bahawa Asadabad itu berada di Afghanistan bukan Iran.

Aku lalu menjawab dengan yakin bahawa Asadabad itu berada dalam wilayah Iran bukannya Afghanistan. Sebagai bukti aku telah tunjukkan peta dunia padanya dan rakan-rakan yang lain.

Ustazahku hanya tunduk dengan muka merah padam. Entahkan marah, entahkan malu tidaklah aku ketahui.

Lalu aku menyambung "Sayid Jamaluddin al-Afghani mempunyai pertalian darah dengan seorang periwayat hadis yang terkenal, Imam at-Tarmizi dan seterusnya kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Sayid Jamaluddin al-Afghani adalah seorang yang suka mengembara. Beliau telah mengembara ke beberapa tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan Khurasan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika berusia 60 tahun dan beliau dikebumikan di Istanbul. Pada lewat tahun 1944, jenazah Sayid Jamaluddin al-Afghani dibawa ke Afghanistan atas permintaan kerajaan Afghanistan. Jenazahnya dikebumikan di Kabul di dalam Universiti Kabul. Sebuah mousoleum telah dirikan untuknya."

"Pada peringkat awal, Sayid Jamaluddin al-Afghani mendapat pendidikan daripada orang tuanya dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. Beliau mempelajari asas-asas bahasa Arab seperti nahu dan sastera ketika itu. Selepas itu, beliau mempelajari ilmu-ilmu keagamaan seperti ilmu tauhid, fikah, usul fikah, tafsir, hadis dan lain-lain.

Sayid Jamaluddin telah menghafaz al-Quran ketika beliau berusia 12 tahun. Beliau mendalami beberapa disiplin ilmu seperti hadis, falsafah, mantik, usuluddin, perubatan, dan ilmu kalam ketika berada di Najaf. Ketika Sayid Jamaluddin al-Afghani merantau ke India, beliau telah mempelajari ilmu-ilmu moden seperti sains dan matematik." Bila sampai pada kalimah Matematik rakan-rakan aku yang lain hanya tersenyum lucu memandang aku. Aku sendiri sebenarnya malu. Yelah, seorang ulama' rupanya mestilah pandai Matematik kerana jika hendak memahami sesuatu masalah kita memerlukan bentuk pemikiran Matematik untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi itu. Sedangkan aku minat pelajaran agama Islam tapi malas dan benci Matematik.

Tanpa mempedulikan rakan-rakan aku yang senyum lucu memandang aku, aku meneruskan "Dalam pada itu, Sayid Jamaluddin al-Afghani juga mula berkarya. Karya Sayid Jamaluddin al-Afghani yang pertama berjudul Keterangan Lengkap tentang Sejarah Afghanistan. Semasa menetap di Mesir, beliau telah bertemu dengan ramai penuntut Universiti al-Azhar yang datang menimba ilmu dan pengalaman daripadanya, termasuklah Syeikh Muhammad Abduh. Hasil pertemuan tersebut telah menyemarakkan gerakan pemikiran Jamaluddin di Mesir. Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah."

"Beliau juga adalah seorang ahli politik yang aktif berjuang menentang penjajah.
Antara keperibadian-keperibadian yang beliau miliki ialah:

1) Mencintai ilmu pengetahuan;


2) Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh;


3) Memiliki semangat jihad yang tinggi;


4) Berusaha mencorakkan pemikiran masyarakat Islam kepada kemajuan dan bebas daripada penjajah;


5) Mempunyai kewibawaan dan kebolehan sebagai seorang pemimpin;


6) Petah berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat Islam;


7) Bergiat dalam arena penulisan dengan menyalurkan idea-idea untuk menyedarkan rakyat ke arah kemajuan *dan pembangunan;


8) Tidak jemu menjelajah ke merata tempat untuk mencari ilmu pengetahuan di samping berdakwah untuk membetulkan kefahaman ajaran Islam."

Akhir sekali sebelum aku menutup pembentangan aku menyatakan " Sayyid Jamluddin al Afghani bermazhab Syiah Imamiyyah"

Lalu dengan berangnya ustazah aku terus menghentak meja denga muka merah menyala-nyala tanda marah. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Apa salah aku? Atau salahkah perbentangan aku ini?
Itu bukanlah perkara penting yang ingin aku kongsikan. Yang ingin aku kongsikan bersama setelah perbentangan itu aku benar mula menyukai pelajaran Matematik. Ya aku amat menyukainya! Aku ingin menjadi seperti Sayyid Jamaluddin al Afghani.
Dalam pada itu semasa di rumah aku bertanya pada emakku siapakah nama orang alim yang mendoakan kelahiran aku itu. Kata emak orang alim yang mendoakan aku itu namanya Sayyid Jamaluddin al Afghani dari keturunan sayyid Johor. Subhanallah! Laungku sekuat hati!

Wednesday, May 28, 2008

Mamak ka? Mamak Muslim ka?

Ketika membaca di detikdaily saya terpikat dengan satu surat dari seorang pembaca yang pada ia penting iutuk pengetahuan bersama untuk dikongsi. Di sini saya siarkan suratnya :-

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.

Anda boleh cuba di tempat anda!

Tuesday, May 27, 2008

Cerpen Cuba-Cuba : Manusia Purba

Sahibul hikayat sebuah ceritera zaman batu dahulu kala dimana manusia mungkin tidak pandai berbahasa. Yang ditutur entah apa-apa gamaknya, entah faham entah tidak sesama mereka itu tidaklah diketahui.


Walau begitu manusia purba itu punya satu keistimewaan juga nampaknya. Bahasa hati, itu yang tiada mungkin di zaman kini yang lebih mengutamakan bahasa benda juga gamaknya. Bahasa hati ini telah membuat mereka memahami sesama mereka walau pada hakikatnya mereka itu tidak tahu berbahasa.
Ada juga diantara mereka ini di zaman purba ini yang kurang mengerti apatah lagi memahami bahasa hati ini. Ada juga mereka yang tidak ambil pusing tentang bahasa hati yang merapu meraban ini.

Tetapi itu bukanlah halangan untuk mereka terus mencuba mencipta bahasa supaya mereka ini dapatlah memperbaiki sidikit sebanyak hubungan sesama mereka ini mudah mudahan lebih maju lagi lah mereka dalam menghadapi masa hadapan.

Dalam mereka mencuba cuba mencipta bahasa baru itu datanglah sekawanan burung merpati memerhati lagak mereka itu yang lucu juga pada mata merpati merpati ini. Tidaklah dihirau akan kehadiran burung-burung merpati itu oleh manusia-manusia purba ini yang dihiraukan mereka apakah yang hendak dibahasakan oleh mereka ini.

Lalu bersuaralah seekor merpati daripada kawanan itu. " ALLAH...." disahut oleh kawanan burung yang lain serentak. " ALLAH...."

Pelik jugalah manusia-manusia purba ini akan apakah yang dimaksudkan burung-burung merpati dengan sebutan "ALLAH.." itu.

Kemudian burung yang sama juga menyambung " AHAD... AHAD.." lalu disambut oleh burung-burung yang lain "AHAD...AHAD.."

Bertambah-tambah hairanlah manusia-manusia purba ini akan apa pula yang dimaksudkan "AHAD...AHAD..." itu.

Tidak semena-mena seluruh alam mengucapkan tasbih " QUL HUA ALLAH HU AHAD..."

Terkejut beruklah manusia-manusia purba ini akan apakah itu "QUL HUA ALLAH HU AHAD..." itu pula dan suara apa pula yang bergema-gema tadi.

Dengan kuasa Yang Mahaperkasa gugurlah selembar daun yang ada lukisan akan manusia itu berTuhan. Bagaimana mereka dapat mengagaknya terserah pada Rabul Jalal swt yang menguruskannya.

Dengan aqal yang dikurnai Yang Mahabijaksana swt itu lalu tidak semena-mena lahirlah perkataan pertama dari mulut-mulut manusia purba ini "ALLAH..." sebut mereka beramai-ramai.

Kerana keberkatan Yang Mahapengasih swt itu, terciptalah lagi perkataan baru yang bertuntaskan Tauhid untuk mereka bertutur. Tiadalah disedar oleh mereka yang ditutur mereka itu semua adalah tasbih semuanya.

Dengan amalan-amalan mereka itu lalu datanglah kepada mereka Jibril as mengajarkan kepada mereka apa itu bahasa, kerana bahasa itu bukanlah apa-apa jika tidak mengenal siapakah Tuhan itu.

Lalu setelah sepurnama Muslimlah mereka semua itu dengan tamadun yang menggugah alam diwaktu itu. Meskipun mereka itu bukannya nabi-nabi tetapi KasihNya Rabbul Jalal swt telah membawa mereka pada hakikat kehidupan iaitu "Akhirat disamping ALLAH..."

Monday, May 26, 2008

Kerikil Hidup : Harapan


"Razlan...Razlan..! Kemari ada perkara cikgu nak bicarakan dengan kamu" Cikgu Kamal memanggil aku waktu aku mahu pulang ke rumah.

"Ada apa cikgu, apa yang boleh saya bantu? Atau saya ada buat apa-apa salah kah cikgu?" Jawabku dengan hormat.

"Apa benar kamu mahu berhenti sekolah Razlan? Apa kamu sudah fikir masak-masak akan keputusan kamu itu Razlan?" Tanya cikgu Kamal penuh hati-hati.

"Ya cikgu, tapi jikalau cikgu ada buah fikiran yang lebih baik untuk saya pertimbangkan mungkin lebih baik.. Dalam situasi yang bercelaru ini mungkin saya akan melakukan kesilapan dalam bertindak cikgu.." Kataku lemah..

"Begini, pada pandangan cikgu kalau kamu mahu berhenti sekolah gara-gara mahu membantu keluarga kamu cikgu rasa itu satu tindakan yang kurang effektif kerana hanya dengan pelajaran sahaja kamu dapat membantu keluarga kamu Razlan. Cuba kamu jawab pertanyaan cikgu ini. Dengan hanya berkelulusan PMR perkerjaan apa yang dapat kamu lakukan? Adakah perkerjaan itu nanti dapat menampung kos sara hidup kamu sekeluarga nanti?" Tanya cikgu Kamal tegas.

"Entahlah cikgu, sebenarnya saya sendiri kurang pasti. Kalau setakat jadi kuli mungkin boleh dapat. Tapi bayaran yang diterima mungkin tidak memadai untuk saya bantu keluarga saya cikgu... Tapi dalam keadaan sekarang ini, saya rasa seperti saya sanggup lakukan apa sahaja cikgu asalkan dapat membantu sedikit sebanyak keluarga saya pun dah memadai.." Jawabku.

"Dengan mengorban pelajaran pun kamu sanggup Razlan?" Cikgu Kamal bertanya padaku dengan mata yang cukup garang, mungkin kerana dia tak mahu aku membuat keputusan yang salah dan aku menyesal dikemudian hari, jadi dia berasa bertanggungjawab untuk membantu aku.

"Begini Razlan, pada cikgu lebih baik kamu teruskan belajar, tentang kos pembelajaran kamu jangan risau cikgu akan membantu kamu. Kita boleh membuat rayuan pada badan-badan yang bertanggungjawab untuk memberi biasiswa kepada pelajar yang kurang mampu. Lagipun prestasi kamu di sekolah sangat bagus. Jadi pada cikgu tiada masalah untuk mendapatkan biasiswa. Tentang bapa kamu pula, cikgu yakin dia akan sedaya upaya mencari pekerjaan, masakan seorang bapa sanggup untuk membiarkan anak isterinya tak cukup makan dan pakai? Ohh ya... Baru cikgu teringat Guru Besar kita ada memberitahu cikgu yang sekolah kita ini memerlukan seorang tukang kebun, apa kata kalau kamu tanyakan pada bapa kamu, mana tahu bapa kamu berminat untuk kerja di sini? Disamping itu boleh dia lihat bagaimana kamu di sekolah. Bagaimana?" Bersinar-sinar mata cikgu Kamal memberiku semangat dan cadangan.

"Ya cikgu betulkah? Kalau begitu balik ini akan terus saya sampaikan pada bapa saya. Tentang biasiswa itu pula saya harap Allah swt akan bersama kita moga-moga saya mendapat biasiswa jika cikgu benar-benar membantu saya. Lega sedikit hati saya cikgu. Terima kasih cikgu. Hmm.. Selamat Hari Guru cikgu Kamal" Kataku dengan hati yang berbunga-bunga.

Selepas pertemuan dengan cikgu Kamal, aku mula bersemangat untuk terus belajar dan kalau boleh ingin berjaya seperti pelajar-pelajar yang dapat masuk ke Universiti. Ya! Aku mahu masuk Universiti, aku mahu berjaya... Ibu.. Bapa..! Lan mahu ibu dan bapa berbangga dengan Lan satu hari nanti. Lan mahu kita semua hidup senang dan diredhai oleh Yang Mahaesa... Ini janji Lan pada ibu dan bapa...!" Jeritku pada diriku sendiri...

Friday, May 23, 2008

Pak Lah kata : "hang terima ja la keputusan,jangan dok bising-bising"

Di TOKYO 23 Mei 2008 Pak Lah nasihatkan agar semua rakyat Malaysia terutama penduduk Johor terima jer la... keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Putih tu milik Singapura bukan Malaysia.

Pak Lah cakap dia sedih dengan keputusan tersebut tapi terima jer la... kerana ia dibuat melalui persefahaman bersama Malaysia ngan Singapura selepas kedua-dua negara sepakat nak bawa pertikaian tersebut ke ICJ pada tahun 1993 dulu.

Bagaimanapun, Pak Lah kata dia dapat melihat situasi menang-menang dalam keputusan tersebut kerana Malaysia diberi kedaulatan ke atas Middle Rocks sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak kononnya.

"Menang pun tak menang semua, kalah pun tak kalah semua. Itulah keadilannya. Saya tahu rakyat Malaysia terutamanya penduduk Johor akan ada yang emosional mengenai keputusan ini. Kita perlu ingat bahawa keputusan ini dibuat secara aman dan adil. Keadilan itu mestilah diakui’’ kata si Pak Lah.

Sehubungan dengan itu, Pak Lah nak satu langkah segera diambil untuk memastikan kedudukan sempadan South Ledge tu.

Pak Lah kata, beliau yakin South Ledge tu adalah milik Malaysia.
Dalam pada itu, Pak Lah kata yang dia akan menghadap Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk memaklumkan mengenai keputusan tersebut.

"Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga akan menghadap sultan dan akan memberi penerangan kepada rakyat terutamanya penduduk di Johor selepas ini'' kata "si Lembik" ni.

Pak Lah kata pertemuan dengan pemimpin Singapura mengenai keputusan itu tidak perlu.

Dah la makna keadilan pun tak tahu, ade ker keadilan tu adalah situasi menang-menang? keadilan tu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kebenaran bukan menang-menang, tak percaya pi tanya Prof. Syed Naquib Al-Attas.

Nak tambah yang Pak Lah ni memang betul-betul "si lembik"; dia takut nak pi jumpa pemimpin Singapura konon-konon nak tunjuk dia ni hero la...Bermaruah konon.. Cait pooorahh..!

Mula-mula Pak Lah kata South Ledge tu tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak, selepas tu dia kata yang dia yakin South Ledge adalah milik Malaysia, wei naper hang tak pi tanya kat Hakim tu masa tu? Cakap pun tak serupa bikin. Ni la kata-kata "si lembik" yang tak der pendirian langsung. Lembik.... memanjang...

Dah la tu pasir pi jual kat Singapura, Wilayah Iskandar pi bagi warga negara Singapura uruskan, stesyen TV semua pi jual kat Singapura. Tak percaya pi tengok Media Prima hak milik siapa...
Inilah Pak Lah yang mencari al Ghazali tak jumpa-jumpa pastu nak jumpa Goh Chok Tong pun takut. Aper daaa, mana keris mu yang panjang tu Pak Lah woiii... Bila hang Lembik makin besarla Singapura gamaknyerr... :)

Thursday, May 22, 2008

Tuan Guru Nik Aziz


Malam tadi ketika bersembang-sembang dengan kawan saya, kami tergerak untuk membincangkan perihal Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Walaupun pendapat-pendapat kami ini tidak akan memberi kesan pada siapa-siapa pun kerana kami hanyalah segelintir masyarakat yang tak punya apa-apa, tak punya kepentingan sepeserpun dalam politik Malaysia, malah suara kami ini hanyalah seperti suaranya lalat. KOSONG.

Mungkin pandangan kami ini keterlaluan, mungkin juga pandangan kami ini hanya pandangan-pandangan remaja yang "zero" tentang keadaan politik semasa yang sedang "bergolak". Akan tetapi kami cuba untuk menjadi remaja yang "sedar" tidak "tidur". Kami akui kami masih memerlukan bimbingan dari mereka yang lebih dewasa dan "sedar" akan polimik yang melanda negara kita ini. kenapa kami katakan perlu bimbingan dewasa yang "sedar"? Kerana masih ramai dewasa yang masih "tidur" nyenyak masih lena.

TGNA pada pandangan kami yang naif ini tidak salah jika kami kaitkan seperti Imam Khomeini mungkin, kenapa Imam Khomeini tidak Ghandi maupun Mother Theresa? Kerana Imam Khomeini itu adalah seorang Islam bukan Buddha maupun Hindu. Mungkin pada sesetengah orang nasihat dan pandangan beliau tidak diambil endah sepeserpun tetapi beliau tetap berusaha untuk memperbaiki masyarakat tidak kira dari kalangan bangsa & parti apa sekalipun. Apabila terjadi pergolakan di Kelantan kami tertanya-tanya kenapa perlu terjadi begini dalam masa kemenangan banyak dipihak Parti Islam PAS? Adakah itu salah TGNA kerana GAGAL untuk mendidik masyarakat? Atau kerana masyarakat tidak pernah memahami apa yang dinasihatkan atau diajarkan oleh TGNA selama ini? Salah siapa?

Kadang-kadang terfikir jua perlukah ditimbulkan soal salah menyalahkan ini atau kita perlu sama-sama menggembeling tenaga untuk menggulingkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang telah merosak Islam ini? Jika ditinjau dari sudut sejarah masyarakat kita ummat Islam pernah menjatuh Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, masyarakat Islam kita juga pernah menjatuhkan Dato Asri di zaman Tunku Abdul Rahman dahulu. Jadi adakah mustahil untuk kita sebagai ummah untuk menggembeling tenaga untuk menggulingkan mereka-mereka yang "parasit" ini? Jika tidak mustahil, kita perlukan strategi. Kami yakin di luar sana ramai pakar-pakar strategi dan pemikir-pemikir strategis. Jadi lontarkan pandangan anda untuk perjuangan Islam ini! Lontarkan!

Wednesday, May 21, 2008

Cerpen cuba-cuba = Si Tua Janggut (bahagian 2)


"Gerangan apakah yang membawa dirimu untuk berguru denganku wahai anak muda berwajah tampan? Apakah di negerimu itu tiada gerangan yang handal dalam hal-hal tabib-menabib ini?" tanya si tua janggut kepada si malaikat itu. Tiadalah dia tahu bahawa si malakat itu di utus Tuhan swt untuk mengujinya.

"Adapun gerangan saya datang ke mari kerana disarankan oleh si Mahaagung wahai pakcik yang budiman kerana kataNya pakcik memang handal dalam ilmu tabib-menabib ini. Jadi tidak salah gerangannya saya pacal hina ini berguru dengan pakcik gamaknya" si malaikat terus melanjutkan... "Manusia ini diciptakan agar berbuat baik sesama insan yang dicipta Tuhan Yang Mahabijaksana, tiadalah Dia ingin makhlukNya merosak sesama sendiri dengan perbuatan yang terlarang dan kelakuan yang terkeji tetapi hendaklah semua makhlukNya menghargai sesama sendiri agar makmurlah bumi ini dari cenkeraman manusia zalim wahai pakcik tua..." si malaikat tersengih tanda menguji kepandaian si tua janggut ini.

"Boleh kamu berikan salah satu penyakit yang paling sukar diubat oleh tabib-tabib di negerimu itu, supaya senang bagi diriku ini untuk mengajarmu kelak wahai anak muda yang tampan?" Tanya si tua janggut. "Adapun di negeri saya itu terdapat penyakit gila hati wahai pakcik tua,mereka yang berpenyakit gila hati ini teramat suka menurut hawa nafsu, sebagai contoh orang-orang di negeri saya ini suka sihir menyihir, umpat mengumpati, terloncat loncat bila berkumandang lagu-lagu, suka kenyit mengeyit mata pada jenis yang berlainan tanpa mengira batas-batas, dan yang teruk sekali mereka ini tidak suka pada namanya Tuhan swt itu dalam diam-diam wahai pakcik tua..." kata si malaikat.

Terkedu si tua janggut dibuatnya adapun si tua janggut ini memang gerangannya hampir terjerumus pada kancah sihir menyihir ini walau belum menyihir tapi niat sudah ada. Maka bertambah hairanlah si tua janggut ini akan kelibat si muda tampan ini. Si tua mula tertanya-tanya lagi. Hakikatnya si tua janggut ini bercelaru jualah fikiran dan hatinya.

"Anak muda, boleh pakcik tahu gerangan siapakah anak muda ini? Siapakah namamu wahai anak muda? Nampak benar kau ini bukanlah calang-calang orang, apa benar dirimu ini kekurangan ilmu dan ingin belajar dariku untuk mengubati orang-orang, atau kau ini ada niat lain wahai anak muda tampan wajahnya?" bentak si tua janggut ingin kepastian jelas.

Si malaikat pun dengan penuh hikmah berkata dengan jujurnya "Adapun saya ini diberi amanah oleh Yang Mahaesa untuk mengujimu wahai pakcik tua, kerana jelas dirimu ini mempunyai potensi besar untuk mendidik orang-orang kampung ini akan nilai-nilai tabib menabib ini, tapi janganlah kamu melampaui batas wahai pakcik tua. Yang Mahaesa menjadikan setiap sesuatu itu berbatas agar tidak menjadi syirik atau binasa bagi sesiapa yang ingin melampaui batas. Ingatlah wahai pakcik tua bahawa mengubat orang itu satu amanah yang mulia dari Tuhanmu Allah swt, melaluimu Allah menjelmakan diriNya agar orang-orang kampung ini semuanya kembali kepada Islam agamanya Muhammad saaw. Ingatlah lagi wahai pakcik tua bahawa ilmu tabib ini ada banyak kaitannya dengan rohani manusia, maka jadikanlah ia satu medan dakwah untukmu memperbaiki diri dan mengajak keluargamu yang lupa diri itu dan orang-orang kampung kembali kepada Tuhan Yang Mahaesa Rabbul Jalal swt nescaya kamu akan diberi ganjaran istimewa di akhirat kelak iaitu Keredhaan Allah swt Yang Mahapengasih dan Mahapengampun untukmu. Aku adalah Jibril yang diutuskan Allah swt kepada nabi-nabimu, dan aku datang kepadamu bukan kerana kamu ini nabi tapi kamu adalah hamba yang soleh seperti hawa', mariam, asiah dan fatimah as yang selalu bersyukur pada Si Pencipta swt walau apapun yang diuji, maka janganlah kamu merosakkannya wahai pakcik tua." Maka berlalu Jibril as meninggalkan si tua janggut bergenangan airmata kerana memikirkan dosa yang mungkin dibuatnya kerana pujuk rayu seorang perempuan red kebaya.

Lalu si tua janggut pun menyemat dalam-dalam hatinya untuk mengikut nasihat Jibril as dan menolak hajat si perempuan red kebaya yang pada hakikatnya adalah jelmaan syaitan laknatullah.

Itulah sedikit sebanyak kisah si tua janggut yang membawa pengajaran bagi sesiapa yang ingin mengambilnya.

Salam perjuangan...

Monday, May 19, 2008

what u give u get back



"Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Menteri Besar dan Polis.
Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia."

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)

Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

- sumber daripada http://www.chedet.com/ -
- makbul sudahlah doa Almarhum ustaz Fadhil Nor - al Fatihah.. -

Manifesto sebagai Tawaran Perniagaan



Aduhai badan masih tidak terlihat lagikah dirimu telah diguna-guna oleh si penabur janji? Sudah menjadi kelaziman bila segala janji hanya untuk kepentingan peribadi dan hanya janji-janji untuk menambat hati demi mendapatkan kekuasaan.

Hari ini segalanya berulang kembali, dahulu semasa kekuasaan partinya melayu kononnya kita telah diperkotak-katik, kini di bawah panji yang baru masih lagi diperkotak katik.

RM1000, Ingat RM1000?

Bantuan Pelajaran RM1000 untuk anak kelahiran Selangor yang mendapat tawaran untuk ke universiti.

Hari ini Dr Halimah Ali kata untuk anak kelahiran Selangor yang dapat melanjutkan perlajaran ke Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Esok Tan Sri Khalid Ibrahim pula kata untuk anak kelahiran Selangor yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja dengan syarat pendapatan ibu bapa mestilah dibawah RM1500.

Dr Halimah Ali sebagai Exco Pendidikan.

Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Permainan apa yang dimainkan oleh mereka ini?

Manifesto bukan Tawaran Perniagaan.

Tawaran Perniagaan biasanya meletakkan tanda (*) dihujung tawaran kalau ia tertakluk pada terma dan syarat.
Adakah manifesto tertakluk pada terma dan syarat? Jikalau ya, di mana (*)nya?

Kalau ingin bersyarat hendaklah dinyatakan di dalam manifesto sebelum pilihanraya 12 dahulu.

Jangan beri imej buruk pada pembangkang.

Jangan meludah ke langit nescaya nanti terkena batang hidung sendiri.

Banyak lagi yang boleh rakyat ungkitkan, tetapi cukuplah setakat ini buat masa ini.

Renung-renungkan...

Thursday, May 15, 2008

Tangisanmu Menggugah Jiwa...

Hari ini anda menangis,
Mungkin telah lama anda menangis,
Meskipun sudah melepasi satu dekad berlalu anda tetap menangis,
Kami memang tidak memahami tangisan anda,
Tapi hati kami tersentak bila anda menangis,
Anda pernah berharap bantuan kami tapi kini tidak lagi,
Tangis kami hanya pura-pura yang akan hilang dalam beberapa detik,
Maafkanlah kami yang buta hati ini,
Maafkanlah kami yang telah banyak menyakiti hati anda,
Maafkanlah kami yang selalu membelakangkan anda,
Kini kami sedar tanpa tangisan anda hati kami akan tetap keras,
Kami mahu menangis seperti anda agar dikasihi Yang Mahaesa...
Jahanamlah Israel yang telah 60tahun mengambil haq anda!
Jahanamlah Israel sampai akhir dunia ini!
Jahanamlah Israel bila munculnya Mahdi (as) sang pembela!

Wednesday, May 14, 2008

Kerikil Hidup : Persimpangan

“Hai,termenung jauh nampaknya kau ni Lan? Apa yang kau fikirkan? Kau ada masalah ke?” tiba-tiba Afidah muncul dihadapanku. Afidah orangnya santun, lembut bila berbicara, mukanya bujur sirih, keningnya tebal, kulit pula putih kemerahan, matanya bulat berwarna coklat, sesiapa yang memandangnya pasti akan terpikat. Aah! Itu tak penting bagi aku. Afidah, kawan karib aku yang selalu memberi semangat pada aku tika aku memerlukan. Aku pula, entahlah… setakat ini aku rasa aku tak pernah membantunya jika dia ada masalah, atau mungkin dia tak pernah minta aku berbuat begitu.

“Aku runsinglah Fidah, bapa aku dah dibuang kerja, ibu aku pula selalu termenung memikirkan masalah bapa aku dan adik-adik yang masih bersekolah. Mana tidaknya, bapa aku tiada kerja, wang simpanan pula hampir tiada, mana nak bayar yuran sekolah adik-adik, makan minum kami sekeluarga lagi, nak bayar bil-bil elektrik dan air lagi, entahlah…kadang-kadang aku fIkir nak jer aku berhenti sekolah dan berkerja untuk untuk tolong bapa dan ibu aku…” Afidah hanya diam membatu, mungkin dia ingin cuba memahami masalah aku dan mungkin juga dia tak tahu apa yang perlu dibantu.

Setelah beberapa ketika, Afidah bersuara memberi pandangannya. “Lan, aku tak rasa pilihan kau untuk berhenti sekolah dan berkerja tu satu penyelesaian yang baik dalam mengatasi masalah kau, takkan kau nak sia-siakan masa depan kau dengan berhenti sekolah kerana nak membantu bapa dan ibu kau, maksud aku begini tentu ada jalan penyelesaian yang lebih baik dalam mengatasi masalah kau ni, aku benar-benar tak setuju kalau kau nak berhenti sekolah, aku tak sokong Lan.” Aku hanya terlongo mendengar Afidah memceceh, mungkin aku dah tak boleh berfikir atau mencerna pandangannya atau aku ni dah jadi bebal kerana terlalu tertekan. Aku sendiri tak pasti.

Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah habis. Aku hanya melangkah longlai ke kelas. Yang pasti fikiran aku bercelaru. Adakah aku tawar hati atau aku tertekan dengan semua ini?
Ya Allah, bantulah aku…!

Cahaya pengharapan ( i )

Muhammad namanya diberi Tuhan Rabbul Jalal swt. Diwujudkan di muka bumi pada 17 Rabiulawal Tahun Gajah. Mu’allim setiap makhluk bergelar manusia dan jin. Cahaya keberkatan seluruh alam semesta. Manusia agung yang menjadi pilihannya yang Mahapenyayang Mahapengasih.

Yatim piatu hidupnya, diberi gelar al-Amin kerana kejujurannya. Padanya berpaut manusia berdosa yang menagih cinta kasih Tuhan al Aziz. Melaluinya segala kesulitan dipermudahkan. Cinta padanya, cinta yang membawa pada harumnya jasad kotor lumur dosa.

Dibela oleh Abdul Mutallib yang mencintai agamanya Ibrahim as,walau cuba diberi ganjaran akan tetapi pembelaannya pada sang cucu tak pernah berpaling. Setelah perginya menemui Sang Kekasih swt. Muhammad Mu’allim saaw dititipkan kepada Abu Thalib muslim yang tersembunyi kemuslimannya demi tegaknya agama hanif sempurna bergelar Islam jua.

Wujudnya Muhammad Mu’allim saaw telah memberi semangat baru para hamba. Hidupnya para hamba hanya demi Sang Mahaesa swt. Tiada peduli seksaan diberi, harumlah Bilal Bin Rabbah, mekarlah Abu Dzar al Ghiffari, agunglah Salman al Muhammadi! Semuanya kerana Muhammad cahaya wujud seluruh alam saaw.

Risalahnya Muhammad saaw hanya demi tegaknya Mahaesa dihati manusia dan jin seluruhnya, walau dirinya pernah dilempar najis, Mu’allim saaw tidak pernah berkecil hati kerana kasihnya pada ummatnya yang penuh lumur dosa pada jasad dan hatinya. Mu’allim saaw selalu mengimpikan ummatnya agar jangan termakan jebakan syaitan, jika termakan jebakan syaitan ingatlah Allah itu sifatnya Mahaadil, tak lupa juga Mahapengampun.

Muhammad mu’allim saaw membawa harapan bahawa setiap ujian itu besar ganjarannya disisi Mahaesa! Ya, besar ganjarannya, jadi siapakah yang rela pada ridhonya Mahapengasih swt? Muhammad, mu’allimku, junjunganku, rasulku saaw, bantulah aku yang hina penuh dina ini…!

"NAKBA"






Adakah anda berani? Jika ya pastikan anda bersedia untuk cuba mencerna apa yang saya utarakan ini? Bersempena 14 - 15 Mei ummat Islam seluruh pelusuk dunia menangisi Nakba yang merujuk kepada peristiwa malang pada tahun 1948. Dimana dua per tiga rakyat Palestin diusir dari tanah air mereka yang dikasihi. Yang kini tanah itu telah diduduki oleh Israel zionis.

Bayangkan apa yang terjadi di Palestin itu terjadi pada kita, di negara kita. Apakah perasaan kita waktu itu? Apakah tindakan kita waktu itu? Apakah kita hanya akan menangis meronta atau kita akan kehadapan berhadapan dengan Si Penjajah ini? Atau kita hanya akan leka dibuai massa tanpa mengambil peduli nasib agama kita? Negara kita? Bangsa kita?

Sejarah membuktikan kita pernah dijajah, kita telah dijajah Inggeris, kita telah dijajah belanda Portugis, dan kita telah dijajah Jepun. Sejarah telah membuktikan para ulama' kita, rakyat kita, bangsa kita menentang Inggeris, Belanda, dan Jepun. Tapi bagaimana pula sekarang? Adakah kita akan mengambil tindakan yang serupa seperti nenek moyang kita dalam menentang penjajahan?

Dalam situasi politik kini, potensi untuk kita kehilangan Agama dan Negara kita amat baik. Mengapa? Pertama-tamanya kerana para pemimpin kita masih lagi dibayangi kemenangan dan kuasa hingga sanggup membontoti bangsa lain dalam membuat keputusan. Ustaz-ustaz pula hanya berpeluk tubuh termakan pujuk rayu kuasa dalam perjuangan mereka. Mereka menjadi lemah lalu mereka lemahkan ummah dengan mendoktrin ummah supaya memahami mereka bukan mereka memahami ummah. Keadaan sudah terbalik kini.

PKR sudah menjadi seperti Fatah dan PAS sudah menjadi seperti Hamas, dan akhirnya apabila semuanya termakan pujuk rayu dunia dan kuasa mereka lupa ada Akhirat dan Dasar Perjuangan.

Rakyat hanya diperkotak-katikkan malah ada juga rakyat yang malas untuk berfikir hanya menurut sahaja kata-kata pemimpin tanpa melihat pada Dasar Perjuangan. Siapa pula yang mendapat untung? Tidak perlu untuk saya menjawabnya kerana tujuan saya menulis ini adalah untuk mengajak anda untuk berfikir dan mencerna bukan untuk "menyuap".

Apa kelebihan negara kita? Di setiap inci Banjaran Titiwangsa di negara kita yang tercinta ini terdapat uranium bermutu tinggi yang menjadi idaman Amerika dan sekutunya, malah negara kita juga mempunyai minyak yang juga menjadi idaman Si Tamak Haloba bernama Amerika ini dan sekutunya. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Minister Of Science & Technology or MOSTI.


Jadi bila kita lihat pada penderitaan Palestin kita hendaklah cuba untuk memahami penderitaan mereka bukan hanya mendengar dan menitiskan air mata sahaja tanpa melakukan apa-apa untuk mereka. Sebagai menghargai penderitaan mereka kita hendaklah membantu mereka dengan cara apa-apa pun yang kita mampu, samada dengan kewangan, tenaga, mahupun kesedaran. Ya kesedaran, tanpa kesedaran kita tidak akan merdeka, tanpa kesedaran kita tidak akan memahami Islam yang diajar Nabi kita Muhammad saaw dan Ahlul Bayt as.

Dengan kesedaranlah kita kena pastikan negara kita tidak akan dijajah, dijarah seperti yang berlaku di Palestin kerana kita sudah amat pasti negara-negara Islam yang lain tidak akan membantu kita.

Tidak perlu ungkapkan soal mazhab kerana Palestin sebuah negara Ahlul Sunnah Wal Jamaah itupun negara-negara Islam yang lain tidak mahu membantu, inikan pula negara kita sebagai Pengerusi OIC takut untuk untuk bersuara dan bertindak untuk membela Palestin, hinggakan untuk memijak bendera Israel, Amerika, Britain pun tidak mampu. Jika ini pun kita tidak mampu, bagaimana kita akan mampu untuk menerima nasib dan dugaan seperti ummat Islam Palestin?

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan kepada mereka dan mereka bergembira hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" ( QS al Imran : 169-170)

Tuesday, May 13, 2008

fikir-fikirkan..


Malam semalam aku dapat maklumat shahih dari seorang kawan aku tentang seorang wakil rakyat ni, nak kata pemikiran dia matang aku tak tau lah, nak kata pemikiran dia tak matang pun aku tak tau nak kata apa.

Macam ni, malam tadi kawan aku tu sms-sms la dengan si wakil rakyat tu, kawan aku nak ajak dia muzakarah, alih-alih tak semena-mena si wakil rakyat tu kata kawan aku ni sensitif mat labu pulak. Hubungan kawan aku dengan si wakil rakyat tu boleh dikatakan rapat gak la mana taknya dulu mereka ni satu usrah kat satu kawasan area kl ni.

Kawan aku terkilan la pasal isu babi ni, sebab kawan aku ni dok kat area yang dimaksudkan oleh MB Selangor. Camni lah, kawan aku asalnya nak curahkan kekesalan dia kat pemimpin-pemimpin yang korup ni, ye lah patutnya bila kawan kita jadi wakil rakyat kita mesti ingat dia akan dengar luahan kita bila-bila kita memerlukan, lagipun dia kenal kita. Kawan aku faham yang bila dia jadi wakil rakyat dia sibuk tapi tak bermakna bila dia sibuk dia perlu untuk bersikap tak enak pada seorang rakyat yang mahukan penjelasan jelas tentang sesuatu perkara tu.

Kawan aku tu ajak la si wakil rakyat tu fikir kalau benar duit RM100juta tu dari pelabur bukan dari duit kerajaan negeri tak mengapa. Tapi cuba kita fikir secara kritis, bila duit tu duit pelabur maknanya ia lebih bahaya sifatnya? mengapa? sebab pelabur mesti mahu pulangan pada setiap pelaburan mereka, mereka tidak bodoh untuk membiarkan keuntungan dan pelaburan mereka statik setakat itu sahaja, mereka mesti mesti mahukan percambahan keuntungan pada pelaburan mereka kerana bukan sedikit yang mereka laburkan, sekali lagi aku ingatkan bukan sedikit yang mereka laburkan.

Lagi satu menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang bahan makanan kita di Malaysia ni dah terlalu banyak dicemari dengan bahan-bahan yang asalnya daripada babi. Tak kan kita nak tambah kebarangkalian makanan kita bertambah-tambah banyak dicampur denagn bahan-bahan yang asalnya daripada babi?

Ada tak Adun Sepang keluarkan apa-apa statement yang sokong projek "B" ni? Jawapannya tiada. Kalau ada sila beritahu pada aku. Malah kalau nak pertikai soal kebenaran kecanggihan projek ni lagi banyak yang kita perlu persoalkan sebenarnya.

Actually isu yang paling besar adalah kita dah ajar orang-orang cina ni bersikap mua. tau mua? yelah bagi betis nak peha la katakan. Kawan aku tu bukan nak ajak pada perkauman, tapi soalnya jangan sampai nak jaga hati orang cina sampai korban ummat islam melayu. Hari ini kita consider isu babi, esok lusa entah apa pula nak kena consider, akhirnya maruah islam dikorbankan secara berdikit-dikit tanpa kita sedari.

Akhir kata si wakil rakyat ni boleh tanya kawan aku tu dari usrah mana pula, bukan nak fikir apa benar atau salah keluhan kawan aku tu. Apa punya wakil rakyat la macam ni.

Monday, May 12, 2008

cerpen cuba-cuba = Si Tua Janggut


Tersebutlah sebuah hikayat lama-lama dahulu bahawa dalam sebuah negeri atas batu ada menginapnya seorang tua yang berjanggut panjang begigi dua berhidung kemek. Kerjanya hanya mencari akar-akar kayu buat dijadikan ubat bagi orang kampung yang sakit-sakit sendi, gatal-gatal badan, dan mabuk-mabuk kepayang nak berbini tiga empat.

Tiadalah disangka bahawa si tua janggut ini mempunyai 12 orang anak semuanya yang kerjanya suka menyusahkan orang kampung sahaja. Sahaya itu si tua janggut berpergian ke hulu tak pulang-pulang kerana mahu mencari ubat bagi hatinya yang luka dek kerana anak-anaknya durhaka semua. Akirnya atas takdir Illahi duduklah si tua janggut di negeri atas batu dengan mengambil upah menjadi tabib yang kerjanya mengubat orang sakit jua.

Pada satu malam datanglah seorang perempuan berbaju kebaya bersanggul rambutnya dan merah-merah bibirnya ingin meminta si tua janggut supaya menyihirkan suaminya yang berbini tiga. Tiada ketahuan si tua janggut akan sihir menyihir ini, yang ada di kepala si tua janggut ini hanyalah jenis-jenis akar kayu buat buang angin dalam badan dan bagi kuat urat dawai malam pertama. Setelah dipujuk rayu si tua janggut ini pun menerimalah jua permintaan perempuan red kebaya itu. Dicuba-cubalah lalu disuruh perempuan red kebaya itu membawa pulut panggang kuning dengan ayam mati tercekik buat menyihir suaminya itu.

Hendak dijadikan cerita datanglah mengintai pada malam itu seorang malaikat yang kerjanya mencatit kerja-kerja si tua janggut ini. Untuk makluman semua malaikat ini boleh dikira utusan Rabbul Jalal swt bagi berurusan dengan rakid dan atid jua bagi mengambil segala rekod si tua janggut ini.

Dalam keghairahan si tua janggut ini mencuba-cuba lupalah akan dia akan dosa dan pahala itu sifatnya wujud. Dengan keriangan perempuan red kebaya itu pun pulang dengan harapan akan dibawakan pulut panggang kuning dengan ayam mati tercekik buat menyihir suaminya itu.

Sementelahan itu malaikat yang diutus Rabbul Jalal swt inipun menjelma sebagai seorang lelaki yang elok rupa parasnya buat ketemu si tua janggut hidung kemek ini. Berkatalah si malaikat " assalammualaikum, pakcik saya datang dari negari jauh nun disana yang diberi gelar negeri malakut, tujuan saya ke mari ingin menuntut ilmu dengan pakcik cara-cara mengubat orang, sudikah pakcik menerima saya?" si tua janggut tidak terus memberikan jawapan tapi dirinya hanya membatu kerana memikirkan bagaimana orang ini yang katanya datang dari jauh tapi pakaiannya elok-elok belaka. "Hairan aku...!" tempik hatinya si tua janggut ini.

Bersambung... :)